Spam oh Spam
Semakin hari semakin banyak spam ke inbox saya. Bermacam macam tajuk email program cepat kaya. Malah ada yang cuba menjatuhkan orang lain pun ada dengan memberikan produk orang secara percuma dengan alasan kononnya penulis ebook tersebut guna indicator orang lain dalam ebook beliau. Salah ke guna indicator orang sedangkan ebook tersebut ditulis oleh penulis tersebut. Rasanya hanya sedikit je penulis sebut pasal indicator tersebut.(ini cerita forex ye)
Bagi saya, gunakan produk orang sebagai bonus tanpa kebenaran adalah satu perkara yang haram. Sanggup ke dia bagi makan duit tu kat anak bini dia? Ada jugak IM jenis sebegini…Apa yang dijual adalah ebook yang boleh dikategorikan sebagai berguna tapi apabila dia masukkan ebook orang tanpa kebenaran secara haram sebagai bonus.Ia dah mengubah pandangan saya terhadap usahawan tersebut.Bukan rezeki halal yang dicarinya, jadi saya tak nak bersekongkol bersubahat dengannya dengan membeli ebook dari beliau.
Fenomena spam berlaku disebabkan penjualan email extractor dan mass email sender seperti AMS, Super Email Sender dan banyak lagi software spam yang dijual dengan harga serendah rm6. Ia sukar dikesan bagi dikenakan tindakan kerana pada email ia boleh disetkan sender dan receiver adalah email yang sama sedangkan ia menghantar ke ribuan email orang lain.
Ia sangat tak beretika. Saya tahu salah satu nickname yang digunakan oleh spammer tersebut. Siapa? Tak perlu bagitau la.Biar saya tegur dia secara personal nanti kalo dia yang lakukannya. Malah ebook mitos IM Russel pun banyak dispam ke email saya. Saya langsung tak membuat promosi tentang ebook berkenaan atas sebab terlalu banyak spam ke email saya. Jadi saya rasa, bukan saya sahaja yang kena. Ramai lagi yang kena perkara yang sama. Jadi saya taknak mereka feed up dengan email tentang ebook berkenaan, saya tak buat sebarang promosi.
Buat mereka yang tak tahu apa itu spam..
Spam adalah penghantaran email kepada orang yang tidak dikenali dengan tujuan promosi produk tertentu samada dengan secara manual atau automatik atau mengunakan perisian tertentu.
Ia adalah definasi yang saya buat ye. Tak belek kamus dewan pun.:p. Ia merupakan teknik yang boleh menyebabkan seseorang itu boleh didakwa di mahkamah jika di US. Begitu teruk yang bakal dihadapi oleh spammer tersebut jika disabitkan kesalahan.
Di Malaysia,ia semakin menjadi jadi oleh pengiat skim cepat kaya yang hanya mahu duit cepat dengan spam ke email orang. Ia kemudian diikuti oleh orang lain pulak yang terdesak untuk cari duit lebih kononnya. Dah la buat cara salah, diajar buat perkara salah pulak. Ini yang menjatuhkan tsunamiwang dahulu.
Apa yang akan terjadi kepada spammer ni? ISP mereka akan diban atau ditutup. Ia akan efek kepada orang lain yang mengunakan server yang sama. IP server akan diblok. Walaupun kita gunakan server di Malaysia, ada diantaranya mengunakan datacenter di US. Undang undang tentang Spam di US sangat ketat. Jadi bukan sahaja spammer yang kena, server yang digunakan juga akan kena. Ini akan dirasai jika ia digunakan pada shared hosting. Inilah yang berlaku kepada EcommerceMastery kepunyaan team Saifulsham apabila salah satu server mereka ditutup apabila seorang pelanggan mereka melakukan spam.
Itu adalah salah satu akibat spam. Kepada spammer tu, nasib la kalo korang kena mcm tu. Dah la kena tutup akaun hosting. Menyusahkan orang lain pulak tu. Laman web orang lain pun efek sama. Kalo korang guna server sendiri tak kisah la.
Satu lagi bila dah kena ban, memang ia takkan dibuka dah. Kalo server tu, kena create server baru. Teruskan la spam tu. Tahu lah nasib korang nanti dengan skim cepat kaya tu sekali akan kena nanti akan terkubur sama sama.
Saya pulak sentiasa tengok stat affiliate saya samada ada tak melakukan spam. Nampaknya belum ada lagi setakat ini. Saya tak mahu RajaAdsense.com yang saya bina ini terkubur sebeb segelintir affiliate melakukan spam.
Jika anda baru nak mulakan perniagaan internet anda. Ambil perkara ini dengan serius. Didik affiliate anda agar jangan melakukan spam atau perkara yang melanggar etika sebagai usahawan. Matlamat tak menghalalkan cara! Matlamat anda untuk kaya, tapi dengan cara spam! Sangat tidak cool…




9 Responses to “Spam oh Spam”
By matzis on Oct 10, 2007 | Reply
saya rasalah syam, orang yang membuat bisnes secara spam ini adalah orang yang sangat tak beretika langsung. Kalau newbiz takper lagi bolehlah dimaafkan sebab mereka mungkin belum lagi dedahkan dengan dunia internet biz yang sebenar….tapi ini IM sendiri yang buat spam! apa cerita?…kepada yang suka spam sana, spam sini…belajar cara promosi perniagaan dengan tertib dengan menggunakan autoresponder….kalau tak mampu yang berbayar pakai dulu yang free..janji jangan buat spam. Cerita pasal e-book dijadikan bonus tanpa kebenaran juga adalah satu perkara yang tak baik dalam dunia internet biz ni.
By shahdi on Oct 10, 2007 | Reply
Informasi yang baik untuk semua.Ebook rajadsense tu memang bagus juga..Setelah dipraktikkan akhirnya saya juga membuat duit dengan adsense..hehe Cuma kandungan e-book tu kena up date sikit..Apapun keep a good work dude!
By sham on Oct 10, 2007 | Reply
shahdi, saya memang dah update dah pun..cuma saya tak release lagi untuk customer lama..yang baru dah dapat dah yang baru..
By Sabri SaifulSham on Oct 10, 2007 | Reply
Betul tu Sham,
Saya sebenarnya bimbang betul sebab SPAM bahasa Melayu
berkaitan IM semakin banyak sekarang.
Boleh merosakkan reputasi industri.
Ada orang yang memberi tahu newbie bahawa soaftware2 macam AMS tu powerful dan tak menyalahi undang2…
Isy3…
Sabri
By abdfatah on Oct 11, 2007 | Reply
yeaa… begitu banyak sekali spam kalo dah namanya spam. mari kita belajar apa itu spam. kalo tak tahu kena tahu dan perlu hambik tahu dan jangan buat tak tahu…
hahahaaa… kalo guna cara tersebut, tunggu masa aje laa kena report spam.
kalo dah kena repot nanti… tahulah akibatnya.
By Hamid on Oct 13, 2007 | Reply
Nak repot kat ner ye?
By abdfatah on Oct 27, 2007 | Reply
report pada polis cyber US laa.
p/s: bila masa panduan raja adsense jadi reseller program?
By Hamid on Oct 29, 2007 | Reply
macam mana tu?
bagi tahu la webnya
By uzzri on Nov 1, 2007 | Reply
aku masih tak fahamlah penjelasan di atas kurang bermutu…
katakan aku join satu yahoo group.
kemudian aku iklankan perniagaan internet (tak kiralah skim cepat kaya ke cepat kayap ke) dlm ygroups tu… adakah ini dikatakan spam?