Menguji Celcom Broadband
Ehem..Saya sedang menguji Celcom Broadband dari rumah tumpangan di kota damansara. Nampaknya kat sini full bar 3G. Speednya agak reasonable sebab saya guna yang 364Kb sahaja yang berharga RM68 sebulan sebab ia just untuk kegunaan di kala saya men”travel”kan diri ke mana mana tempat kat Malaysia ni.
Saya guna AT&T Sierra Air Card 875U. Ia adalah usb.Ia agak mcm mcm telefon bimbit skit sebab kepada usb dia boleh dilipat. Penerimaan signal juga kuat kerana daripada review yang diterima modem 3G dari Sierra ini lebih bagus daripada modem huawei yang digunakan oleh maxis sekarang.

Jika anda ingin jimat,anda boleh beli pcmcia kad. Ia lebih murah berbanding yang ini. Saya gunakan yang ini kerana laptop dell mengunakan express kad. Modem USB adalah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini kerana ia juga boleh digunakan kat desktop.
Kepada yang ingin mempunyai internet dimana mana, pakej yang ditawarkan celcom ini adalah yang termurah iaitu RM68 untuk kelajuan 364Kbs. Jika anda ada duit lebih boleh dapatkan Pakej RM12o sebulan dengan kelajuan mencapai 3.6Mbs. Tiada kontrak tertentu. Jadi anda boleh tutup akaun bila bila masa jika tidak berpuas hati.
Maxis juga ada menawarkan broadband mereka iaitu dengan 4 pakej iaitu RM68(364kbs), RM78(640kbs), RM98(3.6Mbs) dan RM138(3.6Mbs). Kesemua pakej diberikan modem besar seperti modem streamyx anda. Ia disasarkan untuk digunakan untuk internet dirumah. Manakala pakej RM138 akan diberikan modem huawei yang kelihatan seperti mouse tu.(mcm dalam iklan celcom tu) Ia mempunyai kontrak 18 bulan. Jadi anda tidak boleh tutup akaun sehingga la kontrak anda tamat.
Jadi anda boleh pilih pakej mana yang mampu anda miliki. Saya akan sambung lagi review ni.Harap ada yang review maxis broadband jugak.Dibawah adalah speed yang saya dapat bila guna.
Saya subcribe pakej 364Kbs sahaja. Ia agak masih kurang stabil kerana adakalanya ia putus. Namun ia dah memadai jika anda ingin gunakannya untuk blogging. Jadi anda boleh online dimana mana yang ada line celcom. Nantikan review prestasi broadband celcom ni.
p/s: ia adalah bukan review berbayar ye, ia untuk membantu anda memilih broadband yang sesuai untuk anda.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







37 Responses to “Menguji Celcom Broadband”
By megat on Oct 30, 2007 | Reply
tak sabar nak tunggu review seterusnya
By KA'AB on Oct 30, 2007 | Reply
Maklumat yang menarik. Saya juga sedang berkira-kira hendak menggunakan perkhidmatan mudah alih ini. Kalau boleh, terlanjur menulis ‘tu, Sham dapat menyatakan harga untuk setiap modem ‘tu.
By fauziasirop on Oct 30, 2007 | Reply
salam. sememangnya satu fasiliti mampu milik oleh setiap org. pakej celcom pon mnarik gak. rm68 tu kira reasonable. plus tax lebeykorang 72 hingget. saya guna hok pcmcia jek. jenama orrange. harga beli rm399. market price rm400 lebey. tak byk beza. tp yg guna USB tu rm900 lebey. member saya dpt sambar satu brand new kat lelong.com. jenama vodafone. rm840 jek. nak tau lanjut rajin2 gi lelong.com. skadar nak dpt info. yg penting kat mana2 bleh online. tak leh 3G, GPRS pun bleh. tp sket lembab le. satu lagi, pakej celcom ni sms percuma. antorlah ke mana2 service provider kat m’sia. free of charge. so tak dok alasan lagi untuk tak online. skang ni pon saya brada kat luar opis. di ipoh dan penerimaan signalnya orait.
By sham on Oct 30, 2007 | Reply
Setakat ni dah kurang putus putus..sebab kat penerangan modem tu ada tulis..pada awalnya dia akan lambat skit..bila dah lama&serasi dia akan jadi lebih laju..
By Noorizam Shah on Oct 30, 2007 | Reply
ohhh.. saya masih guna huwei datacard lagi.. apa pun saya baru je balik dari kedai celcom.. mohon tukar penurunan harga pakei dari Rm120 ke RM68.. so start bulan depan akan dapat speed berharga RM68.. kita tengok keberkesanannya di tempat saya pula.. ohoho
By mEsoL on Oct 30, 2007 | Reply
ada org tanya pasal harga. skarang nie saya active bidding utk sierra 875 n 875u dalam lelong.com.my.
utk sierra 875 pcmcia card - rm460
utk sierra 875u usb - rm880 (kekadang ada rm690)
saya dapat yg pcmcia rm360 tp seller tu cam xnk deliver je datacard tu sebab saya dapat murah. dah 5 hari menunggu, still xde update dari seller.
By kita on Oct 30, 2007 | Reply
fuhh memang syok aaa kalau dapat yang tu….
By Muaz on Oct 30, 2007 | Reply
Saya pun subscribe Celcom Broadband . Saya guna hp jer untuk connect internet. Skang ni saya guna hp Sony Ericsson untuk surf. Best!
By zuhairy on Oct 30, 2007 | Reply
saya pun berminat gak nak guna perkhidmatan ni. tapi tunggu feedback dari mereka yang dah guna..
By Muaz on Oct 31, 2007 | Reply
Bergantung kepada lokasi jugak, cam saya kat Nibong Tebal line clear tapi kat sini dapat GPRS jer. Cam semalam saya pi seberang jaya sat jer loading page .
Cuba cek kat website celcom adakah kawasan anda ada coverage.
By sham on Oct 31, 2007 | Reply
Mesol,remind seller..guna sistem dalam lelong tu..kalo dah 3 kalo remind takde respon..leh report kat lelong..dia akan kena caj rm25 kalo untuk aktifkan balik akaun lelong dia..
By mEsoL on Oct 31, 2007 | Reply
huhu.. dah sampai. pelik tol seller ni. dia x update dari ‘Buyer Paid’ kepada ‘Item Sent’. Baru je subsribe pagi tadi Celcom broadband. Tak boleh guna lagi, kena tunggu activation 24hours
By titan on Nov 2, 2007 | Reply
Niat di hati memang nak dapatkan pakej broadband celcom tu. Apakan daya aku dah ada streamyx kat rumah.
Nantila kalau aku travel banyak masa keje luar nanti. Mungkin aku akan sambar satu..
Celcom pilihan utamaku..
By mirfizszha on Nov 2, 2007 | Reply
Semuanya nak cita pasal broadband.. so saya ni dah guna celcom broadband 3g unlimited dari RM99 dah turun ke RM68. Memang bagus cuma baru-baru ni bila malam di slow sikit. sebelum ni pakai o2 datacard okey dan pas tu pernah try huweii tapi signal dia tak berapa baik. kalau pakai o2 tu signal full tapi si huwei tu signal asyik tukar gprs dan 3g. La ni saya dah guna sierra aircard 875 pcmcia. Bukan apa ingat nak upgrade guna broadband 3.6, dan signal dia memang okey dan software 3g watcher dia pun okey. dia punya firmware dah ready ugrade untuk speed 7.2mbps. cuma sekarang ni nak tengok kawasan yang hsdpa tak luas lagi je… harap harap celcom luaskan 3g dan hsdpa dia kat malaysia ni…
By edyanie on Nov 4, 2007 | Reply
nak langgan celcom broadband ni wajib ke jadi pelanggan postpaid diorang..coz ada baca sikit, macam kena jer..just nak kepastian..
By sham on Nov 4, 2007 | Reply
Saya just langgan data plan diorang..tak leh call orang..tapi leh guna sms secara percuma dengan communication manager tu..
By mEsoL on Nov 4, 2007 | Reply
edyanie : bila kita langgan, kita akan dpt sim card celcom postpaid 3g tp x boleh pakai utk call.
sham: kalau pakai yg voice enable cam sierra 875 tu boleh call guna 3g watcher.
By sham on Nov 4, 2007 | Reply
yang pcmcia adala kot voice enable..yang usb punye rasanya takde..
By edyanie on Nov 4, 2007 | Reply
mEsol: maksudnya kita pi je reg, pas selesai reg, bayar rm68, pastu kita dapat sim kad tu, then dah leh la guna kan…
nak tau lagi, kalau kita ada mslh nak bayar rm68 tu, diorang block kejap la kan sampai kita bayar dulu yang tertangguh tu..bukan macam stremix le kan yang mana kalau stremix tu kita guna dulu, pastu bayar kemudian..ke camner…
By mEsoL on Nov 4, 2007 | Reply
masa reg bayar rm68. utk bln pertama kena charge by day sbb maybe bln pertma tu kita reg tgh bln ker. charge rm8/per utk bln pertama.
aku tak tau celcom camne kalau x lmbt bayar tp kalau maxis broadband ada limit smpi rm500 tertangguh.
celcom broadband under maintainance smpi 11/11
By sham on Nov 4, 2007 | Reply
Saya tanya celcom center hari tu..dia akan rm78 pada bulan pertama..rm68 masa register..lepas tu rm68 untuk bulan bulan seterusnya..
diorang kata takde caj tersebunyi…
By Mirfizszha on Nov 5, 2007 | Reply
utk melanggan celcom broadband atau 3g unlimited RM68 sebulan memang tak ada kos tersembunyi pun. Bil pertama mestilah RM78 sebab setiap perjanjian mesti ada stem duty RM10. Itu pun akan masuk bagi bil pertama je…lepas tu RM 68 utuk bil berikutnya. Belasahlah guna sampai 24 jam pun x 30hari ke atau 31 hari ke tetap bil dia RM68… Saya dah pakai lama tak masalah yang timbul tentang bayaran….. Kalau pakai dengan minutes plans sim kad tu sama yang kita pakai kat phone tu…so kalu nak pakai datacrad kenalah keluarkan sim kad pada phone dan masukan pada data card. So masa ni kalau kita punya data card ada voice enable kita boleh buat pangggilan dan terima panggilan dari laptop melalui data kad dengan guna hands free… kalau kita guna simkad utk data sahaja kita hanya boleh pakai untuk internet saja!!
By Anuar on Nov 14, 2007 | Reply
HSDPA/3.5G/3G/EDGE/GPRS USB MODEM & DATACARD FOR SALE!
NAK PROMOTE SKIT, KALAU ADA SESAPE KAWAN2 YG BERMINAT NAK BELI WIRELESS DEVICES DENGAN HARGA YG AGAK RENDAH BOLEH HUBUNGI SAYA…SEMUA WIRELESS DEVICES TERSEBUT “UNLOCKED VERSION” BERMAKNA BOLEH PAKAI CELCOM/MAXIS/DIGI.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA SURF DI:
http://anuaris.blogspot.com
TERIMA KASIH.
By Anuar on Nov 21, 2007 | Reply
HSDPA/3.5G/3G/EDGE/GPRS USB MODEM & DATACARD FOR SALE!
NAK PROMOTE SKIT, KALAU ADA SESAPE KAWAN2 YG BERMINAT NAK BELI WIRELESS DEVICES DENGAN HARGA YG AGAK RENDAH BOLEH HUBUNGI SAYA…SEMUA WIRELESS DEVICES TERSEBUT “UNLOCKED VERSION” BERMAKNA BOLEH PAKAI CELCOM/MAXIS/DIGI.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA SURF DI:
http://anuaris.blogspot.com
TERIMA KASIH.
By anuar on Dec 3, 2007 | Reply
senang jer zack…ko beli jer usb modem/usb datacard….tapi pastikan kawasan opis ko tu ada coverage celcom broadband….kalau tak sia sia jer ko pakai…
By sham on Dec 5, 2007 | Reply
kalo beli kat celcom memang la mahal.
By sham on Dec 5, 2007 | Reply
saya beli datacard at&t usb just rm750. Pastu rm68 untuk registration..tu jela..tak sampai rm1000 pun.
By Anuar on Dec 6, 2007 | Reply
hehe tu la aku rasa zack confius tu…kalau beli usb modem/datacard dari celcom mmg la mahal…ko belli mcm sham…skang ni byk jual…yg unlock version pun bersepah…lepas tu ko register je dgn celcom RM68…
By Faris on Dec 24, 2007 | Reply
Assalamualaikum,
Boleh tak sesiapa berikan panduan kepada saya berkaitan celcom broadband ni. Saya dah langgan dan gunakan Nokia 6120 sebagai modem. Ada sesetengah tempat yang tiada coverage 3G, saya tidak dapat mengaksesnya. Apa yang perlu dilakukan? Sila email kepada afarisj@yahoo.com
TQ.
By besi belang on Feb 3, 2008 | Reply
salam..kot ada yg bole terangkan ttg data card ni..aku dok pening kepala memikirkan jenama mana yg betul .. contohnya sierra wireless aircard 875.. ada tulis at&t tp kat dalam tulis cingular ..pastu pulak ada jenama Aircard tulis dlm sierra wireless..software installation ada at&t,cingular dan ntah apa2 ntah.. fenin kepala aku.. kalo hua wei aku paham ler coz celcom amik product dia pastu tampal logo celcom..sama gak macam maxis..
By lee on Feb 21, 2008 | Reply
WIRELESS DEVICES UNLOCKED VERSION harganya berapa??
By emet on Mar 8, 2008 | Reply
Aku pening tengok komen kat atas
Sebab taktau apa nak diceritakan, aku tengah survey pasal streamyx, broadband.
By fathaz on May 25, 2008 | Reply
streamyx Vs broadband..??
dulu aku pon nk try streamyx tp parents tak bagi.. last2 aku subscribe celcom broadband rm68.
Tapi i just use my N70 phone as a modem. for all yg ada 3G handphone leh la berjimat dengan method nie.. huhu
just nice with speed 460.8Kbps
By sham on May 26, 2008 | Reply
fathaz,ikut kawasan jugak la kalo 3g ni..kalo area ada HSDPA memang laju skit la..
By paan on Jun 19, 2008 | Reply
salam,saya pun nak citer skit la pasal celcom broadband nie…saya pun guna broadband gak.Tapi saya amik pakej advance…RM98 sebulan…Saya tak amik modem daripada celcom,sebab harga yang mahal dan terikat dengan kontrak…Modem nie,saya beli dengan harga rm600…modem nie untuk express card..saya guna laptop dell.setakat nie,modem nie memang dah banyak berjasa kat saya..hehehe.Harap-harap,bila sambung iazah nanti,modem nie,akan terus berjasa…wasalam