Raja Adsense

Kegagalan Bukan Bererti Kalah

Written on September 28, 2007 – 1:23 am | by sham |

Dalam sesuatu kejayaan, pasti ada kegagalan. Percaya atau tidak saya sendiri mengalaminya. Saya sebenarnya merupakan salah seorang peserta MSC Technoprenuer di Terengganu. Zul Smartusaha adalah peserta dari Johor.

Tak semua apa saya buat berjaya. Saya adalah banyak jugak projek yang gagal. Namun, ada jugak yang terpaksa saya hold dahulu disebabkan ia memakan kos yang agak tinggi walaupun pihak MeCD seringkali bertanya perkembangan projek berkenaan.

Rasanya saya akan sambung kembali projek berkenaan. Saya dah habiskan beberapa ribu ringgit bagi projek tersebut. Sayang jugak jika ditinggalkan begitu saja. Namun, jika ia menyebabkan anda kerugian, lebih baik abaikannya.

Jika laman web seperti direktori atau laman web yang mempunyai PR yang tinggi, anda boleh menjualnya. Ia adalah salah satu cara mengurangkan kerugian yang akan dialami. Mungkin ia boleh berjaya dtangan pihak yang baru.

Dalam perniagaan internet, permintaan adalah sangat penting. Jika anda menjual sesuatu yang tiada permintaan, anda akan gagal. Sebab itulah pentingkan kajian sebelum memulakan perniagaan internet. Saya juga pernah membuat silap tentang ini. Namun, ia mengajar saya untuk tidak melakukan kesilapan yang sama.

Teknik dan cara dalam perniagaan internet adalah sama sahaja. Tiada bezanya. Yang menjadi faktor kejayaan adalah permintaan dan cara promosi. Sebagus mana pun produk anda jika anda promosi dengan cara yang kurang berkesan. Pasti ia turut menjadi satu kegagalan.

Gagal tak semestinya anda kalah. Perjuangan anda belum selesai. Kaji kelamahan anda dan memperbaikinya. Kesemua mereka yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Jika anda ingin berjaya anda mestilah berani untuk Gagal.

Adakah anda berani untuk GAGAL? Mulakan perniagaan anda sekarang.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 5 Responses to “Kegagalan Bukan Bererti Kalah”

  2. By bizmalaya on Sep 28, 2007 | Reply

    satu pengalaman yang bagus untuk dikongsi..saya sendiri banyak mengalami kegagalan…tengok orang jual produk online saya nak jual tapi pulangan sentiasa mengecewakan walaupun ada yang menguntungkan..yang penting kena usaha dan belajar dari kesilapan…..kejayaan tidak akan rasa kenikmatan kalau tiada kegagalan

  3. By naem on Sep 29, 2007 | Reply

    hurm..betul tu bizmalaya..saya ni baru je mula..anyway thanks sebab skang dah ramai guru2 yang ada..jadi kesalahan dan kegagalan tu dapat diminimakan.

  4. By Isman on Sep 30, 2007 | Reply

    SALAM HORMAT SEMUA,
    Gagal tu bagus untuk mengecapi kejayaan,tapi jangan putus asa.
    Biar 5 kali gagal,mungkin yang ke 6 anda akan jadi Orang Senang.
    Ingat lah Allah Maha Pemurah…. Dia tak nak beri cepat kaya takut
    anda cepat …k . Anggap lah rezeki ALLAH yang menentukan.

    Wassalam.

  5. By smartzul on Sep 30, 2007 | Reply

    Gagal setelah berusaha BERSUNGGUH-SUNGGUH bg sy ia suatu yg “mulia”. Ia gagal yg murni dan terhormat. Malah ia lebih mulia daripada mereka yg kaya, tapi kaya sebab harta mak ayah atau melalui cara yg kotor. ;)

    Sy masuk program MSC tu sebab sebelum tu mengharapkan yg saya boleh kemukakan idea saya dan tetap menggunakan konsep Small Biz. Tapi rupanya mereka “tak layan” sangat projek yg simple2.

    Mereka lebih suka melihat kertas kerja yg kalau tak jutaan ringgit, paling kurang ratusan ribu. Part ni yg “mengecewakan saya”, selain idea kita dikawal oleh mereka.

    Sy juga masuk MSC dengan harapan saya boleh buat sesuatu utk industri ebiz di Malaysia ni dgn beberapa cadangan projek, tapi mereka tak nampak apa yg saya inginkan.

    Jadi, sebab itulah saya “mengundurkan diri” dari program tersebut. Namun, sy amat berterima kasih kepada penganjur program kerana daripada ratusan orang, hanya dalam 15 orang sahaja (termasuk saya) terpilih untuk kumpulan di Johor (bangga tak terkira). Terima kasih juga utk elaun yg diberikan setiap bulan. ;)

    Apapun, ia satu program yg bagus dari kerajaan di samping dapat mengenali usahawan yg berjaya dan juga ilmu2 perniagaan yg disampaikan melalui kursus intensif 5 hari. Mantap… Cuma saya rasa ia perlukan sedikit lagi sentuhan emas untuk memantapkan lagi program tersebut.

  6. By sham on Sep 30, 2007 | Reply

    Sekarang diorang dah wat konsep lain skit.. Tapi tak tau la kesan dia mcmane.. kalo tak improve jugak tak tau la..

    Saya pun ada sedikit terkilan dengan program tu.. Apa yang diorang janjikan utk sediakan platform lepas abis kursus tu..Tapi hampeh pun takde..Dibiar je budak² terumbang ambing tak tau nak mula kat mana..

    Kalo setakat belajar wat biz plan je,tak guna gak..

    setahu saya diorang tak ajar wat biz plan dah..lebih kepada ajar untuk dapatkan geran pre seed fund plak sekarang ni.

    Birokrasi & politik dalam MDEC tu saya tak suka sangat.. Saya dah kenal kebanyakan mereka..Ada yang sanggup tikam belakang bila rasa kedudukan mereka tergugat..

Post a Comment

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan