Pentingnya ilmu buat usahawan
Tahukah berapa lama IM yang berjaya ambil untuk berjaya? Mungkin ada yang berpendapat ia hanya mengambil masa yang singkat sedangkan hakikat sebenarnya hanya usahawan berkenaan sahaja yang tahu.
Tiada jalan singkat untuk berjaya. Ia memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang tidak terhingga. Namun disebabkan mereka suka lakukannya, mereka tidak kisah samada ia berhasil atau tidak. Ada yang dibuat gagal dan ada yang berjaya. Mereka tetap berusaha untuk menambah baik diri mereka dengan membeli ebook, ke seminar, perisian dan sebagainya kerana mereka yakin pelaburan terhadap diri adalah yang terbaik.
Usahawan berjaya tak payah beli buku/ebook? Salah tu. Kebanyakan usahawan berjaya yang membeli buku dan ebook bagi menambah ilmu mereka. Jika anda yang baru untuk berjinak jinak dalam bidang perniagaan internet merasakan anda tidak perlu, anda silap besar. Anda melambatkan proses anda untuk berjaya.
Pelaburan untuk diri adalah pelaburan yang terbaik kerana anda adalah aset anda yang paling tidak ternilai. Jika anda berilmu, letaklah anda dunia mana sekalipun anda pasti boleh survive dan berjaya. Dalam islam sendiri kita digalakkan untuk menuntut ilmu. Malah ia diwajibkan kepada setiap umat islam.
Masih ramai umat islam hari ini yang masih syok sendiri dengan kegemilangan umat islam terdahulu. Kenapa kita tidak berusaha untuk menjadi umat islam di zaman kegemilangan dahulu? Umat islam hari ini rata rata masih mundur walaupun negara mereka kaya raya. Rata rata negara islam dikurniakan dengan “emas hitam”. Namun, kita masih ketinggalan dan syok sendiri dengan sejarah ibn sina dan ramai lagi pemikir islam dahulu.
Umat islam dahulu mengusai segala bidang. Umat islam hari ini untuk menguasai satu bidang pun sukar kerana lebih banyak bermain berbanding belajar. Buktinya, lihatla hasil pelajar² kita sekarang. Saya akui budak² hari ini semakin pintar, tapi mampukan mereka meneruskannya sehingga mendapat ijazah tertinggi. Saya tujukan ini kepada diri saya sendiri jugak sebenarnya.
. Dulu saya jugak banyak bermain. Kalau la saya manfaatkan sepenuhnya lecturer & masa… Rugi betul.
Ketika belajar, saya sentiasa berada di zon selesa. Setelah saya bekerja, barulah saya dapati betapa sedikit ilmu yang saya ada. Lebih banyak kita belajar kita akan rasa semakin banyak kekurangan yang kita anda. Itulah yang dirasakan oleh kebanyakan oleh kebanyakan usahawan yang dah lama berkecimpung dalam perniagaan internet. Sebab itulah mereka sanggup berbelanja besar untuk membeli ebook,video dan banyak lagi untuk menambah dan mengisi kekosongan yang ada dalam diri mereka.
Anda rasa bagaimana? Dah cukup ilmu di dada?
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






3 Responses to “Pentingnya ilmu buat usahawan”
By saiful on Oct 3, 2007 | Reply
aku setuju dengan kau sham!…ilmu amat penting…dah ada ilmu mesti praktikkan..berjaya atau tidak adalah rezeki masing2…
By zaizen on Oct 5, 2007 | Reply
Sham..dont be underestimate your self :). Setiap manusia itu ada klebihan/kkurangan. Untuk berdaya saing sham, kita kena buka minda dulu..betulkan matlamat dan barulah mula mencari ilmu dgn secara jujur(wah..mcm sajak pula..hehe).
Selain menambah ilmu, kta kene ada perasan respek dan humble dgn org lain. sbb sy perhatikan ada sesetengah IM atau manusia, dia berasa gah dgn diri dia sendiri,ini bahaya sham. apepun, aku setuju dgn point ko sham :).
ps:sham, tahun ni x dpt balik beraya di trganu
.maklmulah hal kerja.hajat nak pegi lepak umah sham juga.,.hehe. Selamathari raya, maaf zahir batin.
By sham on Oct 7, 2007 | Reply
raya kat labuan ke zaizen?
Takpe..nanti kita jumpa kat mana..Saya akan stay kat KL pas raya..