Raja Adsense

Archive for October, 2007

Tips Membeli di Lelong.com.my

Wednesday, October 31st, 2007

Ada diantara kita yang mengalami masalah untuk membeli barangan di Lelong.com.my. Sebelum anda bid,pastikan reputation seller berkenaan. Kalo baru ada 1 rating,jangan la bid.Baru ni ada seller baru ada 1 rating,jual harga barang seperti modem 3G dengan harga rm690.Bagi saya ia sangat meragukan. Ia memang murah tapi reputasinya sangat meragukan jadi saya lebih selamat jika saya bid daripada orang yang mempunyai reputasi yang baik.

Kat lelong, kita boleh hantar reminder selepas kita beli.Gunakan reminder tersebut.Jika setelah  3 kali reminder tidak direply, anda boleh report sebagai non selling product. Rekod paling lama untuk sampai barang ialah 25 hari yang pernah saya alami. Itupun hampir saya report sebagai non selling product. Setelah 3 minggu push, baru la barang sampai.

Rekod paling cepat pulak ialah 1 hari, saya beli hari ini.Esok sampai. Memang bagus walaupun penjual berada di Hong Kong. Untuk membeli sila pastikan :

  1. Reputasi Penjual
    Pastikan beliau telah mempunyai lebih dari 10 rating dan ada diantaranya sebagai penjual.Anda perlu berhati hati jika ia hanya rating sebagai pembeli.
  2. Gunakan sistem yang disediakan Lelong
    Sila gunakan sistem yang digunakan oleh lelong seperti pengesahan bayaran, reminder dan sebagainya.
  3. Hubungi penjual
    Hubungi penjual seperti email atau no telefon. Tanya tentang produk yang mereka jual.Jika mereka jujur,mereka akan reply.
  4. Guna Safe Trade
    Gunakan safe trade jika anda berasa ragu ragu tentang penjual berkenaan. Jadi Lelong akan menjadi pihak tengah untuk anda bagi melakukan transaksi.

Bagi saya, lebih baik berjaga jaga. Sentiasa alert perkara ni. Saya sebelum bid,akan lihat dulu reputasi dan product mereka jual sebelum ini.Jika reputasi bagus, saya tidak akan teragak agak untuk bid sehabis habisnya untuk dapatkan apa yang saya kehendaki.

Simpan transaksi bank yang anda buat seperti slip bank atau print screen transaksi internet banking anda. Ia boleh dijadikan sebagai bukti kepada lelong jika anda ingin melaporkan sesuatu. Rekodkan semua transaksi anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Menguji Celcom Broadband

Tuesday, October 30th, 2007

Ehem..Saya sedang menguji Celcom Broadband dari rumah tumpangan di kota damansara. Nampaknya kat sini full bar 3G. Speednya agak reasonable sebab saya guna yang 364Kb sahaja yang berharga RM68 sebulan sebab ia just untuk kegunaan di kala saya men”travel”kan diri ke mana mana tempat kat Malaysia ni.

Saya guna AT&T Sierra Air Card 875U. Ia adalah usb.Ia agak mcm mcm telefon bimbit skit sebab kepada usb dia boleh dilipat. Penerimaan signal juga kuat kerana daripada review yang diterima modem 3G dari Sierra ini lebih bagus daripada modem huawei yang digunakan oleh maxis sekarang.

Jika anda ingin jimat,anda boleh beli pcmcia kad. Ia lebih murah berbanding yang ini. Saya gunakan yang ini kerana laptop dell mengunakan express kad. Modem USB adalah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini kerana ia juga boleh digunakan kat desktop.

Kepada yang ingin mempunyai internet dimana mana, pakej yang ditawarkan celcom ini adalah yang termurah iaitu RM68 untuk kelajuan 364Kbs. Jika anda ada duit lebih boleh dapatkan Pakej RM12o sebulan dengan kelajuan mencapai 3.6Mbs. Tiada kontrak tertentu. Jadi anda boleh tutup akaun bila bila masa jika tidak berpuas hati.

Maxis juga ada menawarkan broadband mereka iaitu dengan 4 pakej iaitu RM68(364kbs), RM78(640kbs), RM98(3.6Mbs) dan RM138(3.6Mbs). Kesemua pakej diberikan modem besar seperti modem streamyx anda. Ia disasarkan untuk digunakan untuk internet dirumah. Manakala pakej RM138 akan diberikan modem huawei yang kelihatan seperti mouse tu.(mcm dalam iklan celcom tu) Ia mempunyai kontrak 18 bulan. Jadi anda tidak boleh tutup akaun sehingga la kontrak anda tamat.

Jadi anda boleh pilih pakej mana yang mampu anda miliki. Saya akan sambung lagi review ni.Harap ada yang review maxis broadband jugak.Dibawah adalah speed yang saya dapat bila guna.

celcom

Saya subcribe pakej 364Kbs sahaja. Ia agak masih kurang stabil kerana adakalanya ia putus. Namun ia dah memadai jika anda ingin gunakannya untuk blogging. Jadi anda boleh online dimana mana yang ada line celcom. Nantikan review prestasi broadband celcom ni.

p/s: ia adalah bukan review berbayar ye, ia untuk membantu anda memilih broadband yang sesuai untuk anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Kena Pirate pulak dah

Monday, October 29th, 2007

Saya dah lupa dah kali ke berapa ebook Raja Adsense kena pirate.Rasanya dah kali ke 5 atau ke 6 macam tu .Namun kali ini ia melibatkan sebilangan besar owner ebook paling hot di Malaysia. Geram pun ada.Saya dapat tahu dari irwan dahnil semalam tentang perkara ini. Nampaknya irwan akan buat report polis tentang penyangak tersebut.

Tengok la apa yang akan jadi kat kacang hantu tersebut nanti.

Bandwidht exceed lagi. Kepada yang tak dapat download lagi tu,harap bersabar kerana saya sedang tukar fail video ke hosting lain. Saya harap anda dapat bersabar.

Nasib baik saya belum release kepada pelanggan lama lagi.Kalo tak dalam beberapa hari je dah exceed. saya baru sahaja tambah bandwidth untuk 2 hari lagi.Harap tak exceed lagi.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Slow Banget Internet ni..

Friday, October 26th, 2007

Geram… Kecewa.. Tu la yang boleh saya kata dengan prestasi broadband di Malaysia. Lebih kurang dial up la pulak speed dia..Entah entah dial up lebih laju berbanding broadband. Sekarang dah nak masuk 6G dah..Malaysia baru nak masuk 4G. Dah la ura ura Malaysia nak jadi provider datacenter internet sendiri untuk mencabar singapura.

Tapi tengok kepada keadaan internet sekarang. Rasanya jauh panggung panggang dari api.Just cakap berapi rapi je.Tindakan still ditahap lama. Dah nak masuk tahun 2008 dah ni.Still tak berubah.Nak explore angkasa, tapi internet pun entah pape. Kalo guna duit yang ada untuk mengutamakan keperluan rakyat kan lagi bagus.

Just meluahkan perasaan. Dial Fed up betul la dengan intenet slow ni.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Oh..Bandwidht Exceeded

Friday, October 26th, 2007

Saya minta maaf banyak banyak kepada yang ada masalah untuk download ebook semalam. Bandwidht saya sebanyak 20Gb telah terlebih semalam. Hari ni bari saya up kan sedikit. Saya sedar saya kena upgrade lagi kerana jika saya release ebook & video raja adsense, ia pasti akan guna 2,3 kali ganda bandwidth kerana video sangat besar iaitu lebih dari 400Mb.

Bayangkan la masa untuk ambik bagi mendownload ebook dan video tersebut. Saya akan upgrade lagi nanti sebelum release kepada semua customer lama. Harap ia mencukupi.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan