SOHO Berpindah
Apa khabar semua? Saya kini bukan lagi menjalankan ebiz di Terengganu. Saya baru sahaja dalam proses untuk setupkan SOHO(small office home office) di Kota Damansara. Jadi internet belum ada,jadi saya akan sedikit lambat untuk menghantar link download kepada anda.
Saya akan cuba dapatkan talian internet secepat mungkin. Harap bersabar ye. Saya juga dalam proses untuk melatih seorang partner bagi mengurus sesetangah blog dan perniagaan saya. Saya juga mempunyai beberapa projek offline yang akan dijadikan sebagai perniagaan internet bersama beberapa rakan saya. Ia adalah experimental.
Jadi saya tak menjangkakan ia akan berjaya, namun saya berharap ia berjaya la. Ia melibatkan pelaburan saya jugak untuk membangunkannnya. Anda juga boleh untuk meng”online”kan perkhidmatan dan perniagaan anda. Siapa tahu ia akan meningkatkan jualan dan perkhidmatan anda. Perniagaan internet di Malaysia boleh dikatakan pada peringkat “bayi” lagi. Ia pasti akan terus membesar.
Jika anda mendahului orang lain, pasti anda akan menjadi “market leader” dalam niche yang anda ceburi. Bak kata orang tua tua ” Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia tiada siapa yang tahu”. Ia mungkin akan menjadi langkah kanan anda dalam menceburi bidang perniagaan internet. Anda tidak mahu?
Ada yang mengatakan mereka tak tahu bagaimana untuk bermula..Kenapa jadikannya alasan. Kami usahawan internet yang sedia ada pun belajar dari sifar. Kami pun belajar sedikit demi sedikit. Kami bukan terus tahu apa yang ada dalam selok belok perniagaan internet. Kami melabur wang untuk menghadiri seminar, membeli buku, ebook dan banyak lagi untuk menambah ilmu yang kami anda untuk memajukan perniagaan. Anda pun boleh lakukannya jika anda mengikut jejak langkah mereka yang berjaya.
Bukan senang nak senang….




7 Responses to “SOHO Berpindah”
By soulof99 on Oct 20, 2007 | Reply
Whoa.. makin rancak bisnes boss. Tahniah. Semoga sukses terus…
By zaizen on Oct 20, 2007 | Reply
Sham..dok damansara dgn sape?..wah, dah jd orunk Kl lps ni, lepak2x dkt OU…hehe
By edyanie on Oct 21, 2007 | Reply
kat area mana tuh..mana tau saya boleh pi beraya
By sham on Oct 22, 2007 | Reply
Rumah kat kota damansara,sekyen 4. Rumah kosong lagi la kalo nak beraya pun takde pape sebab rumah tu kosong.
Rumah kawan..Kat sebelah sekolah menengah sekyen 4, kota damansara..
Tapi sekarang ni,saya dok sorang je kat rumah teres tu sebab kawan jarang balik cni..dia dok kat putrajaya..
Jauh skit la dari ofis..
Kalo nak jumpa,leh datang ke tingkat 2 bangunan mara..kat incubator mara..
By alongovtx on Oct 23, 2007 | Reply
boss dah start jadi boss…hehehe…
By zuhairy on Oct 23, 2007 | Reply
wah, dah makin maju..semoga terus maju..syabas!
By ramzy0 on Oct 26, 2007 | Reply
” Jika anda mendahului orang lain, pasti anda akan menjadi “market leader” dalam niche yang anda ceburi. Bak kata orang tua tua ” Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia tiada siapa yang tahu”. ”
kata2 ni bagi inspirasi ler kat saya. huhuhu, try nak conquer blog malaysia dalam niche ” tuh ” lepas pikser nih. ^_^ . insyaallah amiin.