Raja Adsense

Tips Membeli di Lelong.com.my

Written on October 31, 2007 – 1:38 pm | by sham |

Ada diantara kita yang mengalami masalah untuk membeli barangan di Lelong.com.my. Sebelum anda bid,pastikan reputation seller berkenaan. Kalo baru ada 1 rating,jangan la bid.Baru ni ada seller baru ada 1 rating,jual harga barang seperti modem 3G dengan harga rm690.Bagi saya ia sangat meragukan. Ia memang murah tapi reputasinya sangat meragukan jadi saya lebih selamat jika saya bid daripada orang yang mempunyai reputasi yang baik.

Kat lelong, kita boleh hantar reminder selepas kita beli.Gunakan reminder tersebut.Jika setelah  3 kali reminder tidak direply, anda boleh report sebagai non selling product. Rekod paling lama untuk sampai barang ialah 25 hari yang pernah saya alami. Itupun hampir saya report sebagai non selling product. Setelah 3 minggu push, baru la barang sampai.

Rekod paling cepat pulak ialah 1 hari, saya beli hari ini.Esok sampai. Memang bagus walaupun penjual berada di Hong Kong. Untuk membeli sila pastikan :

  1. Reputasi Penjual
    Pastikan beliau telah mempunyai lebih dari 10 rating dan ada diantaranya sebagai penjual.Anda perlu berhati hati jika ia hanya rating sebagai pembeli.
  2. Gunakan sistem yang disediakan Lelong
    Sila gunakan sistem yang digunakan oleh lelong seperti pengesahan bayaran, reminder dan sebagainya.
  3. Hubungi penjual
    Hubungi penjual seperti email atau no telefon. Tanya tentang produk yang mereka jual.Jika mereka jujur,mereka akan reply.
  4. Guna Safe Trade
    Gunakan safe trade jika anda berasa ragu ragu tentang penjual berkenaan. Jadi Lelong akan menjadi pihak tengah untuk anda bagi melakukan transaksi.

Bagi saya, lebih baik berjaga jaga. Sentiasa alert perkara ni. Saya sebelum bid,akan lihat dulu reputasi dan product mereka jual sebelum ini.Jika reputasi bagus, saya tidak akan teragak agak untuk bid sehabis habisnya untuk dapatkan apa yang saya kehendaki.

Simpan transaksi bank yang anda buat seperti slip bank atau print screen transaksi internet banking anda. Ia boleh dijadikan sebagai bukti kepada lelong jika anda ingin melaporkan sesuatu. Rekodkan semua transaksi anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 6 Responses to “Tips Membeli di Lelong.com.my”

  2. By SyedHafidz on Oct 31, 2007 | Reply

    thank 4 d info,

    Tapi ada gak kemungkinan yang penjual mempunyai rating lbh 10 yg scam.

    Kawan saya penah kene tima beli laptop hyundai..tak pasal2 hilang rm2000.
    cian dia..

  3. By matzis on Oct 31, 2007 | Reply

    membeli produk di website lelongan sama ada di eBay atau di Lelong..risikonya memang ada jika anda tidak berhati-hati dengan penjual. untuk tidak mengalami kerugian seharusnya anda mempelajari banyak tips dan teknik berkaitan lelongan ini melalui http://www.rajalelong.com

  4. By matzis on Oct 31, 2007 | Reply

    maaf, silap bagi url..ni yang betul http://www.rahsiarajalelong.com/

  5. By sham on Nov 1, 2007 | Reply

    Saya ada beli buku tu..memng detail buku tu..penuh dgn info

  6. By alfalah on Jun 10, 2011 | Reply

    Salam Raja..
    Sy nk tnya,kalau org tu mng bid dgn harga RM5,tp harga sbnr brg tu adlh RM400,maka org tu kna byr RM15 termasuk shipping cost kn?Pastu org tu wajib beli ke or dia ada choice utk ignore je?Sy xbrape fhm la..huhu

  7. By sham on Aug 4, 2011 | Reply

    bila dah bid memang kena bayar. Kalau nak cancel, kena deal dengan owner la. Tu kalau menang la..Kalau kalah, tak payah buat pape. Biasanya orang tak jual pada harga yang melampau tak logik. Biasanya ada reserved price, kalau tak mencapai harga yang penjual nak, barang tu takkan dijual dan tiada pemenang.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :