Eish..Macamana nak letak harga ebook ni?
Pada suatu hari, Ali telah berjaya menulis 1 ebook yang sangat bagus iaitu “Resepi sengkek selepas raya”. namun setelah segala telah siap, Ali pun terfikir “Eish..Berapa hinggit aku nak letak harga ebook ni ek? Aku letak mahal tak laku pulak. Kalo aku letak murah rasa rugi pulak.” Ali fikirkan harga sehingga 2,3 hari sehingga tidak tidur malam.Akhirnya ebook beliau tidak dilancarkan akibat terlalu banyak berfikir pasal harga ebook beliau dan dimasukkan ke Hospital Tanjung Rambutan.
Hehehe..Trajik sungguh cerita tu.Tu bukan cerita betul tau. Cerita ce”kera “rama je tu.Tidak berkaitan dengan mereka yang masih hudup atau yang telah arwah.
Begitu susah nak tentukan harga ye? Saya tulis sebab tertarik dengan artikel Zul pasal harga ebook(trackback skit).:p.
Sebenarnya ada beberapa penyelesaian untuk masalah harga ini. Saya cuba untuk terangkan skit cara yang saya gunakan. Ia sebenarnya tidak sesukar mana. Sebab utama orang asyik berfikir, “laku ke aku letak harga ni”,”mahal ke ebook aku ni” & banyak lagi fikiran negatif yang melanda botak otak penulis ebook.
Penyelesaian saya:
- Letak la berapa pun.
Kalo produk anda bagus, orang tetap akan beli walaupun anda letak RM300 sekalipun. Namun anda perlu tentukan samada anda mahukan kuantiti atau kualiti? Kalo nak kuantiti, letak murah. Kalo nak kualiti, letak mahal. Biasanya yang bayar mahal akan berusaha lebih untuk mencapai apa yang anda cuba sampaikan. - Buat Pakej
Ini cara saya guna. Walaupun mahal, masih ada yang beli. Kesimpulannya, beri pilihan kepada bakal pembeli untuk memilih pakej pilihan mereka. Walaupun mahal, berikan sebab untuk pembeli anda memilih untuk membeli yang paling mahal. Kebiasanya mereka akan membeli produk yang paling mahal jika anda buat secara pakej. Contoh terbaik ialah Ebook Buat Duit dengan SMS daripada Irwan Dahnil. Menurut beliau pakej paling mahal paling mendapat sambutan. - Ikut Harga Pasaran
Ini adalah jika anda menjual produk PLR,MRR,RR dan sebagainya. Anda boleh ikut harga pasaran produk berkenaan. Seeloknya jangan letak terlalu murah kerana ia akan menjatuhkan nilai ebook berkenaan. Takkan anda nak jual dengan harga RM1. Orang akan menganggap ia produk yang tidak berkualiti pulak nanti. - Situasi Semasa
Ia adalah situasi semasa harga ebook yang ada di pasaran. Pasaran ebook di Malaysia biasanya berharga dari RM20 ke RM100. Itu adalah kebiasaannya la. Ada yang lebih tinggi tetapi jumlahnya masih kurang. Kebanyakannya berharga RM50 iaitu harga pertengahan. - Buat Formula
Ia untuk mereka yang suka berkira. Harga ebook ditentukan dengan formula tertentu. Mereka mengira setiap kerja yang dibuat didarab,dibahagi,ditambah dan ditolak maka terhasil la harga ebook berkenaan. Boleh jadi Einstein ni.:P
Tu ada 5 cara yang boleh anda gunakan. Pilih la cara mana sekalipun.Ia dapat menghasilkan harga ebook anda tersebut. Senang je bukan.
Selamat Menulis Ebook!
p/s: Dapatkan ebook Rahsia Penulis Ebook di http://www.penulisebook.com . Semoga anda berjaya menulis dan buat duit dari ebook anda.
p/p/s: Takde orang nak buat ebook pasal ikan keli ke? Hit tertinggi ke blog ini berkenaan ikan keli. Ramai betul orang cari maklumat pasal ikan keli tu. Kalo nak cuba, boleh la try tulis.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






2 Responses to “Eish..Macamana nak letak harga ebook ni?”
By soulof99 on Oct 25, 2007 | Reply
Tragis betul kisah kat atas nun. Tapi saya fikir itulah realitinya, terutama yang tulis / produce ebook sendiri.
By hafiza on Oct 27, 2007 | Reply
tips anda mmg infirmatif sekali. diharapkan lebih ramai akan berkecimpung di dalam perniagaan internet seperti ini.