Berita baik untuk IM Malaysia
Terdapat beberapa berita baik untuk rakyat Malaysia yang terlibat dalam perniagaan di internet. Duit dari Google Adsense kini boleh dikeluarkan melalui Western Union. Jadi anda akan berurusan dengan CIMB,RHB dan pejabat pos la lepas ni kerana mereka adalah ejen Western Union. Anda boleh menuntut wang anda dari ejen berkenaan.
Western Union sangat berisiko jika kita menghantar duit kerana fraud. Namun, ia sangat berguna jika untuk menerima duit. Rakyat malaysia tak perlu tunggu untuk clear cek selama sebulan lagi lepas ni.
Berita lain pulak ialah Paypal kini telah membolehkan kita mengeluarkan wang mengunakan Debit Card Visa atau Mastercard. Nampaknya lepas ni lagi senang la kita nak kuar duit. Masukkan je dalam debit card dan keluarnya dari ATM.
Saya tak try lagi yang paypal ini sebab saya dah pun kehabisan Paypal kerana beberapa hari ini ramai yang yang membeli belah paypal fund. Agaknya mereka beli belah untuk Raya kot. Saya hanya tinggal beberapa sen sahaja lagi dalam kedua dua akaun paypal saya.
Kalo mcm ni, paypal akan digunakan secara meluas la lepas ni. Biasanya alternatif lain ialah 2CO.Tapi jika paypal boleh keluar dengan debit card,ia pasti akan dapat monopoli payment gateway di internet lepas ni.
Apa lagi. Mula la meniaga kat internet. Mulakan secara kecil kecilan dahulu. Dengan modal beberapa ratus anda dah boleh mula.Ia cukup untuk membeli domain, hosting dan autoresponder. Ketiga tiga benda tu merupakan perkara terpenting dalam perniagaan internet.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






13 Responses to “Berita baik untuk IM Malaysia”
By smartzul on Sep 30, 2007 | Reply
Adakah kad debit Visa/Mastercard dari bank Malaysia turut diterima juga Sham? Part ni sy konfius sikit. Kalau boleh, baguslah.
Serius saya katakan, saya tak ada guna mana2 cara sebelum ni utk keluarkan duit dari paypal. Kalau saya tak jual duit paypal tu, sy akan guna beli ebook, software, etc…
Sy kalau boleh nak elak guna cara 3rd party mcm kad debit yg biasa kita dengar lagi2 yg Paypal tak benarkan. Syg tu kalau akaun kena block gitu jer.
By sham on Sep 30, 2007 | Reply
Nak try paypal dah abis catzer borong.. Nanti sy try guna & tulis balik kat sini..
By WAN ROS ZAINI on Sep 30, 2007 | Reply
saya ingin sangat nak join beberapa program yg dikenekan bayaran, menarik sangat, tambahan pula boleh cari duit lebih. tapi saya tak ada kad kredit. macam mana nak buat?
tolongla bagi idea!!
By sham on Sep 30, 2007 | Reply
Guna kad debit je.. Tak semua mampu ada kad kredit tapi dengan kad debit semua orang boleh guna & memilikinya..
Untuk guna online, gunakan debit card public bank,aliance atau Next G Ambank.. hanya 3 debit card tu boleh guna transaksi onlinie di internet..
By bizmalaya on Sep 30, 2007 | Reply
wahhh…terima kasih atas infor yang berguna ini
By saiful on Oct 1, 2007 | Reply
wah bagus tu kalau dapat clear cek adsense kurang dari sebulan…tq sham for the info…
By megat on Oct 1, 2007 | Reply
aku tau hy public bank debit card jer boleh!
By affuan on Oct 2, 2007 | Reply
Sham, apa cara spesifik untuk guna W. Union tu?
By SyedHafidz on Nov 1, 2007 | Reply
Yang saya dengar western union selalu digunakan oleh org2 tertentu untuk wat fraud..betul ke??
Sebab banyak gak dengar kes org kene tipu gune western union ni…
mintak Sham komen siket…
By Iwah on Nov 6, 2007 | Reply
ade cara nk wat debit card ng cepat x?
sy tgk sume cm mkn masa je..dlm 2mgu
anyone can help me?
By sham on Nov 6, 2007 | Reply
Guna Ambank NextG… beli kat 7 eleven..pastu p ambank untuk activate & topup debit card…
By forumer on Dec 13, 2007 | Reply
Salaam alaikum w.b.t.. saya baca kat atas, saudara ada menyentuh tentang Western Union ble kita berurusan di pejabat pos? Adakah pasti dan bagaimana caranya untuk berurusan di pejabat pos berkenaan hal ini?