Raja Adsense

Archive for September, 2007

Pandai Bahasa Inggeris Lepas Kemalangan?

Saturday, September 15th, 2007

Saya tertarik satu artikel di berita harian di mana seorang pelumba yang tak reti bahasa inggeris sepatah pun menjadi terer bahasa inggeris lepas pengsan. Kena rasuk kot..:P.. Takdela gurau je.. Ni artikel tu..

LONDON: Seorang pelumba motosikal Republik Czech yang tidak tahu sepatah pun bahasa Inggeris, secara tiba-tiba dapat bertutur bahasa itu dengan fasih selepas pengsan akibat kemalangan.

Media tempatan melaporkan, Matej Kus, 18, yang baru tiba sehari ke Britain, sememangnya tidak boleh bertutur bahasa Inggeris tetapi menjadi sebaliknya selepas terbabit dalam kemalangan dengan seorang lagi pemandu dalam satu perlumbaan motosikal.

“Dia bercakap bahasa Inggeris yang sebegitu sempurna tanpa sebarang loghat tertentu,” kata Pengurus pasukannya, Peter Waite yang turut terkejut. – Agensi

Ni sumber dia kalo nak baca di Berita Harian.

Macam² kejadian Allah bukan? Tapi kita jangan la mengharapkan keajaiban untuk pandai dalam bahasa inggeris. kita perlu la belajar.

Ramai yang fobia dengan bahasa inggeris ni. Kebanyakan pelanggan saya cukup fobia dengan bahasa inggeris. Bila saya suruh buat blog dalam bahasa inggeris, macam² la alasan yang diberi. Apply adsense dalam bahasa malasysia, comfirm la Google takkan luluskan akaun tersebut sebab bahasa tak support. Staff google sendiri yang akan menilai blog yang dihantar bagi permohonan Adsense.

Video Raja  Adsense pulak hanya tinggal 1 lagi belum siap iaitu berkenaan Tag and Ping yang orang selalu tanya. Saya tengah rangka mcmana nak buatkan orang faham dengan konsep tag and ping tu…Susah tu.

Puasa Oh Puasa

Friday, September 14th, 2007

Bagi sesetengah orang bulan puasa mereka menjadi malas & mengantuk. Al maklum lah puasa. Pasti ada yang mengambil kesempatan untuk tidur ketika kerja.Hmm…amalan yang tidak baik. Bile time nak balik keje pulak, pukul 4 je dah mula tak sabar nak balik buka puasa sedangkan nak berbuka lambat lagi. Nak p shopping makan la katakan. Lapor..:p

Bile kat pasar ramadhan, beli tak ingat. Semua depan mata dibeli & bile berbuka mula senak perut sebab makan banyak sedangkan banyak lagi kat depan mata. Mula berlaku pembaziran. Kesian kat makanan tu tau. Jadi berbelanja tu beringat ingat la ye.  Jangan di ikutkan nafsu.

Ramadhan juga sebenarnya menjadi masa buat duit buat sesetengah orang. Orang yang tak pernah meniaga tetiba menjadi peniaga.Ajaib betul.Tapi perlu diingat, apa yang dijual tu mestilah sedap & berkualiti. Bukan semata mata nak duit je. Nanti nak cari duit halal jadi haram pulak sebab menipu. Barangan makanan semalam jangan pulak simpan dalam peti & jual balik. Jangan recycle² makanan ye!

Sekarang kebanyakan negeri mula mengarahkan agar solat terawih dilakukan 20 rakaat. Tiada lagi 8 rakaat. Begitu jugak di Terengganu. Tapi di kampung saya sememangnya buat 20 rakaat sejak dari dulu lagi. Tapi malangnya golongan muda yang ke masjid hari ni, sampai 8 rakaat terus hilang. Pada awalnya 5 saf menjadi 2 saf sahaja setelah 8 rakaat. Yang tinggal hanya orang tua, orang muda p lepak kedai kopi…Apa nak jadi dah…

Kat tempat saya ada buat berbuka di masjid. Ia adalah acara tahunan dimana setiap rumah akan menghantar satu dulang lauk ke masjid & berbuka ramai ramai. Biasanya minggu kedua dan ketiga orang buat. Disini la orang kampung bergotong royong dan berpusu pusu ke masjid berbuka ramai². Best ye… Dapat pahala bagi orang makanan untuk berbuka.

Ada pulaj golongan dimana minggu pertama adalah minggu terawih. Disini mereka ghairah ke terawih. Minggu ke dua pulak minggu berbuka puasa di Masjid².Apa lagi merata la p buka puasa di masjid sebab lauk best. Minggu ketiga mula la p shopping baju raya. Terawih dah tak p dah.Minggu ke empat dok pakat buat kueh raya dah tak berterawih dah. Rugi betul sebab ada lailatul qadar. Kenapa…tak nak ke pahala 1000 bulan?

Itulah karenah bulan puasa bagi sesetengah orang. Setakat 2 hari ini tak rasa nak ke pasar ramadhan lagi. Kalo tak, ayam percik la menjadi sasaran utama saya. Saya just beli ayam segar je kat Mydin semalam. Semalam buat ayam masak merah. Arini pulak buat mee goreng special..fuh lapar pulak rasanya.:p

Selamat berbuka puasa!

Jadilah pengguna bijak. Bandingkan harga dahulu sebelum beli.:)

Baru Balik Dari Putrajaya

Wednesday, September 12th, 2007

Saya baru sahaja balik dari Putrajaya. Sebab tu tak berkesempatan untuk update blog ni hampir seminggu. Order pun agak lambat saya sent baru ni. Esok kita akan mula berpuasa. Dikampung saya juga akan bermula Tadarus Al Quran di Masjid.

Ketika sebulan ni saya akan lebihkan masa untuk ibadat & kurangkan aktiviti online ni. Tapi jangan risau mereka yang beli ebook saya akan sent secepat mungkin. Waktu “sejuk” dalam ebiz akan bermula buat mereka yang target pasaran Malaysia.

Selamat Berpuasa!

Muhasabah Diri..Bagaimanakah Kita?

Wednesday, September 5th, 2007

tegur

Ramadan dah hampir tiba. Muhasabah diri skit. Saya sebenarnya tak nak menulia apa apa sebab ada 2 PC yang perlu saya baiki. Satu kawan saya,satu sepupu saya punya. Dah beberapa hari still tak buat apa apa lagi.Malas nak repair pc ni. Bukan dapat pape pun… Just kominiti servis. Iklan PSA la kiranya.

Musim Orang Membeli Belah dah tiba

Tuesday, September 4th, 2007

Ha..usahawan internet yang menjual produk digital akan terasa efeknya nanti. Saya penah mengalaminya tahu lepas. Dimana musim orang membeli ebook & produk digital akan berkurangan apabila musim bulan puasa & raya… Ni bagi mereka yang target pasaran Malaysia la..

Antara musim lain yang slow jualan ialah musim nak buka sekolah. Ketika itu, akan sales produk digital akan sedikit menurun. Namun, jika usahawan tersebut kreatif. Mereka boleh buat duit bila bila masa sekalipun.

Sebagai contoh, ketika musim buka sekolah.Usahawan boleh sediakan perkhidmatan membeli peralatan sekolah. Pakejkan dan jual kepada ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk membeli belah. Mereka pasti akan menyukainya. Mereka pilih saiz, bayar & usahawan boleh posnya ke rumah mereka yang beli. Takde lagi orang buat.Saya just bagi pandangan je. Kalo anda nak JV dengan penjual baju sekolah lagi elok. :-)

Contoh lain pulak, musim perayaan. Anda tawarkan perkhidmatan membeli barangan keperluan perayaan melalui internet. Mereka tidak perlu susah payah berebut rebut untuk membeli belah dan menghabiskan minyak kereta demi mencari tempat parking kereta di pusat membeli belah. Takde lagi orang buat. JV la dengan peniaga terlibat.

Saya pulak, saya telah pun membeli stok² barangan untuk dijual ketika musim perayaan nanti. Pastinya mereka semua ingin bergaya ketika Aidilfitri nanti. Tapi apa yang saya nak jual ni bukan dalam internet la ye. Sebab saya akan buat konsep bayaran ansuran. Mereka yang beli boleh bayar ansuran sedikit demi sedikit. Inilah sikap kabanyakan orang, mereka tidak kisah untuk bayar skit demi skit jika ada peluang. Sebab itulah Court Mammoth berjaya di Malaysia. Mereka tawarkan produk yang dikehendaki orang tapi dibayar secara ansuran.

Setakat ini takde lagi usahawan internet malaysia yang mengunakan konsep bayaran ansuran ni. Rasanya mereka takut orang bayar sekerap jalan. Saifulsham pun pernah ingin buat konsep begini namun mereka takut orang akan unsubcribe selepas bayar sekali. Bayaran ansuran boleh dilakukan bagi mereka yang mempunyai kredit kad sahaja. Untuk bayaran dengan bank, saya tak berani untuk applikasikan konsep bayaran ansuran ni. Namun penjual produk digital boleh lakukan.

Contohnya anda menjual video dengan harga RM197, anda boleh lakukan konsep bayaran ansuran sebanyak RM50 setiap bulan. Mereka yang membeli tidak la terasa kesannya kerana ia hanya jumlah yang sedikit setiap bulan. Jika seketul RM197, mungkin ada yang merasa mereka nak guna duit jadi mereka membatalkan untuk beli produk tersebut.

Saya akan aplikasikannya nanti untuk produk saya yang akan datang. Sebelum berakhir tahun 2007, saya akan release produk baru dan saya akan gunakan konsep bayaran ansuran untuk mereka yang membeli dengan kad kredit. Ini adalah kerana saya ingin melatih masyarakat kita dalam ecommerce. Beli barang pun boleh bayar ansuran mengikut jumlah kemampuan mereka.

Salam Usahawan!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :