Saya takde Kad Kredit la
Anda rasa perlu tak kad kredit untuk berniaga di internet? Ramai pulak yang berikan alasan “Saya takde kad kredit” macamana nak mulakan perniagaan internet. Ia merupakan satu tanggapan yang sangat salah. Anda tidak perlu mempunyai kad kredit jika ingin mulakan perniagaan internet.
Debit Card sudah memadai jika anda ingin memulakan perniagaan internet. Bagaimana untuk memohon kad debit? Anda hanya perlu ke Public Bank atau Aliance Bank untuk memohon kad debit mereka. Anda juga ke 7eleven (sekitar lembah klang) dan membeli kad debit Next G Ambank dan aktifkan di Ambank. Hanya 3 kad debit ini boleh digunakan bagi transaksi online walaupun bank lain juga menawarkan kad debit mereka tetapi hanya 3 ini boleh digunakan secara online.
Berapa kos untuk dapatkan kad debit? Kurang dari RM50 je. Saya rasa mampu untuk sesiapa sahaja yang berusia 18 tahun keatas. Ini biasanya mereka mensyaratkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk apply kad debit.
Apa beza kad debit dan kad kredit?
Kad debit ia macam prepaid. Kita boleh guna selepas kita topup.Hanya hanya sebanyak yang kita topup tersebut je boleh guna. Kalo lebih daripada tu akan jadi error pada transaksi. Ia membantu anda untuk mengawal perbelanjaan anda di internet. Cuma yang tak best,anda kena ke bank untuk topup. Bagi kad debit Public Bank, anda tak perlu ada akaun Public Bank untuk memiliki kad debit.
Kad Kredit pulak kita hutang bank untuk guna duit dalam tu. Silap silap anda boleh diistiharkan bankrup jika anda tidak mengawal perbelanjaan kad kredit anda. Hati² buat mereka yang gunakan kad kredit. Jika anda seorang pemboros, jangan gunakan kad kredit.
Jika tak buat transaksi online tapi kad kredit/ kad debit saya kena caj. Apa yang perlu anda buat?
Pertama sekali, jangan gabra gelabah kerana anda boleh laporkan kepada penyedia kad kredit anda dan mengatakan anda bukan anda yang melakukan transaksi tersebut. Tapi kebiasaannya bank akan telefon anda untuk mengesahkan transaksi tersebut walaupun saya hanya guna kad debit. Anda mempunyai masa selama 90 hari untuk laporkan. Masa yang cukup panjang untuk reverse kembali transaksi tersebut.
Harap ini akan menjelaskan kekeliruan anda tentang kad kredit ini. Harap ia akan terus menarik minat anda temtang perniagaan di internet. Jika anda mempunyai perniagaan di luar sana. Anda boleh tambah kemudahan dengan kedai online. Ia akan meningkatkan lagi jualan anda kerana ia adalah kedai 24 jam tanpa perlu anda menjaga 24 jam.1 jam pun dah cukup.:)
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






11 Responses to “Saya takde Kad Kredit la”
By Abooain on Oct 1, 2007 | Reply
Betul tu Sham, kad debit ni lebih selamat digunakan kerana kita dapat control sikit perbelanjaan kita. Keupayaannya pun lebih kurang sama je dengan kad kredit cuma kita terpaksa topup le kalau nak guna, boleh buat beli secara Online dan Offline.
By abdfatah on Oct 1, 2007 | Reply
yeaa… nampaknya kena try mohon kad debit pulak lepas nih. public bank dah ada… join venture dengan ayah saya. guna dua kad satu bank ….
By megat on Oct 1, 2007 | Reply
good info to me! thanks
By dott-com on Oct 1, 2007 | Reply
kad debit terbaik kalau nak approve paypal dan online sales bg saya ialah public bank debit card. ambank mmg mudah ttpi chargenya tinggi dan cboleh nak keluarkan paypal fund melalui ambank debit card.
beza kad kedit dgn debit yg paling mudah ialah:
1 - kad debit kalau anda nak guna urusan membeli belah anda perlu “top up” dgn duit sendiri.
2 - kad kedit anda xpayah top up just behutang jer ngan bank dulu pstu bayar.
By kita on Oct 1, 2007 | Reply
ermmm…bagi shma yang mana lebih baik public bank , ambank dan ?
By sham on Oct 1, 2007 | Reply
Saya prefer aliance bank.. public bank punya kalo transaksi besar tak boleh, kita kene call diorang untuk bagitau transaksi..
aliance kalo besar pun,leh guna tapi sebelum tu diorang call untuk pegesahan transaksi..
Saya lebih suka yang diorang call berbanding yang saya kena call..:P
By zulham on Oct 6, 2007 | Reply
saya ingin bertanya la en. sham. jika mahu menggunakkan kad debit untuk membeli barang yang nilainya USD 1 (ini kes nak beli barang melalui internet), berapakah yang kita perlu topup di dalam akaun bank kita?
By sham on Oct 7, 2007 | Reply
kalo usd1 just rm3.5 mcm tu je…tapi takkan nak topup rm3.5..at least rm10..
By Abelorz on May 3, 2008 | Reply
Kalo nak apply melalui online boleh x?
By sham on May 4, 2008 | Reply
Boleh je..