Raja Adsense

Archive for October, 2007

Komisen Awal untuk Affiliate Raja Adsense

Thursday, October 11th, 2007

Kepada yang affiliate yang berjaya membuat jual Ebook Raja Adsense, saya telah pun membayarnya lebih awal iaitu pada hari ini. Saya tahu anda ingin gunakannya untuk hari raya, saya awalkannya.

Tahniah kepada naem kerana menjadi top affiliate pada bulan ini. (16 sept-11 oktober). Pada 16hb nanti saya juga akan membayar mereka yang belum kemaskini maklumat akaun mereka. Kepada mereka yang tidak mempunyai akaun Maybank atau CIMB, sila emailkan no kad pengenalan bagi membolehkan saya membuat interbank transfer.

Saya telah pun sms mereka yang masih belum dapat saya bayar kerana masalah no akaun dan juga interbank transfer. RM2 akan ditolak dari komisen anda jika interbank transfer. Saya akan membuka akaun RHB dan Bank Islam nanti bagi menambah option bayaran.

Selamat Menyambut Hari Raya dan Tahniah buat kerajaan Malaysia kerana berjaya membawa seorang anak Malaysia ke Angkasapuri Angkasa.

Spam oh Spam

Wednesday, October 10th, 2007

Semakin hari semakin banyak spam ke inbox saya. Bermacam macam tajuk email program cepat kaya. Malah ada yang cuba menjatuhkan orang lain pun ada dengan memberikan produk orang secara percuma dengan alasan kononnya penulis ebook tersebut guna indicator orang lain dalam ebook beliau. Salah ke guna indicator orang sedangkan ebook tersebut ditulis oleh penulis tersebut. Rasanya hanya sedikit je penulis sebut pasal indicator tersebut.(ini cerita forex ye)

Bagi saya, gunakan produk orang sebagai bonus tanpa kebenaran adalah satu perkara yang haram. Sanggup ke dia bagi makan duit tu kat anak bini dia? Ada jugak IM jenis sebegini…Apa yang dijual adalah ebook yang boleh dikategorikan sebagai berguna tapi apabila dia masukkan ebook orang tanpa kebenaran secara haram sebagai bonus.Ia dah mengubah pandangan saya terhadap usahawan tersebut.Bukan rezeki halal yang dicarinya, jadi saya tak nak bersekongkol  bersubahat dengannya dengan membeli ebook dari beliau.

Fenomena spam berlaku disebabkan penjualan email extractor dan mass email sender seperti AMS, Super Email Sender dan banyak lagi software spam yang dijual dengan harga serendah rm6. Ia sukar dikesan bagi dikenakan tindakan kerana pada email ia boleh disetkan sender dan receiver adalah email yang sama sedangkan ia menghantar ke ribuan email orang lain.

Ia sangat tak beretika. Saya tahu salah satu nickname yang digunakan oleh spammer tersebut. Siapa? Tak perlu bagitau la.Biar saya tegur dia secara personal nanti kalo dia yang lakukannya. Malah ebook mitos IM Russel pun banyak dispam ke email saya. Saya langsung tak membuat promosi tentang ebook berkenaan atas sebab terlalu banyak spam ke email saya. Jadi saya rasa, bukan saya sahaja yang kena. Ramai lagi yang kena perkara yang sama. Jadi saya taknak mereka feed up dengan email tentang ebook berkenaan, saya tak buat sebarang promosi.

Buat mereka yang tak tahu apa itu spam..

Spam adalah penghantaran email kepada orang yang tidak dikenali dengan tujuan promosi produk tertentu samada dengan secara manual atau automatik atau mengunakan perisian tertentu.

Ia adalah definasi yang saya buat ye. Tak belek kamus dewan pun.:p. Ia merupakan teknik yang boleh menyebabkan seseorang itu boleh didakwa di mahkamah jika di US. Begitu teruk yang bakal dihadapi oleh spammer tersebut jika disabitkan kesalahan.

Di Malaysia,ia semakin menjadi jadi oleh pengiat skim cepat kaya yang hanya mahu duit cepat dengan spam ke email orang. Ia kemudian diikuti oleh orang lain pulak yang terdesak untuk cari duit lebih kononnya. Dah la buat cara salah, diajar buat perkara salah pulak. Ini yang menjatuhkan tsunamiwang dahulu.

Apa yang akan terjadi kepada spammer ni? ISP mereka akan diban atau ditutup. Ia akan efek kepada orang lain yang mengunakan server yang sama. IP server akan diblok. Walaupun kita gunakan server di Malaysia, ada diantaranya mengunakan datacenter di US. Undang undang tentang Spam di US sangat ketat. Jadi bukan sahaja spammer yang kena, server yang digunakan juga akan kena. Ini akan dirasai jika ia digunakan pada shared hosting. Inilah yang berlaku kepada EcommerceMastery kepunyaan team Saifulsham apabila salah satu server mereka ditutup apabila seorang pelanggan mereka melakukan spam.

Itu adalah salah satu akibat spam. Kepada spammer tu, nasib la kalo korang kena mcm tu. Dah la kena tutup akaun hosting. Menyusahkan orang lain pulak tu. Laman web orang lain pun efek sama. Kalo korang guna server sendiri tak kisah la.

Satu lagi bila dah kena ban, memang ia takkan dibuka dah. Kalo server tu, kena create server baru. Teruskan la spam tu. Tahu lah nasib korang nanti dengan skim cepat kaya tu sekali akan kena nanti akan terkubur sama sama.

Saya pulak sentiasa tengok stat affiliate saya samada ada tak melakukan spam. Nampaknya belum ada lagi setakat ini. Saya tak mahu RajaAdsense.com yang saya bina ini terkubur sebeb segelintir affiliate melakukan spam.

Jika anda baru nak mulakan perniagaan internet anda. Ambil perkara ini dengan serius. Didik affiliate anda agar jangan melakukan spam atau perkara yang melanggar etika sebagai usahawan. Matlamat tak menghalalkan cara! Matlamat anda untuk kaya, tapi dengan cara spam! Sangat tidak cool…

Panduan Paypal: Masalah dan Penyelesaiannya

Monday, October 8th, 2007

Saya baru sahaja update ebook panduan paypal ini. Saya dah masukkan info terbaru dan persoalan yang terbaru yang sering ditanya kepada saya oleh pembeli dari Malaysia. Ia adalah panduan paypal yang saya berikan percuma suatu ketika dahulu.

Ia adalah hadiah hari raya selain pembayaran komisen di awalkan bagi memboleh affiliate yang berjaya membuat sales mengunakan wang tersebut untuk membeli barangan untuk menyambut hari raya.

Anda boleh download Panduan ini di http://www.rajaadsense.com/Paypal.zip . Saya tak menulis panduan untuk verified akaun paypal kerana dah ada orang menulis ebook tentangnya. Tak guna jika menulis tentang perkara sama. Sebab itulah panduan yang saya tulis lebih kepada masalah dan penyelesaiannya.

Anda boleh dapatkan Ebook untuk Verified Paypal di Smartusaha.com kerana Zul telah pun menulis tentang cara untuk verified akaun Paypal. Sejak paypal boleh dikeluarkan duit di Malaysia, ia cukup gembira kerana Warga Indonesia juga kini boleh menerima wang dari Paypal kerana sebelum ini mereka tidak boleh menerima wang dari Paypal.

Diharap ini dapat mempercepatkan perkembangan budaya Online Shopping di Malaysia dengan adanya lebih ramai penjual di Internet di Malaysia. Lebih ramai penjual, pasti akan ada lebih ramai pembeli yang ingin membeli barang melalui internet. Jika di negara maju, ia dah menjadi satu budaya untuk membeli secara online.

Peniaga/Usahawan Internet yang menjual barangan fizikal pasti bersedia sekarang untuk jualan mereka kerana perayaan krismas hampir tiba dan ketika ini pembeli sedang giat membeli barang kerana mereka tahu ia akan mengambil masa untuk sampai ke tangan mereka. Jadi mereka membelinya 1@2 bulan lebih awal untuk perayaan krismas. Ketika perayaan itu juga sales mereka meningkat terutama yang berbentuk hadiah.

Di Malaysia pula walaupun kita mempunyai banyak perayaan, budaya shopping ketika perayaan secara online masih kurang. Kita lebih sanggup bersesak di jalan raya dan berebut tempat parking di shopping kompleks untuk membeli barangan untuk perayaan. Mungkin suatu hari ini,fenomena ini akan berubah dan orang hanya membeli barangan di hadapan komputer sahaja di rumah. Barang mereka akan sampai ke rumah mereka dalam masa beberapa hari.

Dunia semakin maju, saya yakin bahawa budaya ini akan muncul di Malaysia nanti apabila semua ibu bapa tidak sempat untuk membeli barangan mereka dan menempahnya sahaja di internet untuk membeli barangan persekolahan dan perayaan dan peniaga akan menhantarnya ke rumah pembeli. Besarnya potensi perniagaan internet di Malaysia ini.

Mungkin menyedari potensi tersebut yang menyebabkan Paypal membenarkan kita mengeluarkan wang dengan mengunakan kad debit. Mungkin suatu hari nanti kita boleh transfer terus wang ke akaun bank kita. Dengan kad debit pun ia memudahkan kita semua sebagai usahawan internet.

Sila download Panduan Paypal di http://www.rajaadsense.com/Paypal.zip 

Jangan risau ia adalah percuma untuk pembaca blog ini dan subcriber yang setia dengan saya.

Saya baru balik

Sunday, October 7th, 2007

Saya minta maaf kepada yang terlewat dapat ebook mereka pada 4,5&6 oktober lepas kerana saya baru sahaja balik dari ke Perak. Saya jumpa tunang saya.Dah lebih 5 bulan saya tak bertemu. Saya di Terengganu, tunang saya di Perak.

Pada 6hb saya dah sent semua link download ketika saya jalan² di Lumut.Banyak jugak keropok ikan saya bawa balik. Nasib baik di Lumut ada satu CC kat celah celah kedai kat situ. Rugi plak saya tak bawa kamera sebab tiba tiba je saya ke sana.Pada 4hb saya berada di KL.

Apabila tunang saya bagitau dia cuti pada 5hb,saya batal nak balik terengganu & terus ke perak.Memang gamble sebab saya naik bas ke sana.Kalo takde tiket beraya kat perak la.Nasib baik ada 1 tiket,beli gak la walaupun mahal skit.

Saya ke lumut just untuk shopping je lagipun dekat dengan tempat keje tunang saya.Dia pergi kerja saya merayau la sampai tersesat kat Setiawan. Nasib baik jumpa gak jalan walaupun main redah.:P.Apa pun satu pengalaman yang baru buat saya. Saya beli sate ikan sebab murah kat lumut tu.

Antara benda lain ialah ikan bilis pangkor untuk mak saya.Seterusnya saya ke Teluk Batik & belikan baju untuk anak anak saudara saya.Baju sendiri pun tak beli sebab rasanya saya nak ke sana lagi nanti kalo ada kesempatan.

Cuma saya kesalkan ramai budak² melayu tak puasa kat Teluk Batik tu.Terang terang isap rokok,makan & mandi laut.Dah banyak mana diorang telan air laut tu. Siap berkemah kat sana lagi. Saya sempat jugak bersembang dengan pak cik yang jaga toilet kat situ.Dia cakap tak leh buat apa. Nak tegur diorang melenting,tegur dalam hati jela.

Tu kali pertama saya ke Teluk Batik,pantai dia agak kotor pasirnya berbanding pantai di pantai timur yang mempunyai pasir yang putih. Mungkin sebab sebelah sana adalah selat bukan laut luas seperti di pantai timur. Ianya agak tersekat. Boleh la bela mcm tiram atau pape. Kalo kat pantai timur, tak sesuai untuk bela sebab ombak kuat.

p/s: Kalo ada pape masalah pasal link download,sila email saya.

Pentingnya ilmu buat usahawan

Wednesday, October 3rd, 2007

Tahukah berapa lama IM yang berjaya ambil untuk berjaya? Mungkin ada yang berpendapat ia hanya mengambil masa yang singkat sedangkan hakikat sebenarnya hanya usahawan berkenaan sahaja yang tahu.

Tiada jalan singkat untuk berjaya. Ia memerlukan  pengorbanan masa dan tenaga yang tidak terhingga. Namun disebabkan mereka suka lakukannya, mereka tidak kisah samada ia berhasil atau tidak. Ada yang dibuat gagal dan ada yang berjaya. Mereka tetap berusaha untuk menambah baik diri mereka dengan membeli ebook, ke seminar, perisian dan sebagainya kerana mereka yakin pelaburan terhadap diri adalah yang terbaik.

Usahawan berjaya tak payah beli buku/ebook? Salah tu. Kebanyakan usahawan berjaya yang membeli buku dan ebook bagi menambah ilmu mereka. Jika anda yang baru untuk berjinak jinak dalam bidang perniagaan internet merasakan anda tidak perlu, anda silap besar. Anda melambatkan proses anda untuk berjaya.

Pelaburan untuk diri adalah pelaburan yang terbaik kerana anda adalah aset anda yang paling tidak ternilai. Jika anda berilmu, letaklah anda dunia mana sekalipun anda pasti boleh survive dan berjaya. Dalam islam sendiri kita digalakkan untuk menuntut ilmu. Malah ia diwajibkan kepada setiap umat islam.

Masih ramai umat islam hari ini yang masih syok sendiri dengan kegemilangan umat islam terdahulu. Kenapa kita tidak berusaha untuk menjadi umat islam di zaman kegemilangan dahulu? Umat islam hari ini rata rata masih mundur walaupun negara mereka kaya raya. Rata rata negara islam dikurniakan dengan “emas hitam”. Namun, kita masih ketinggalan dan syok sendiri dengan sejarah ibn sina dan ramai lagi pemikir islam dahulu.

Umat islam dahulu mengusai segala bidang. Umat islam hari ini untuk menguasai satu bidang pun sukar kerana lebih banyak bermain berbanding belajar. Buktinya, lihatla hasil pelajar² kita sekarang. Saya akui budak² hari ini semakin pintar, tapi mampukan mereka meneruskannya sehingga mendapat ijazah tertinggi. Saya tujukan ini kepada diri saya sendiri jugak sebenarnya. :( . Dulu saya jugak banyak bermain. Kalau la saya manfaatkan sepenuhnya lecturer & masa… Rugi betul.

Ketika belajar, saya sentiasa berada di zon selesa. Setelah saya bekerja, barulah saya dapati betapa sedikit ilmu yang saya ada.  Lebih banyak kita belajar kita akan rasa semakin banyak kekurangan yang kita anda. Itulah yang dirasakan oleh kebanyakan oleh kebanyakan usahawan yang dah lama berkecimpung dalam perniagaan internet. Sebab itulah mereka sanggup berbelanja besar untuk membeli ebook,video dan banyak lagi untuk menambah dan mengisi kekosongan yang ada dalam diri mereka.

Anda rasa bagaimana? Dah cukup ilmu di dada?

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :