Saya tengok setiap kali ramadhan, air yang paling banyak orang jual ialah air soya. Kat tepi jalan semuanya air soya. Laku ke jual air sama je? Memang tak dinafikan untuk buat air soya adalah sangat rendah. Tapi takkan takde kelainan? Sama je..Air soya biasa..
Saya sebenarnya pernah menyertai kursus buat air soya. Kenapa? Tak percaya.. Ketika tu diorang ajar buat produk soya, mcm kicap,air soya, tau fu fah dan cara buat sos. Cara buat Mee kuning diorang ajar gak. Ia adalah kursus hands on dimana peserta akan diajar buat sendiri dengan panduan yang mereka berikan.
Bagaimana nak buat air soya ni ye? Senang je sebenarnya. Jika anda ingin buat hanya sekadar untuk berbuka puasa. Memadai la dengan cara yang saya ajarkan ni. Apa yang anda perlukan adalah :
Kacang Soya (RM2 lebih sekilo)
Gula
Krimer (optional)
Tu je bahannya. Krimer adalah optional.Ia adalah untuk menyedapkan rasa air soya tersebut.1kg soya boleh membuat 14kg air soya. Itu adalah komposisi air soya yang dijual.Mungkin ia lebih cair sebabnak untung banyak.
Cara caranya:
Rendamkan kacang soya dengan 3/4 air dan 1/4 kacang soya. Ini adalah kerana soya akan mengembang dan menyerap air sehingga hampir menyamai paras air. Rendam selama 4 jam.
Setelah 4 jam, tos kan kacang soya tersebut dan kisar. Gunakan nisbah 1:10 iaitu 1 bahagian soya, 10 bahagian air. Jika 100g soya, air yang digunakan ialah 1 liter. Anda boleh tambah sehingga 1:14 jika tujuan untuk jual.
Tapis air soya yang dikisar tersebut dan dimasak. Masukkan gula. Jika 14 liter air soya, 2 kg gula diperlukan (lebih kurang).Masukkan krimer jika ada.
Masak sehingga ia mengelegak. Siap.
Anda boleh hidangkan secara panas atau sejuk. Amacam?Boleh meniaga air soya tak pasni? Tak payah la ye. Buat untuk minum kat rumah dah la. Kal0 nak meniaga,buat lah keunikan skit mcm soya berperisa anggur ke, coklat ke, vanila ke.. Buatkan kelainan. Pastu buat la banner bahawa soya anda lain dari yang lain. Pasti laku.:)
Kos bagi soya biasa adalah adalah dalam rm0.30 seliter (2 bungkus). Agaknya sebab tula orang penuh jual air soya kat pasar ramadhan. Diorang jual rm2(rm1 sebungkus), untung adalah rm1.70.Banyak gak tu. Kalo dapat jual 100 bungkus, Kayo pakcik! hehehe
Hehehe..Shut jadi penulis buku ke? Memang dah lama pun…Buku Maskahwin dia saya dah beli tahun 2005 lagi. Sekarang dia telah menulis satu buku baru di bawah Truewealth iaitu syarikat Azizi Ali yang menerbitkan kebanyakan buku tentang pengurusan kewangan, perniagaan internet dan banyak lagi.
Shuth jugak akan masuk TV? Hebat la ko shuth.:). Menurut beliau, beliau akan masuk ke udara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Diam diam ubi berisi. Dulu WC pun dah pernah masuk TV (tapi pasal skim cepat kaya la). Sekarang tuan dia pulak masuk TV.. (Muat ke shuth masuk TV tu)..:p.. Jangan marah shuth..
Apa agaknya tajuk buku shuth tu ye? Kita tunggu beliau umumkan nanti. Saya dah tahu apa niche buku dia tapi tajuk saya tak tahu lagi. Saya tertunggu tunggu bila pulak Zul Smartusaha tulis buku..Saya?..Akan datang kot..:)
Ok. Sekaran tentang Video Raja Adsense pulak. Ia telah selamat siap kejap tadi. Bila nak release? Sabar dulu ye. Saya kena update maklumat pelanggan dahulu sebab saya kan emailkan link download yang baru. Banyak jugak customer saya setakat ni. Dah melebihi 800 orang dah. Tu tak termasuk yang dapat secara pirate la..:P. Tapi mereka tak dapat la video ni. Ia hanya untuk pelanggan Raja Adsense je.
Inilah kelebihan jika anda beli dari pemilik asal buka yang pirate punya. Ilmu mungkin anda dapat dari ebook tersebut. Namun, keberkatan takde la. Jika yang islam tu, paham² la ye.
Selamat berpuasa. Kepada yang bukan islam, anda boleh try berpuasa tapi jangan memaksa diri pulak. Cuba suka suka bagaimana rasanya berpuasa. Ia dapat menyihatkan badan anda.Toksin akan dipaksa keluar dari badan anda jika berpuasa.
Ia merupakan cara yang paling berkesan dalam pemasaran. Konsep sales letter adalah antara contoh pemasaran dengan emosi. Ayat pada sales letter membuatkan orang membacanya tidak senang duduk dan ingin membelinya.
Banyak cara untuk menarik minat atau emosi membeli orang antaranya dengan bukti pendapatan, testimoni, hadiah percuma, pembeli bertuah dan banyak lagi yang boleh mencetus rasa ingin beli.
Di bulan puasa ini pula ialah makanan. Ia membuatkan anda terbayang bayang rasanya yang enak dan menaikan selera anda. Nasib baik ketika saya menulis ni adalah pukul 2 pagi.:p. Sebelum tidor saya teringin menulis sesuatu, jadi saya tulis la.:)
Bagaimana gambar ayam panggang tu? Teringin tak? Begitu juga dalam pemasaran. Kita perlu buatkan orang tak sabar untuk memiliki produk anda. Berikan sebab kenapa mereka mesti beli produk anda. Apakah keunikan produk anda..Tampilkan keunikan tersebut.
Ia tidak semestinya produk tentang buat duit. Buat la pasal benda lain pulak. Saya lihat sekarang ni benda berkenaan cari duit adalah benda paling senang untuk dijual di Malaysia. Yang lain ialah tentang besar & keraskan benda “alah” tu. Pembeli di Malaysia memang cenderung ke arah benda ni sekarang.
Saya ingin mencabar anda untuk buat ebook atau produk bukan tentang buat duit atau pasal seks related product. Buatkan keunikan anda sendiri. Saya akan release site baru saya tak lama lagi. Ia bukanlah tentang buat duit tapi perlindungan duit anda anda.:).
Tidak ada guna anda cari jika anda tidak lindungi duit anda tersebut. Nak tahu bagaimana? Tunggu la ye. Ebook dah pun siap… Harganya? Hanya RM1. Anda ada RM1? Saya akan berikan anda maklumat ini dengan hanya RM1. Ia sebenarnya sebagai pendedahan untuk membuka minda anda.
RM1… RM1…RM1
Ada apa dengan RM1 ye? Tunggu….
Ke nak saya bagi PERCUMA? hmm…Ok ke? Anda baca kalo dapat free mcm tu? Saya rasa orang tak baca..Download & simpan berdebu dalam hardisk dia..huhuhu
Apa khabar semua! Saya buatkan satu video khas untuk newbie tentang VideoPercuma.com. Ia adalah berkenaan bagaimana anda boleh buat duit dengan Video Percuma tersebut. Ia senang. Video ini saya buat selama 10 minit je.
Jadi maafkan saya jika ada tersasul kerana saya membuatnya tanpa skrip. Saya hanya cakap apa yang terlintas di fikiran saya. Anda boleh download atau melihatnya online di YouTube.
Semua komisen September telah dibayar tengahari tadi. Hanya 3 orang yang masih belum update maklumat bank mereka yang masih belum dibayar. Terdapat sedikit peningkatan pembayaran komisen kerana saya telah naikkan komisen.
Affiliate dengan komisen tertinggi ialah Zul Smartusaha iaitu RM155. Tahniah buat mereka yang berjaya membuat sales dari 16 Ogos ke 16 September. Harap 3 orang lagi tu dapat update akaun mereka dengan segera.
Leh la buat belanja beli makanan berbuka puasa. Selamat berbuka puasa semua.