Celcom Broadband Lagi
Kabare semua? Uish..Jadi orang jawe plak sham.,hehehe..saya bukan orang jawa da…
Saya sambung review saya tentang Celcom Broadband yang saya pakai sekarang ni.Kalo diberi 10 markah, saya akan bagi 6. Saya tak pernah guna yang maxis lagi. Ia agak slow tapi agak okay untuk traveler. Tadi saya mencuba mengunakan 3G ketika dalam kereta kawan saya,mungkin sebab area bandar.Takde masalah dari segi penerima isyarat. Dia hanya naik turun diantara 3 ke 5 bar.
Kebanyakannya adalah 4 atau 5 bar.Daripada speed yang tertinggi yang saya perasan, Sent 2.3Mb dan Received 21.2Mb. Saya tak tahu kelajuan macamana bagi pakej RM120. Saya lihat pada speed internet saya adalah 3.6Mbs.Mungkin sebab modem saya gunakan boleh digunakan sehingga kelajuan 7.2Mbs. Mungkin tahun depan dapat la speed 4G tu..Sekarang kita berada pada kelajuan 3.5G atau HSDPA.
Ia ada peluang untuk berkembang lebih baik jika semua telco terus bersaing untuk menyediakan perkhidmatan terbaik. Digi dah start pakej baru iaitu RM66. Tapi Digi pada kelajuan EDGE lagi kerana Digi belum dapat lesen 3G daripada kerajaan. Yang telco yang mendapat lesen 3G adalah Celcom, Maxis dan MiTV(018). MiTv 018 akan menjadi telco ke 4 negara selepas ini. Saya tak pasti bila akan dilancarkan namun mereka dah start soft launch seperti di The Curve Damansaara. Anda boleh lihat iklan di eskelator, warna temanya adalah oren. Semua ada warna korporat masing masing mcm Digi (kuning),Celcom(Unggu),Maxis(merah) dan MiTV(oren).
Saya pun rasanya nak buat warna trade mark sebagaimana Irfan Khairi (merah), Saifulsham (Oren), Irwan Dahnil (oren), sham….Saya belum deside tapi yang pasti saya akan gunakan warna biru.
Kembali kepada topik asal kita. Overall saya boleh berikan 6/10 buat celcom broadband.Nampaknya Zul Smartusaha pun nak gunakan talian tambahan sebagai back up internet connection. Bagi saya ia satu tindakan yang bijak.Guna 2 talian internet akan mencepatkan anda surf internet. Setahu saya Zul berkongsi dengan ramai orang yang sedang download torrent. Jadi talian 3G adalah cara penyelesaian kerana beliau akan mendapat line intenet khas untuk beliau tanpa berkongsi dengan sesiapa.
Nampaknya ramai yang nak guna Celcom ni.Apa yang saya tak suka tentang customer support diorang.Semalam saya ada call customer support diorang, setelah tunggu hampir 1/2 jam, diorang suruh call lain kali. Alasannya bahagian teknikal sedang busy. Nampaknya lebih kurang je customer support streamyx dengan celcom ni. Dari BAPAK yang sama, cara pun sama. Maybe diorang training sama sama kot.:p
Pasni kalo ada pape, just terus ke Celcom Center. Face to face.Tak nak dah call ke customer support diorang. Kalo face to face bersungguh skit diorang nak selesaikan masalah customer.
Harap ada orang review tentang Maxis BroadBand. Naem DiariAdsense rasanya guna Maxis Broadband.Harap review ye. Kalo ada yang pakai pakej Rm120 pun harap leh review.Nak tahu beza prestasi antara kedua dua pakej tersebut.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






7 Responses to “Celcom Broadband Lagi”
By edyanie on Nov 4, 2007 | Reply
uiks..ye ke MiTv 018 nih..patut nampak oren je kat berjaya times square ari tuh..nak kata digi, bukan..pasnih, makin menguntungkan kita le sebagai pengguna
saya dengar akhir tahun ni lunch kot, dalam bulan 12..kalau betul ler
hehe
m..pelik gak ek, MiTv 018 yang lum lunch pun dapat lesen 3G, tapi digi tak dapat plak..digi ada wat salah ke
By sham on Nov 4, 2007 | Reply
sebab digi company luar kot..kerajaan utamakan company dari malaysia dulu kot..
By CypherHackz on Nov 8, 2007 | Reply
Erks! Saya rasa yang Send dan Received tu merupakan saiz file yang telah disent dan didownload. Bukan speed die. Sama jugak macam kat network status. Die akan tunjukkan kepada kita berapa banyak saiz yang kita dah sent dan yang kite terima. Kalau nak tahu berapa speed kite, leh check dekat http://www.speedtest.net
By sham on Nov 9, 2007 | Reply
Oh..Thanks..Tu speed dia sent packet dia..
By sham on Nov 9, 2007 | Reply
Saya dah try dengan speed test tu… keputusannya download 275kbs, upload 75kbs..
Slownye kalo nak upload pape..huhuhu
By rocker on Nov 29, 2007 | Reply
slalunyer kalo cust support die sruh call lain kali mmg bhg tech die busy…..
By MeL-eBulletin on Jan 19, 2008 | Reply
Hello…maaf tumpang sekaki.,..
ada dengar citer? start bulan 5 seluruh KL akan dapat free wireless…betul ke hah?
heheheh
Budak Baru