Raja Adsense

Archive for November, 2007

Pilih Pelanggan Anda

Friday, November 30th, 2007

Ebook sebenarnya cara untuk anda membina hubungan dengan pelanggan anda. Namun jangan kecewa kerana sebagus mana pun anda memberi layanan pasti ada yang tak sukakan anda dan cara anda. Jika anda jujur dalam bisnes anda, abaikan mereka. Jika golongan ini meminta refund, refund sahaja.

Adakalanya anda perlu memilih pelanggan anda. Tiada guna anda luangkan masa untuk mereka yang tidak mahu belajar sendiri & ingin disuap. Ada yang mempertikaikan RM50 yang dibayar untuk ebook. Sepatutnya saya boleh caj lebih daripada itu kerana saya mempunyai Ijazah, kalo diikutkan saya boleh caj RM200 per jam sebagai profesional fee. Namun pasti ada yang tidak menghargai khidmat below standard rate tersebut.

Namun matlamat saya ialah melahirkan lebih ramai penulis ebook dan orang ramai mendapat manfaat daripadanya. Dengan RM50 pun anda boleh mendapat khidmat nasihat daripada saya. Saya tidak kisah untuk membantu jika ikhlas untuk belajar dan tidak mengharapkan orang lain.

Malah ada juga yang mempertikaikan saya menjawap email mereka beberapa patah sahaja sedangkan email mereka berjela jela. Buang masa saya kalau saya reply panjang kerana email mereka tiada isi. Saya pun ada kerja nak buat jadi saya ambil isi penting & reply. Email panjang atau pendek bukan lah isu tetapi isi email berkenaan.

Kenapa nak email berjela jela? Just straight to  the point dah la. Buat apa menghabiskan masa untuk mengoda membodek saya dengan gelaran tuan la, apa la.Saya pun malas nak baca email panjang. Saya lebih suka kalo email simple.Tulis nombor pada pertanyaan,jadi saya pun akan reply berdasarkan nombor tersebut.

Inilah hakikat pelanggan yang perlu anda hadapi. Jika pelanggan anda bermasalah, pecat mereka. Pulangkan wang mereka & delete mereka dari senarai pelanggan anda. Lupakan mereka dan buat kerja anda. Tidak perlu fikir panjang la dengan golongan sebegini. Ia hanya membazirkan masa dan tenaga.

p/s:Fuh, saya just pecat seorang pelanggan saya. Degil & tak nak belajar sangat. Tidak guna jika anda menghargainya jika tidak menghargai usaha anda untuk membantu mereka..Hohoho

Kenapa Takde Orang Beli Ebook Aku…

Thursday, November 29th, 2007

Siapa yang jual ebook, Pernah terjadi kepada anda? Hohoho..Ia tak pernah terjadi kepada saya sebenarnya tapi terjadi kepada kebanyakan penulis & penjual ebook diluar sana. Kat mana silapnya bila orang tak beli ebook anda?

Tak promosi la jawapnye. Kalo promosi mesti ada orang beli. Tak kisah nak promosi kat mana pun.Kat forum ke, surat khabar ke atau kat mana sahaja asalkan anda sentiasa promosi ebook anda. Duit takkan datang bergolek kalo tak usaha. Kini banyak ebook yang saya kira terlalu hype seperti RM200,000 sebulan dengan kaedah ni. Tidak perlu bekerja dengan kaedah tu..

Kalo nak jual ebook pun biarlah realistik & mampu dicapai oleh orang yang beli. Kat sales letter saya di PenulisEbook.com pun saya just nyatakan pendapatan 4angka sebulan dengan jual ebook sebab  sememangnya pendapatan saya dari ebook sebegitu. Tiada hype atau nak tipu pape. Saya rasa semua orang mampu lakukannya untuk mencapai jumlah tersebut.

Ebook yang terlalu hype sebenarnya merosakkan kepercayaan orang yang membeli ebook berkenaan. Mereka pasti tidak akan membeli ebook lagi kerana berasa tertipu dengan ebook berkenaan. Sebab itulah jangan buat ebook yang hype atau melampau. Saya boleh kata pendapatan saya sekian sekian, tapi adakah ia mampu dicapai oleh pembeli? Be realistik.

Jangan hype & lakukan cara promosi yang betul.

Kajian Pasaran Sebelum Memulakan Perniagaan

Wednesday, November 28th, 2007

Kebanyakan produk yang tidak berjaya adalah sebab kerana tidak membuat kajian pasaran tentang produk yang dibuat. Ia adalah sama samada dalam perniagaan internet atau offline. Yang membawa kejayaan adalah supply & demand terhadap sesuatu produk.

Pastikan anda membuat kajian terdahulu. Saya pernah membuat survey untuk pasaran Kraf malaysia ketika saya cuba membuat proposal kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi(Mecd) dimana saya approach satu per satu usahawan kraf ketika Pameran Kraf di pusat kraf. Saya survey hampir 500 usahawan dalam pelbagai bidang kraf.Macam macam karenah manusia saya jumpa.:p

Apa yang mereka mahukan ialah FREE..FREE..& FREE. Sebelum apa apa mereka mengelak & kalo free nak la. Mereka takut untuk mengeluarkan modal untuk mengembangkan perniagaan mereka. Daripada survey yang dibuat, kita kena suaikan kemahuan mereka iaitu FREE tetapi kalo nak lebih kena bayar. Jadi kita ikut kemahuan pasaran kerana jika konsep yang diketengahkan berjaya, mereka akan menukar kepada berbayar. Mereka mahukan sesuatu yang Risk Free & tak perlu keluar duit.

Jangan salahkan orang lain jika perniagaan gagal kerana anda tidak merancang & membuat kajian terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Selagi ada demand anda akan berjaya. Ia seolah olah anda menjual air mineral di bandar yang berada di padang pasir. Mereka mahukan air,jadi mereka akan beli dari anda. Simple je kan?

Baru ni saya ada seorang kawan yang kol, katanya dia nak buat side income dengan supply batik,songket dari Terengganu kat KL. Saya pun jawap, ko nak wat side income atau no income? Saya tanya la dia dah ada buyer dan buat survey? Katakanya tidak. Nanti jadi la no income sebab untuk buat trading sedemikian,kenalah mempunyai buyer terlebih dahulu baru la boleh supply. Jika tiada buyer, anda menempah kerugian. Anda boleh supply tapi tiada demand. Inilah kesilapan yang berlaku kepada usahawan yang gagal dalam perniagaan mereka.

Untuk berniaga ianya mudah. Tapi untuk berjaya anda memerlukan perancangan terlebih dahulu. Fail to plan is a plan to fail. Mungkin ada yang mengatakan dia boleh jual aiskrim kat orang eskimo.Takde masalah untuk jual apa pun. Namun sebanyak mana yang mampu dijual jika tiada demand/permintaan? Anda mungkin boleh menjualnya sekali tetapi orang takkan beli dah lain kali.

Kalo perniagaan internet kita mempunyai tools untuk mengetahui apakah yang orang cari namun bagi perniagaan offline anda perlu survey sendiri. Caranya anda mendekati la usahawan yang terlibat & tanya apa yang mereka mahukan. Kemudian anda supply apa yang mereka mahukan. Jadi anda boleh buat duit kerana permintaan dah ada. Anda hanya perlu sediakan apa yang mereka perlukan. That’s all.

Harap post ini membantu mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan samada offline atau online.

SMS Booking

Monday, November 26th, 2007

Ramai yang berminat untuk guna cara yang saya gunakan untuk booking ebook Panduan Membeli Secara Online dengan sms. Ebook ini mendapat sambutan yang agak mengalakkan. Rasanya komuniti usahawan Malaysia pun dah ramai yang membaca & mengedarkannya.

Inilah yang dikatakan sebagai viral marketing. Ia seolah olah oleh virus yang merebak. Shuth pun dah letakkan pada laman utama WangCyber. Reezluv telah buatkan satu ecover untuk blog beliau. Saya minta kebenaran untuk gunakan ecover yang dihasilkan beliau.Thanks fairiz.

Berapakah kos untuk memiliki sistem sms yang saya gunakan? Jawapannya hampir RM800 je. Malah ada yang menawarkan harga RM5000 untuk fungsi yang sama yang saya gunakan. Siapa yang ke seminar Irwan Dahnil akn mendapat diskaun untuk semua aplikasi SMS ni. Jadi ia satu pelaburan yang berbaloi untuk ke seminar beliau.

Apa yang best, anda akan dibimbing untuk mengunakan aplikasi sms berkenaan. Jadi anda tidak la terkontang kanting untuk guna aplikasi sms. Jadi anda perlu ada sekurang kurangnya RM1000 untuk ke seminar & beli aplikasi sms. Ia jauh lebih murah berbanding oleh orang lain. Tak percaya, anda boleh survey sendiri la.

Aplikasi yang saya gunakan ialah IOD atau information on demand dimana saya boleh caj apabila orang sms dan sms tersebut berjaya. Kalo orang sms tu takde kredit,tak berjaya la & saya tak boleh caj la. Saya boleh caj sekali je tau. Tapi kalo dia sms sekali lagi, saya boleh la caj. Sebab tu dinamakan IOD sebab kena caj apabila diminta.Ia adalah berkonsep reverse billing.

Ia berlainan dengan aplikasi Subcribe. Jika anda taip ON pape,anda boleh dicaj selagi anda tidak taip STOP. Usahawan sms juga perlu nyatakan berapakah sms yang dihantar semingu atau sebulan pada terma dan syarat.

Jadi ke seminar Buat Duit dengan SMS dulu jika ingin tahu lebih lanjut.

p/s: Iklan saya kat Harian Metro sedang berjalan sehinga 2hb ni. Rasanya saya membuat satu kesilapan. Lain kali saya kena lebih alert benda ni.Saya silap pilih section sebab untuk tengok samada kedudukan iklan baris ok ke tak.Nampaknya teori saya tentang kedudukan iklan baris adalah silap.

p/p/s:Anda perlu biasakan diri untuk membuat silap & jangan mengulangi lagi. Belajar dari kesilapan.ooh..saya rugi kali ni…hu.hu.hu

Panduan Membeli Secara Online

Sunday, November 25th, 2007

Apa khabar semua? Saya berada di Terengganu sekarang kerana menghadiri Majlis Perkahwinan anak sepupu saya. Nampaknya saya bertubi tubi menerima pertanyaan… Sham bila pulak? Huhuhu..Saya just jawap jela ..Next year kalo panjang umur…

Saya sebenarnya dah lama siapkan ebook ni..tapi masalah yang dihadapi oleh laptop yang berkuasa Vista, takde software converter ke pdf. Semalam saya sampai ke rumah, terus ke majlis akad nikah. Hari ni pulak seharian tolong angkut mengangkut ketika kenduri. Pagi tu 3 ekor lembu selamat disembelih, tu pun hampir hampir tak cukup.

Ebook ini sebenarnya adalah free. Namun kepada sesiapa yang berkenan untuk memiliki fail Word ebook ini anda boleh SMS seperti yang terkandung dalam ebook berkenaan. Anda boleh menukar balik kandungan ebook berkenaan sesuka hati anda.

Anda boleh download panduan membeli belah secara online di SINI. Ecover saya tak buat ye. Dengan ebook ini anda boleh melakukan Viral Marketing untuk sebarang produk affiliate atau produk anda sendiri.Jadi anda tidak perlu menulis ebook tentang perkara ini lagi.

beli online

Credit to Reezluv untuk design ecover.

Ia boleh dikatakan ebook PLR pertama dalam BM. Anda boleh buat apa sahaja dengan ebook ini. Untuk jadikan bonus,hadiah & sebagainya.Ia terpulang kepada anda.

Update:

Oh..Lupa nak bagitau..untuk fail word adalah bukan FREE..

Nak tau harganya sms GWE MBB Nama Email ke 32244

Harap maklum. Murah je.

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :