Kena Caj Oleh Paypal?
Ini adalah soalan yang ditanya kepada saya. Saya akan terangkan caj caj yang dikenakan oleh paypal. Kebiasaannya ada 3 caj yang biasa berlaku (jika salah tolong betulkan). Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya la. Kalo ada lagi harap bagitau.
- Verify Account Paypal
Untuk verify akaun paypal kad kredit/ kad debit anda akan dicaj $1.95 bagi verify account paypal anda. Kenapa? Ia adalah untuk pengesahan alamat dan pengesahan kad tersebut tidak dicuri dan sebagainya. Ia adalah untuk membasmi Credit Fraud. Anda akan mendapat kembali wang tersebut setelah anda melakukan transaksi pertama.Ia akan dimasukkan kedalam akaun paypal anda.- Transaction Fee
Transaction fee akan dikenakan bagi mereka yang menerima wang sahaja.Beberapa peratus dari wang yang anda terima akan dipotong sebagai transaction fee paypal. Untuk membayar/ menghantar wan, anda tidak dikenakan caj ini. Hanya penerima dikenakan.- Dispute Charge
Ini hanya mereka yang bersalah dalam kes dispute. Kebiasaanya penjual dikenakan caj ini. Saya pernah kena 4 kali kerana ada 4 kes dispute.Ia dibuat oleh pembeli jahat yang ingin kenakan saya. Kebiasaannya dispute charge melebihi $15 bagi setiap transaksi. Kesilapan saya ialah tidak gunakan fungsi refund dalam paypal. Saya dah refund, kena pulak caj dispute. Paypal mengutamakan pembeli dalam sebarang transaksi. Jadi jika anda ingin mulakan perniagaan internet dan mengunakan paypal, anda perlu bersedia untuk menghadapi masalah ini.
Ini adalah antara caj yang terdapat dalam Paypal. Ada lagi caj lain seperti money transfer. Saya tak masukkan kerana ia adalah berdasarkan permintaan anda. Caj yang yang dinyatakan diatas adalah caj yang anda tidak minta dan mungkin berlaku kepada anda.
Tips saya, simpan transaksi email dengan pembeli anda. Ia boleh dijadikan bukti anda berhubungan dengan pembeli anda bagi kes dispute. Dispute adalah cubaan untuk reverse transaksi berkenaan. Jika anda menghadapi penjual,peniaga yang tidak dapat dihubungi setelah anda membayarnya. Anda boleh open ticket untukdispute transaksi tersebut. Seeloknya berikan masa kepada penjual kerana mungkin mereka sedang menghadapi masalah seperi pc kena virus dan sebagainya.
Sebagai pembeli, anda juga patut bertimbang rasa. Namun, jika 2 minggu takde respon. Anda boleh la open ticket untuk reverse transaksi tersebut. Paypal akan siasat kes ini dan jika penjual bersalah atau tidak respon. Wang anda akan dikembalikan dan penjual akan dikenakan caj. Kata paypal, ia adalaj kos bagi menyiasat kes berkenaan. Saya rasa mereka tak buat apa apa pun. Biasanya kes dispute akan memihak kepada pembeli.
Jika penjual pula, mereka perlu berikan bukti seperti tracking number pos sebagai bukti mereka menghantar barang. Namun, kepada penjual produk digital akan bermasalah kerana susah untuk buktikan anda menghantar produk berkenaan.
Ini adalah serba sedikit tentang paypal yang perlu anda tahu. Paypal digunakan lebih 100 juta orang diseluruh dunia. Dengan adanya paypal, anda boleh jual kepada pembeli antarabangsa. Untung lagi banyak berbanding jual kepada orang malaysia.:P. Go Global!! Jika anda ingin kaya cepat.
p/s: Ini bukan iklan skim cepat kaya ye. Mulakan perniagaan anda sendiri. Mulakan secara part time terlebih dahulu. Jika kena cara,pendapatan ini lebih tinggi dari gaji anda.
p/p/s: Saya sedang update rekod pelanggan bagi menghantar lik download video & ebook versi terbaru. Banyak betul la.Harap bersabar ye!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






5 Responses to “Kena Caj Oleh Paypal?”
By kita on Oct 2, 2007 | Reply
terima kasih atas infor berkenaan..saya baru nak mencebrukan diri dengan paypal
By saiful on Oct 2, 2007 | Reply
ramai yang dah tak sabar tunggu link download video & ebook terbaru kau ni sham…termasuklah aku…..
By Maizul on Oct 2, 2007 | Reply
Bagus jugak sham buat artikel ni. Dapat jugak info serba sedikit. tq
By reezluv on Oct 6, 2007 | Reply
bagus ni..aku nak verify kan paypal isnin ni..doakan la..fuh:)
By najib_success on Oct 24, 2007 | Reply
Bagus info ttg paypal ni supaya pengalaman yg sham boleh jadi panduan pd newbie mcm saya ni..Kalo ada info lagi tolonglah bgtau yer