Raja Adsense

Selamat Hari Raya

Written on October 12, 2007 – 5:40 pm | by sham |

Selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat. Saya ingin memohon maaf sekiranya terkasar bahasa dan kesilapan yang berlaku sepanjang saya bersama dengan anda semua.

Andainya ada yang terasa hati atau terguris kerana tulisan saya, saya harap anda maafkan saya. Jemput la ke rumah jika yang berkesempatan. Hari Raya ke dua saya akan berada di rumah. Pada hari raya pertama, saya akan ke rumah saudara mara dan ke kubur.

Persiapan pada tahun ni,mcm biasa. Kueh yang buat sendiri pun takde sebab semua beli. Yang lain kueh tunang saya yang bagi semasa ke rumah dia baru baru ni. Itu pun hanya 3 jenis je yang sempat buat pada hari dia cuti baru ni.

Pada hari raya saya takkan buka komputer la ye. Hari itu untuk saya rehatkan minda & santai ke rumah kawan² dan sanak saudara.

Selamat bercuti, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Berhati hati di jalan raya. Sayangi lah keluarga anda. Jika mengantuk, rehat dulu. Periksa kenderaan sebelum melakukan perjalanan yang jauh.

p/s:Banyak betul pesanan penaja.:P

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. One Response to “Selamat Hari Raya”

  2. By megat on Oct 16, 2007 | Reply

    Selamat hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Berhati-hati di jalan raya!

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :