Raja Adsense

Puasa Oh Puasa

Written on September 14, 2007 – 5:00 pm | by sham |

Bagi sesetengah orang bulan puasa mereka menjadi malas & mengantuk. Al maklum lah puasa. Pasti ada yang mengambil kesempatan untuk tidur ketika kerja.Hmm…amalan yang tidak baik. Bile time nak balik keje pulak, pukul 4 je dah mula tak sabar nak balik buka puasa sedangkan nak berbuka lambat lagi. Nak p shopping makan la katakan. Lapor..:p

Bile kat pasar ramadhan, beli tak ingat. Semua depan mata dibeli & bile berbuka mula senak perut sebab makan banyak sedangkan banyak lagi kat depan mata. Mula berlaku pembaziran. Kesian kat makanan tu tau. Jadi berbelanja tu beringat ingat la ye.  Jangan di ikutkan nafsu.

Ramadhan juga sebenarnya menjadi masa buat duit buat sesetengah orang. Orang yang tak pernah meniaga tetiba menjadi peniaga.Ajaib betul.Tapi perlu diingat, apa yang dijual tu mestilah sedap & berkualiti. Bukan semata mata nak duit je. Nanti nak cari duit halal jadi haram pulak sebab menipu. Barangan makanan semalam jangan pulak simpan dalam peti & jual balik. Jangan recycle² makanan ye!

Sekarang kebanyakan negeri mula mengarahkan agar solat terawih dilakukan 20 rakaat. Tiada lagi 8 rakaat. Begitu jugak di Terengganu. Tapi di kampung saya sememangnya buat 20 rakaat sejak dari dulu lagi. Tapi malangnya golongan muda yang ke masjid hari ni, sampai 8 rakaat terus hilang. Pada awalnya 5 saf menjadi 2 saf sahaja setelah 8 rakaat. Yang tinggal hanya orang tua, orang muda p lepak kedai kopi…Apa nak jadi dah…

Kat tempat saya ada buat berbuka di masjid. Ia adalah acara tahunan dimana setiap rumah akan menghantar satu dulang lauk ke masjid & berbuka ramai ramai. Biasanya minggu kedua dan ketiga orang buat. Disini la orang kampung bergotong royong dan berpusu pusu ke masjid berbuka ramai². Best ye… Dapat pahala bagi orang makanan untuk berbuka.

Ada pulaj golongan dimana minggu pertama adalah minggu terawih. Disini mereka ghairah ke terawih. Minggu ke dua pulak minggu berbuka puasa di Masjid².Apa lagi merata la p buka puasa di masjid sebab lauk best. Minggu ketiga mula la p shopping baju raya. Terawih dah tak p dah.Minggu ke empat dok pakat buat kueh raya dah tak berterawih dah. Rugi betul sebab ada lailatul qadar. Kenapa…tak nak ke pahala 1000 bulan?

Itulah karenah bulan puasa bagi sesetengah orang. Setakat 2 hari ini tak rasa nak ke pasar ramadhan lagi. Kalo tak, ayam percik la menjadi sasaran utama saya. Saya just beli ayam segar je kat Mydin semalam. Semalam buat ayam masak merah. Arini pulak buat mee goreng special..fuh lapar pulak rasanya.:p

Selamat berbuka puasa!

Jadilah pengguna bijak. Bandingkan harga dahulu sebelum beli.:)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 6 Responses to “Puasa Oh Puasa”

  2. By zool on Sep 14, 2007 | Reply

    Begitulah..
    Semoga kita akan terus menerus terawih dan menyambung ke masjid selepas raya…

  3. By mijie on Sep 15, 2007 | Reply

    itulah kebanyyakkan yang berlaku di dalam masyarakat kita..

    erm tp pasal tarawih tu… 8 rakaat ataupun 20 rakaat tidak menjadi masalah…dua2 ok bg saya…

  4. By emzek on Sep 15, 2007 | Reply

    sy lak terawih 8 je.. tu pun kat rumah.. jauh la nak gi masjid kat guangzhou ni..

  5. By megat on Sep 15, 2007 | Reply

    terawih - yang penting niat kita melakukannya. klu lakukan sampai 20 rakaat sekalipun tapi x khusyuk atau fikiran kat tempat lain x guna juga.

    puasa - sepatutnya kita lebih muhasabah diri memikirkan macam mana di negara miskin tanpa makan tapi perlu bekerja dan menjalani hidup!!??

    apa yang masyarakat amalkan skang ni tak melambangkan makna puasa sebenar, betul tak!?

  6. By sham on Sep 15, 2007 | Reply

    Bagus respon..Saya suka yang megat cakap tu.. semakin hari kita semakin terpesong.. penghayatan semakin kurang..

    saya ingat masa kecik dulu bile terawih penuh dengan orang kat masjid..sekarang hanya segelintir orang muda yang pergi terawih.. mereka lebih suka mengadap tv atau lepak di kedai kopi.

    Dulu bila terawih seronok sebab ramai kawan²..sekarang dah takde..orang² tua je..

    Dulu lepas terawih, kami main perang mercun..lepas terawih, makan makanan orang bawa ke masjid lepas terawih..buat kumpulan & bermula la perang main tembak²..

    Semua ada pistol & mercun. Tapi kebiasaannya hanya pistol la..yang ada peluru putih tu..sakit gak kalo kena..pistol mainan dulu tahan lasak..sekarang dah tak tahan..saya belikan untuk anak sedara saya sekejap je dah rosak..

    Teringat memori masa kecik..budak² sekarang lekat depan TV je..

  7. By abdfatah on Sep 16, 2007 | Reply

    ohohoooo kalo nak berniaga, berniagalah dengan cara yang betul. kenapa perlu menjual menda semalam yang dah takleh nak makan.

    hari ini yang bertarikh 16 september hari ahad, mak saya terpaksa beli air soya yang lain lantaran terbeli air soya basi… apohal meniaga itu macam?

    takpe laaa tunggu dan lihat apa yang akan jadi dengan cara meniaga sedemikian rupa…

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan