Slow Banget Internet ni..
Geram… Kecewa.. Tu la yang boleh saya kata dengan prestasi broadband di Malaysia. Lebih kurang dial up la pulak speed dia..Entah entah dial up lebih laju berbanding broadband. Sekarang dah nak masuk 6G dah..Malaysia baru nak masuk 4G. Dah la ura ura Malaysia nak jadi provider datacenter internet sendiri untuk mencabar singapura.
Tapi tengok kepada keadaan internet sekarang. Rasanya jauh panggung panggang dari api.Just cakap berapi rapi je.Tindakan still ditahap lama. Dah nak masuk tahun 2008 dah ni.Still tak berubah.Nak explore angkasa, tapi internet pun entah pape. Kalo guna duit yang ada untuk mengutamakan keperluan rakyat kan lagi bagus.
Just meluahkan perasaan. Dial Fed up betul la dengan intenet slow ni.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






9 Responses to “Slow Banget Internet ni..”
By soulof99 on Oct 26, 2007 | Reply
Hehe… saya sebelum nak connect broadband tu terpaksa ambik nafas dulu sbb mmg akan naik angin bila time mula2 nak connect terutamanya. Hilang separuh nafas rasanya. Hehe…
Harapnya jika benar Malaysia nak jadi provider datacenter internet, betulkanlah dulu talian streamyx yang memonopoli broadband di Malaysia ni. Mentang2lah streamyx ni monopoli, buat endah x endah je kesukaran pengguna…
By ramzy0 on Oct 27, 2007 | Reply
tension tension. nak tengok online streaming movie pon adessh. tapi crunchyroll.com tetap menjadi pengubat hati. huhuhu.
p/s: pi angkasa sudah, upgrade ler plak internet nih TMNut.
By Sukeri on Oct 27, 2007 | Reply
Apalah nak bangga sangat gi angkasa, rakyat Pakistan dah gi angkasa 19 tahun yang lepas. Kira-kiranya kita ni 19 tahun ketinggalan ngan Pakistan.
Biasalah..gembar gembur je lebih tapi dibelakang haprak. Sorry geram punya pasal ni.
By naem on Oct 28, 2007 | Reply
ini la yang dikatakan “biar papa asal bergaya”..hehehehe..
skang minyak pula akan naik harga..memang tak dapat dibendung, dari pembuat polisi hinggalah yang menguatkuasakan polisi, bagai ayam jantan berkokok lantang, tapi ekor berlumuran najis sendiri..
internet dan bidang ICT macam nak rak diperkatakan, dari yang baru dok ngaji IPT sampai la ke pak2 menteri…hohoho..minda kelas pertama, tp hampehnya internet sapa yang tau…asyik2 modal insan, iyor la..tapi kalau tanpa modal pembangunan,jentera dan ict,setakat mana la modal insan tu…( marah tul )..
yang kaya akan terus kaya..rasanya kena ada researcher untuk buat kajian ttg kelajuan,kemajuan bidang ICT di Malaysia..bukan apa, kadang2 kita kuat melantak, tapi terlupa pula yang ukur lilit pinggang cuma 28 inci…hohohoho..mana pengukur, siapa yang mengukur dan sejauhmanakah pengukuran tersebut telus…waduh2 lemahnya…
ermm.en sham,apakata kita semua yang ada di sini berbincang utk buat artikel berantai dimana semua artikel tersebut adalah permasalahan dan cadangan bagi isu ICT di Malaysia..lepas tu hantar ke akhbar secara bergilir2…macam buat pertandingan la..yang dapat respon dari pak menteri atau mana2 suruhanjya, kira menang..oppss, nak kena cari penaja plak…hohoho…
ps; saya takde sebarang kepentingan politik mahupun politeknik, apa yang saya post ialah apa yang saya tau je..kalau tak betul, nasihat dan tunjuk mana yang betull
By Abooain on Oct 28, 2007 | Reply
Memang pun, talian terlalu slow sangat walaupun dah ambik 1Mb, masih belum berpuas hati. Terasa sangat tak berbaloi lak dengan harga RM70 sebulan tu dengan hasil yang kita perolehi ini. Apatah lagi jika nak dibandingkan dengan negara jiran yang dah lama ke depan dalam broadbang ni.
By smartzul on Oct 28, 2007 | Reply
Ini baru 2008. Lambat lagi 2020.
p/s: saya dapati, streamyx ada masalah sejak dua menjak ni.
By amirol on Oct 30, 2007 | Reply
hhehe… pengguna heavy macam kita ni memang terasa kelembapan streamyx ni.
Paling tension bila nak buat uploading… lembap bangat sih.. kadang - kadang tu dah fed-up tunggu upload tak habis - habis lagi, tinggalkan aje la pc.. kalau tak dok sakit hati je mengadap PC.
By mEsoL on Oct 30, 2007 | Reply
try subsribe iZZi broadband plak. dengar cite guna techology 4G. Bos aku dah sambar satu. dia ckp better dari maxis broadband tp x smpi la 2Mbps spt yg diperkatakan.
By sham on Oct 31, 2007 | Reply
Malangnya izzi broadband tu tak sampai lagi ke kawasan kota damansara..area damansara utama dah ada dah..