Bagaimana Anda Menyimpan?
Errr..Saya ada soalan cepu mas…Adakah anda menyimpan? Ke ujung bulan dapat gaji sebelum dapat gaji balik dah kering? Saya tertarik dengan artikel oleh Dr. Irfan yang menyarankan agar menyimpan untuk diri sendiri sebanyak 10%.
Sebanyak mana 10% tu ye?Jika gaji anda RM2000, jadi anda perlu menyimpan RM200 setiap bulan. Ini lain dari KWSP ye!Jadi bagaimana pulak anda menyimpan? Dalam bank ke?
Sebenarnya terdapat beberapa cara bagi menyimpan wang anda tersebut. Anda boleh gunakan sebagai fix deposit dimana anda akan mendapat interest bagi simpanan tersebut. Anda juga boleh melabur dalam unit trust atau saham. Pastikan pengurus anda boleh dipercayai.
Dengan sebegini wang anda akan cepat “beranak” berbanding anda hanya menyimpan dan menikmati interest beberapa sen sebulan. Anda jugak boleh menyimpan dalam takaful dimana anda akan turut di lindungi selain mendapat kembali wang anda setelah kontrak tamat.
Semua produk insurans dari Maybank seperti Maybank Insurans, Maybak Takaful, MNI dan Takaful Nasional dalam proses penjenamaan semula. Namanya cukup simpan dan mempunyai maksud yang mendalam. Anda akan tahu namanya bulan November nanti.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






3 Responses to “Bagaimana Anda Menyimpan?”
By megat on Sep 25, 2007 | Reply
aku pun ada baca entri tersebut di blog Dr Irfan. memang byk tips yg amat berguna, jika kita dpt ikut tips dan pengalaman beliau insya allah akan dpt hasilnya
By zuhairy on Sep 25, 2007 | Reply
ehmm,memang betul cara yang disarankan. saya sndiri memang ada mengamalkannya..alhamdulillah, boleh dikatakan berjaya la jugak
By KU> on Sep 29, 2007 | Reply
hmm…kerje kat maybank group ker? @ ajen? hehe..