Archive for October, 2007
Thursday, October 25th, 2007
Pada suatu hari, Ali telah berjaya menulis 1 ebook yang sangat bagus iaitu “Resepi sengkek selepas raya”. namun setelah segala telah siap, Ali pun terfikir “Eish..Berapa hinggit aku nak letak harga ebook ni ek? Aku letak mahal tak laku pulak. Kalo aku letak murah rasa rugi pulak.” Ali fikirkan harga sehingga 2,3 hari sehingga tidak tidur malam.Akhirnya ebook beliau tidak dilancarkan akibat terlalu banyak berfikir pasal harga ebook beliau dan dimasukkan ke Hospital Tanjung Rambutan.
Hehehe..Trajik sungguh cerita tu.Tu bukan cerita betul tau. Cerita ce”kera “rama je tu.Tidak berkaitan dengan mereka yang masih hudup atau yang telah arwah.
Begitu susah nak tentukan harga ye? Saya tulis sebab tertarik dengan artikel Zul pasal harga ebook(trackback skit).:p.
Sebenarnya ada beberapa penyelesaian untuk masalah harga ini. Saya cuba untuk terangkan skit cara yang saya gunakan. Ia sebenarnya tidak sesukar mana. Sebab utama orang asyik berfikir, “laku ke aku letak harga ni”,”mahal ke ebook aku ni” & banyak lagi fikiran negatif yang melanda botak otak penulis ebook.
Penyelesaian saya:
- Letak la berapa pun.
Kalo produk anda bagus, orang tetap akan beli walaupun anda letak RM300 sekalipun. Namun anda perlu tentukan samada anda mahukan kuantiti atau kualiti? Kalo nak kuantiti, letak murah. Kalo nak kualiti, letak mahal. Biasanya yang bayar mahal akan berusaha lebih untuk mencapai apa yang anda cuba sampaikan.
- Buat Pakej
Ini cara saya guna. Walaupun mahal, masih ada yang beli. Kesimpulannya, beri pilihan kepada bakal pembeli untuk memilih pakej pilihan mereka. Walaupun mahal, berikan sebab untuk pembeli anda memilih untuk membeli yang paling mahal. Kebiasanya mereka akan membeli produk yang paling mahal jika anda buat secara pakej. Contoh terbaik ialah Ebook Buat Duit dengan SMS daripada Irwan Dahnil. Menurut beliau pakej paling mahal paling mendapat sambutan.
- Ikut Harga Pasaran
Ini adalah jika anda menjual produk PLR,MRR,RR dan sebagainya. Anda boleh ikut harga pasaran produk berkenaan. Seeloknya jangan letak terlalu murah kerana ia akan menjatuhkan nilai ebook berkenaan. Takkan anda nak jual dengan harga RM1. Orang akan menganggap ia produk yang tidak berkualiti pulak nanti.
- Situasi Semasa
Ia adalah situasi semasa harga ebook yang ada di pasaran. Pasaran ebook di Malaysia biasanya berharga dari RM20 ke RM100. Itu adalah kebiasaannya la. Ada yang lebih tinggi tetapi jumlahnya masih kurang. Kebanyakannya berharga RM50 iaitu harga pertengahan.
- Buat Formula
Ia untuk mereka yang suka berkira. Harga ebook ditentukan dengan formula tertentu. Mereka mengira setiap kerja yang dibuat didarab,dibahagi,ditambah dan ditolak maka terhasil la harga ebook berkenaan. Boleh jadi Einstein ni.:P
Tu ada 5 cara yang boleh anda gunakan. Pilih la cara mana sekalipun.Ia dapat menghasilkan harga ebook anda tersebut. Senang je bukan.
Selamat Menulis Ebook!
p/s: Dapatkan ebook Rahsia Penulis Ebook di http://www.penulisebook.com . Semoga anda berjaya menulis dan buat duit dari ebook anda.
p/p/s: Takde orang nak buat ebook pasal ikan keli ke? Hit tertinggi ke blog ini berkenaan ikan keli. Ramai betul orang cari maklumat pasal ikan keli tu. Kalo nak cuba, boleh la try tulis.
Posted in Cari Duit, Ebook, Penulis Ebook, Strategi, Tips | 2 Comments »
Tuesday, October 23rd, 2007
Perlindungan insurans sangat penting. Sepatutnya semua orang perlu ada sekurang kurangnya 1 polisi insurans untuk melindungi pendapatan mereka. Dah berkeluarga atau masih bujang bukan menjadi 1 isu. Saya tertarik dengan artikel shuth pasal nak buat apa beli insurans.
Namun sebelum mendapatkan sebarang insurans,diharap anda jangan main hentam sahaja. Jadi jangan salahkan pihak insuran jika ia tidak cover apa yang terjadi kepada anda. Namun, produk insurans hari ini semakin baik dari masa ke semasa. Ini adalah kerana ia mengikut permintaan masyarakat hari ini.
Antara perkara yang perlu anda tahu sebelum mengambil sebarang insuran ialah:
- Coverage
Minta agen yang terlibat terangkan apa yang akan dicover dan apa yang tidak dicover. Sesetengah agen yang tidak bertanggung jawab tidak memberitahu tentang perkara ini kecuali anda bertanya. Tanya sehabis mungkin.Sesetengah agen hanya mengejar komisen. Yang penting close case. Jadi lindungi hak anda. Berhati hati dalam memilih sebarang polisi insurans samada insurans konvensional mahupun takaful.
- Rider Tambahan
Rider tu bukan penunggang ye. Ia merupakan salah satu instilah dalam insurans yang merujuk kepada benefit tambahan. Biasanya agen akan membantu anda untuk menentukan extra benefit tambahan untuk anda seperti elaun hospital dan sebagainya. Ia biasanya diambil dari premium yang anda bayar setiap bulan.
Itu adalah perkara terselindung. Perkara lain yang perlu anda tahu ialah jenis jenis insurans yang ada. Ia banyak. Jadi saya akan terang sebahagian sahaja yang saya tahu.
- Insurans Kenderaan
Rasanya semua orang tahu pasal ni. Ia diwajibkan keatas semua kenderaan bermotor. Basikal tak termasuk ye!.Ia adalah jenis insurans hangus. Namun, anda boleh mendapat rebat jika tiada tuntutan insurans dalam tempoh tertentu.Ia ada untuk insuran konvensional dan takaful.
- Insuran Konvesional
Ia merupakan satu kaedah melindungi seseorang yang paling selamat. Ia mula mula digunakan untuk melindungi kelasi yang keluar belajar dan keluarga mereka suatu masa dahulu. Terdapat premium yang anda bayar akan hangus jika tidak berlaku apa apa kepada anda. Namun, coveragenya tinggi. Biasanya dalam RM30-RM50 sebulan pun boleh cover beratus ratus ribu jika berlaku sesuatu kepada anda. Terdapat juga yang berkonsepkan pelaburan dimana mereka akan mendapat sejumlah wang setelah polisi insuran mereka matang. Biasanya premium agak tinggi.
- Takaful
Ia merupakan insurans yang mengunakan kaedah islam iaitu konsep bantu membantu sesama ahli.Premium yang dibayar akan dimasukkan kedalam tabung khas dimana ia akan digunakan bagi membantu ahli yang mengalami musibah. Terdapat jenis premium hangus dan berkonsepkan pelaburan/simpanan sebagaimana insuran konvesional. Seperti insuran konvensional, takaful juga mempunyai plan plan insurans yang pelbagai seperti kebakaran,kemalangan dan sebagainya.
- Medical Card
Insurans ini agak famous dibandar besar seperti di KL. Terus terang kat Terengganu benda langsung tak dipromote.Mungkin ada, mungkin tidak, saya tak pasti. Ia jenis belanja hangus. Anda perlu membayar tiap tiap bulan dan menikmati faedahnya jika anda dimasukkan ke hospital dimana pihak mereka akan menanggung kos perubatan anda.
Beza takaful dan insurans konsional?
Bezanya takaful mempunyai tabung yang bertindak untuk membantu ahli yang mengalami musibah. Sebarang pelaburan yang dibuat juga akan berlandaskan syariah. Jadi sebarang hasil yang anda dapat adalah halal. Berlainan dengan konvesional dimana mereka mungkin melaburkan wang anda ke dalam perkara yang bertentangan dengan islam seperti judi,arak dan sebagainya.
Konsep perlindungan antara takaful dan insurans konvensional adalah lebih kurang sama. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, hanya cara pelaksanaannya berbeza.
Kaji dahulu ye sebelum mengambil sebarang polisi insurans.
Posted in Insuran | No Comments »
Saturday, October 20th, 2007
Apa khabar semua? Saya kini bukan lagi menjalankan ebiz di Terengganu. Saya baru sahaja dalam proses untuk setupkan SOHO(small office home office) di Kota Damansara. Jadi internet belum ada,jadi saya akan sedikit lambat untuk menghantar link download kepada anda.
Saya akan cuba dapatkan talian internet secepat mungkin. Harap bersabar ye. Saya juga dalam proses untuk melatih seorang partner bagi mengurus sesetangah blog dan perniagaan saya. Saya juga mempunyai beberapa projek offline yang akan dijadikan sebagai perniagaan internet bersama beberapa rakan saya. Ia adalah experimental.
Jadi saya tak menjangkakan ia akan berjaya, namun saya berharap ia berjaya la. Ia melibatkan pelaburan saya jugak untuk membangunkannnya. Anda juga boleh untuk meng”online”kan perkhidmatan dan perniagaan anda. Siapa tahu ia akan meningkatkan jualan dan perkhidmatan anda. Perniagaan internet di Malaysia boleh dikatakan pada peringkat “bayi” lagi. Ia pasti akan terus membesar.
Jika anda mendahului orang lain, pasti anda akan menjadi “market leader” dalam niche yang anda ceburi. Bak kata orang tua tua ” Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia tiada siapa yang tahu”. Ia mungkin akan menjadi langkah kanan anda dalam menceburi bidang perniagaan internet. Anda tidak mahu?
Ada yang mengatakan mereka tak tahu bagaimana untuk bermula..Kenapa jadikannya alasan. Kami usahawan internet yang sedia ada pun belajar dari sifar. Kami pun belajar sedikit demi sedikit. Kami bukan terus tahu apa yang ada dalam selok belok perniagaan internet. Kami melabur wang untuk menghadiri seminar, membeli buku, ebook dan banyak lagi untuk menambah ilmu yang kami anda untuk memajukan perniagaan. Anda pun boleh lakukannya jika anda mengikut jejak langkah mereka yang berjaya.
Bukan senang nak senang….
Posted in Berita | 7 Comments »
Friday, October 12th, 2007
Selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat. Saya ingin memohon maaf sekiranya terkasar bahasa dan kesilapan yang berlaku sepanjang saya bersama dengan anda semua.
Andainya ada yang terasa hati atau terguris kerana tulisan saya, saya harap anda maafkan saya. Jemput la ke rumah jika yang berkesempatan. Hari Raya ke dua saya akan berada di rumah. Pada hari raya pertama, saya akan ke rumah saudara mara dan ke kubur.
Persiapan pada tahun ni,mcm biasa. Kueh yang buat sendiri pun takde sebab semua beli. Yang lain kueh tunang saya yang bagi semasa ke rumah dia baru baru ni. Itu pun hanya 3 jenis je yang sempat buat pada hari dia cuti baru ni.
Pada hari raya saya takkan buka komputer la ye. Hari itu untuk saya rehatkan minda & santai ke rumah kawan² dan sanak saudara.
Selamat bercuti, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Berhati hati di jalan raya. Sayangi lah keluarga anda. Jika mengantuk, rehat dulu. Periksa kenderaan sebelum melakukan perjalanan yang jauh.
p/s:Banyak betul pesanan penaja.:P
Posted in Berita | 1 Comment »
Friday, October 12th, 2007
Esok raya. Ramai yang terbayang bayang tentang satay di hari raya mereka. Tak kira la hari raya berapa pun. Satay pasti akan menjadi tumpuan. Ramai yang teringin untuk membuat satay mereka sendiri bukan?
Namun jika nak senang, beli je rempah satay yang dah siap kat Walikard. Namun,sekarang dah cuti, mungkin tak sempat untuk hari raya ini. Jika seminggu lepas,mungkin anda telah pun menerima rempah satay tersebut.Tapi saya boleh kongsikan resepi saya kepada anda. Jadi chef plak saya…:P
Bahan² yang diperlukan:
- Lidi (cucuk satay da..)
- Ayam/Daging/Kambing/Perut (apa apa la yang anda idamkan)
Rempah untuk Memerap
- Gula Melaka -2 sudu(hancurkan dulu) (orang terengganu panggil nissang):P
- Garam secukup rasa.
- Bawang Merah -(kisar) -300 ke 500 gram (ada orang suka guna bawang banyak)
- Halia – 2 inci
- Kunyit Hidup -2 inci
- Lengkuas – 2 inci (tak perlu guna pembaris ye, agak agak je)
- Serbuk Kunyit
- Jintan Putih (halus)- 2 sudu
- Jintan Manis (halus) -2 sudu
- Gula (secawan,kalo rasa tak cukup, tambah le)
- Bawang Putih (4@5 ulas) -kisar
Ada orang suka letak lada putih.Saya tak letak, takut nanti anak sedara saya mengamuk pedas. Dia tak leh rasa pedas skit pun. Apa yang ada kat atas tu dah cukup dah.Rasanya dah takde yang tertinggal.
Seterusnya potong la ayam tu kecik kecik.Kulit ayam tu,kalo nak jaga kesihatan, buang la.Kalo nak tetamu anda telan semua,boleh masukkan sekali.:P. Orang makan satay tak kira dah samada ia kulit ayam ke apa…Orang jual satay mcam tu la.Apa yang boleh dicucuk, jalan..Nasib baik tulang ayam tak cucuknya..heheheh
Halia,lengkuas dan kunyit hidup tu hendak la dikisar/ditumbuk. Dah campurkan la semua bahan bahan diatas bersama ayam yang telah dipotong tersebut. Perap selama beberapa jam. Lepas tu cucuk la ayam tersebut kat lidi satay. Jangan letak banyak banyak tau,nanti satay anda cepat abis dimakan tetamu anda. Strategi tu.. Satay anda siap untuk dibakar.
Untuk Membakar
- Arang
- Minyak masak
- Serai (dititip dan diikat mcm berus)
- Minyak Kuah Satay
Kuah Satay
Biasanya mak saya yang buat kuah ni. Tapi saya tahu la cara nak buatnya. Tapi mak saya lagi expert dalam buat kuah ni.
Bahan Bahan:
- Kacang Tanah 500g (Digoreng tanpa minyak & dikisar- jangan halus sangat)
- Cili kisar (Kat terengganu,kami jarang guna cili kering)
- Bawang Merah -10 biji
- Bawang putih -3,4 biji
- Lengkuas – skit je
- Serai -4,5 batang
- Minyak masak
- Garam
- Gula Melaka
- Ayor (air la tu,try cakap perak skit.:P)
Cara Memasak:
- Kisar bawang merah,bawang putih,lengkuas dan serai.
- Panaskan minyak dalam periuk & tumiskan bawang merah,bawang putih,cili kisar sehingga berbau wangi
- Masukkan air,lengkuas & serai dan biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan kacang tanah yang dikisar.
- Masak sehingga naik minyak (bukan marah ye)
- Masukkan gula melaka & garam secukup rasa. Ekjas la rasanya tu. Tambah gula kalo nak kuahnya manis skit.
Siap kuahnya.
Hidang
Beli nasi himpit dalam pakej tu & masak la.
Untuk hidang, potong timun dan bawang besar bersama sama nasi himpit.
Selamat mencuba ye. Saya off topik skit hari ni sebab teruja nak sambut raya. Harap ada yang mendapat manfaat.
Kalo nak senang, just beli rempah satay terus je. Jimat masa. Okla ye. Saya nak keluar beli barang untuk buat sate. Saya tulis tu just untuk ingatkan saya untuk beli apa..hehehe..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Posted in Panduan | 1 Comment »