Raja Adsense

Panduan Paypal: Masalah dan Penyelesaiannya

Written on October 8, 2007 – 2:21 pm | by sham |

Saya baru sahaja update ebook panduan paypal ini. Saya dah masukkan info terbaru dan persoalan yang terbaru yang sering ditanya kepada saya oleh pembeli dari Malaysia. Ia adalah panduan paypal yang saya berikan percuma suatu ketika dahulu.

Ia adalah hadiah hari raya selain pembayaran komisen di awalkan bagi memboleh affiliate yang berjaya membuat sales mengunakan wang tersebut untuk membeli barangan untuk menyambut hari raya.

Anda boleh download Panduan ini di http://www.rajaadsense.com/Paypal.zip . Saya tak menulis panduan untuk verified akaun paypal kerana dah ada orang menulis ebook tentangnya. Tak guna jika menulis tentang perkara sama. Sebab itulah panduan yang saya tulis lebih kepada masalah dan penyelesaiannya.

Anda boleh dapatkan Ebook untuk Verified Paypal di Smartusaha.com kerana Zul telah pun menulis tentang cara untuk verified akaun Paypal. Sejak paypal boleh dikeluarkan duit di Malaysia, ia cukup gembira kerana Warga Indonesia juga kini boleh menerima wang dari Paypal kerana sebelum ini mereka tidak boleh menerima wang dari Paypal.

Diharap ini dapat mempercepatkan perkembangan budaya Online Shopping di Malaysia dengan adanya lebih ramai penjual di Internet di Malaysia. Lebih ramai penjual, pasti akan ada lebih ramai pembeli yang ingin membeli barang melalui internet. Jika di negara maju, ia dah menjadi satu budaya untuk membeli secara online.

Peniaga/Usahawan Internet yang menjual barangan fizikal pasti bersedia sekarang untuk jualan mereka kerana perayaan krismas hampir tiba dan ketika ini pembeli sedang giat membeli barang kerana mereka tahu ia akan mengambil masa untuk sampai ke tangan mereka. Jadi mereka membelinya 1@2 bulan lebih awal untuk perayaan krismas. Ketika perayaan itu juga sales mereka meningkat terutama yang berbentuk hadiah.

Di Malaysia pula walaupun kita mempunyai banyak perayaan, budaya shopping ketika perayaan secara online masih kurang. Kita lebih sanggup bersesak di jalan raya dan berebut tempat parking di shopping kompleks untuk membeli barangan untuk perayaan. Mungkin suatu hari ini,fenomena ini akan berubah dan orang hanya membeli barangan di hadapan komputer sahaja di rumah. Barang mereka akan sampai ke rumah mereka dalam masa beberapa hari.

Dunia semakin maju, saya yakin bahawa budaya ini akan muncul di Malaysia nanti apabila semua ibu bapa tidak sempat untuk membeli barangan mereka dan menempahnya sahaja di internet untuk membeli barangan persekolahan dan perayaan dan peniaga akan menhantarnya ke rumah pembeli. Besarnya potensi perniagaan internet di Malaysia ini.

Mungkin menyedari potensi tersebut yang menyebabkan Paypal membenarkan kita mengeluarkan wang dengan mengunakan kad debit. Mungkin suatu hari nanti kita boleh transfer terus wang ke akaun bank kita. Dengan kad debit pun ia memudahkan kita semua sebagai usahawan internet.

Sila download Panduan Paypal di http://www.rajaadsense.com/Paypal.zipĀ 

Jangan risau ia adalah percuma untuk pembaca blog ini dan subcriber yang setia dengan saya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 9 Responses to “Panduan Paypal: Masalah dan Penyelesaiannya”

  2. By kita on Oct 9, 2007 | Reply

    terima kasih atas ebook itu..saya baru download…kejap lagi baru nak baca :)

  3. By matzis on Oct 9, 2007 | Reply

    e-book ini bagus…paypal pun dah boleh dikuarkan melalui debit kad Malaysia…saya rasa satu perkembangan yang bagus…buat masa ini yang saya tahu kad debit public bank dah approve untuk draw paypal.

  4. By discovery on Oct 10, 2007 | Reply

    sekadar bertanya .Bagaimana dengan Clickbank ? Bolehkah kita dibenarkan untuk membuka akaun.

  5. By sham on Oct 10, 2007 | Reply

    tak boleh lagi clickbank.. Tak tahu bila diorang buka balik..

  6. By matzis on Oct 10, 2007 | Reply

    saya rasa rakyat Malaysia perlu tunjukkan sesuatu perkara yang boleh meyakinkan pihak clickbank.

  7. By Hamid on Oct 13, 2007 | Reply

    terima kasih..

  8. By shah on Dec 14, 2007 | Reply

    kalau ya xde ka debit cmne?

  9. By sham on Dec 14, 2007 | Reply

    Kena ada jugak la..kalo ada kad kredit lagi bagus..

    kalo takde tu, leh dapatkan ambank next g kat seven eleven..

  1. 1 Trackback(s)

  2. Dec 4, 2007: Mencari Duit Dengan Mudah! USD2,500 dalam masa seminggu!! CEPAT BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT!!! at Weddings, Celebrity Gossips & Personals @ Syokkahwin.com

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan