Pandai Bahasa Inggeris Lepas Kemalangan?
Saya tertarik satu artikel di berita harian di mana seorang pelumba yang tak reti bahasa inggeris sepatah pun menjadi terer bahasa inggeris lepas pengsan. Kena rasuk kot..:P.. Takdela gurau je.. Ni artikel tu..
LONDON: Seorang pelumba motosikal Republik Czech yang tidak tahu sepatah pun bahasa Inggeris, secara tiba-tiba dapat bertutur bahasa itu dengan fasih selepas pengsan akibat kemalangan.
Media tempatan melaporkan, Matej Kus, 18, yang baru tiba sehari ke Britain, sememangnya tidak boleh bertutur bahasa Inggeris tetapi menjadi sebaliknya selepas terbabit dalam kemalangan dengan seorang lagi pemandu dalam satu perlumbaan motosikal.
“Dia bercakap bahasa Inggeris yang sebegitu sempurna tanpa sebarang loghat tertentu,” kata Pengurus pasukannya, Peter Waite yang turut terkejut. – Agensi
Ni sumber dia kalo nak baca di Berita Harian.
Macam² kejadian Allah bukan? Tapi kita jangan la mengharapkan keajaiban untuk pandai dalam bahasa inggeris. kita perlu la belajar.
Ramai yang fobia dengan bahasa inggeris ni. Kebanyakan pelanggan saya cukup fobia dengan bahasa inggeris. Bila saya suruh buat blog dalam bahasa inggeris, macam² la alasan yang diberi. Apply adsense dalam bahasa malasysia, comfirm la Google takkan luluskan akaun tersebut sebab bahasa tak support. Staff google sendiri yang akan menilai blog yang dihantar bagi permohonan Adsense.
Video Raja Adsense pulak hanya tinggal 1 lagi belum siap iaitu berkenaan Tag and Ping yang orang selalu tanya. Saya tengah rangka mcmana nak buatkan orang faham dengan konsep tag and ping tu…Susah tu.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






7 Responses to “Pandai Bahasa Inggeris Lepas Kemalangan?”
By msarbin on Sep 15, 2007 | Reply
tak sabar rasanya untuk melihat hasil video tersebut…betul saya salah seorang yang masih kurang faham dengan teknik tag and ping ini… hohoho
By zuhairy on Sep 15, 2007 | Reply
ehmm, tu memang bulan jatuh ke riba,hehe
By KA'AB on Sep 16, 2007 | Reply
Mudah-mudahan dengan berkat bulan Ramadhan ni, saya juga dianugerahkan keajaiban seperti itu ! Hi hi hi !
Tapi bukanlah disebabkan oleh kemalangan…
Berkat malam lailatul qadar ke…
By Raymond on Sep 17, 2007 | Reply
Macam-macam perkara ganjil boleh berlaku di dunia ini.
By zool on Sep 17, 2007 | Reply
Ajaibnya mungkin sesiapa yang nak pandai cakap Bahasa Jepun kena gigit ngan ikan yu kot..
he he he
By titan on Sep 19, 2007 | Reply
So, belajarlah bahasa english. Sangatlah mudah. Nak taip pun susah. Apatah lagi nak bercakap.
Cubalah..mcam budak kecik. Senang aje. Suruh diorang tengok doremon dengan sin chan pakai subtitle english. Mesti pening kepala diorang. Hehe..