Raja Adsense

Saya baru balik

Written on October 7, 2007 – 1:08 pm | by sham |

Saya minta maaf kepada yang terlewat dapat ebook mereka pada 4,5&6 oktober lepas kerana saya baru sahaja balik dari ke Perak. Saya jumpa tunang saya.Dah lebih 5 bulan saya tak bertemu. Saya di Terengganu, tunang saya di Perak.

Pada 6hb saya dah sent semua link download ketika saya jalan² di Lumut.Banyak jugak keropok ikan saya bawa balik. Nasib baik di Lumut ada satu CC kat celah celah kedai kat situ. Rugi plak saya tak bawa kamera sebab tiba tiba je saya ke sana.Pada 4hb saya berada di KL.

Apabila tunang saya bagitau dia cuti pada 5hb,saya batal nak balik terengganu & terus ke perak.Memang gamble sebab saya naik bas ke sana.Kalo takde tiket beraya kat perak la.Nasib baik ada 1 tiket,beli gak la walaupun mahal skit.

Saya ke lumut just untuk shopping je lagipun dekat dengan tempat keje tunang saya.Dia pergi kerja saya merayau la sampai tersesat kat Setiawan. Nasib baik jumpa gak jalan walaupun main redah.:P.Apa pun satu pengalaman yang baru buat saya. Saya beli sate ikan sebab murah kat lumut tu.

Antara benda lain ialah ikan bilis pangkor untuk mak saya.Seterusnya saya ke Teluk Batik & belikan baju untuk anak anak saudara saya.Baju sendiri pun tak beli sebab rasanya saya nak ke sana lagi nanti kalo ada kesempatan.

Cuma saya kesalkan ramai budak² melayu tak puasa kat Teluk Batik tu.Terang terang isap rokok,makan & mandi laut.Dah banyak mana diorang telan air laut tu. Siap berkemah kat sana lagi. Saya sempat jugak bersembang dengan pak cik yang jaga toilet kat situ.Dia cakap tak leh buat apa. Nak tegur diorang melenting,tegur dalam hati jela.

Tu kali pertama saya ke Teluk Batik,pantai dia agak kotor pasirnya berbanding pantai di pantai timur yang mempunyai pasir yang putih. Mungkin sebab sebelah sana adalah selat bukan laut luas seperti di pantai timur. Ianya agak tersekat. Boleh la bela mcm tiram atau pape. Kalo kat pantai timur, tak sesuai untuk bela sebab ombak kuat.

p/s: Kalo ada pape masalah pasal link download,sila email saya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 11 Responses to “Saya baru balik”

  2. By sham on Oct 7, 2007 | Reply

    saya tak bawa laptop masalahnya.. pergi sehelai sepinggang je..

  3. By Maizul on Oct 7, 2007 | Reply

    La sham deting kat lumut ke… nanti lepas kahwin nanti boleh la bawak isteri ke pulau pangkor pulak sham.

  4. By sham on Oct 7, 2007 | Reply

    tak dating la cikgu,saya sorang merayau kat sana sebab tunang saya keje..

    Tu salah satu perancangan sy,lepas kawin nak ke pangkor.. Dah 5 tahun saya ke sana masa rombongan kolej matrik dulu.

  5. By saiful on Oct 7, 2007 | Reply

    sham link download yg kau kasi tu pd 6hb utk yg new customer ke atau yg customer lama cam aku ni coz takpat pun….

    p/s tak sabar tunggu yg update dari rajaadsense ni he he he

  6. By megat on Oct 8, 2007 | Reply

    dpt org perak rupanya, berhati-hati org darah manis eheh

  7. By KA'AB on Oct 8, 2007 | Reply

    Dengar cerita tunang Sham ‘tu orang Kuale ya ? Kuale ‘tu kat mana ? Saya pun orang Kuale juga !

  8. By sham on Oct 8, 2007 | Reply

    ketior ka’ab..:)

  9. By KA'AB on Oct 8, 2007 | Reply

    Teman orang Sayong. Ingat Labu, ingatlah Sayong !

  10. By sham on Oct 8, 2007 | Reply

    dah ke sana ari tu..tengok labu & beli 2 bijik…

  11. By Sabri SaifulSham on Oct 9, 2007 | Reply

    Sesat sampai Setiawan?

    Dah dekat sangatlah dengan UTP tu… Awat tak singgah?

    hehe… Sham ni jenis travel sehelai sepinggang jugak ya? Saya suka travel sorang2 lah by bus… Hehe… saya pun gemar buat macam tu. (tapi saya ada habit bawa beg sandang, just in case nak isi apa2)

    Sabri

  12. By sham on Oct 9, 2007 | Reply

    a’ah..jenuh cari sign board..main terus je..

    Kalo tau UTP kat situ, dah singgah dah tapi tak tahu masalahnya..:P

    Saya just bawa beg sandang dalam tu ada tuala & sweater..baju lain tak bw sebab tak rancang untuk ke perak sebenarnya..asalnya ke KL pastu balik hari dari sana..

    Bila tau,tunang cuti esoknya terus ke pudu ambik tiket ke perak lepas tengok cite resident evil kat KLCC..sampai umah tunang orang tengah buka puasa..

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan