Hikayat Karut Marut Bermula
Wah..macam tajuk filem plak dah ye..hehehe.
Sekarang ni banyak betul Spam dengan tajuk, BARU DILANCARKAN,SERTAI SEKARANG!.. Geng geng skim cepat kaya membuat promosi macam tu la..Bagaimana nak tahu benda tu skim/ program atau tidak? Benda ni mudah je..
Kalo benda tu menawarkan komisen melampau lampau sampai tahap 1 juta tu lah skim cepat kaya. Randomizor la, Force Matrix la..semuanya adalah sama sahaja. Contoh terbaru kuasawang.com yang telah mempirate semua ebook usahawan Malaysia, dalam TOS dia ada cakap semua orang boleh buka sebanyak mungkin akaun dan terima wang tak terhingga..
Apa yang anda semua tak tahu, berapa banyak akaun admin ada? Jadi korang dok asyik bayar kat admin la yang kononnya menjadi peserta ada banyak akaun. Kena tipu bodoh bodoh je sapa yang join. Memang kalo promote dapat duit.Promote la affiliate apa pun pasti dapat duit gak. Tapi kenapa dok promote skim macam tu?
Kononnya 4 level dapat duit tak terhingga…Agaknya berapa banyak dah admin dia dapat. Admin dia leh register tanpa perlu bayar kat sesiapa pun sebab dia yang uruskan semua. Jadi kalo dia letak akaun dia 100, korang dok bayar la kat admin. Kat laman web kononnya nak sampaikan ilmu konon. Tapi tak kena cara.Tak tahu dah banyak mana duit haram dia dapat dari hasil menipu. Agaknya dia nak bagi anak bini dia makan kot.
Hasil haram, biasanya cepat je habis.Beli keta, keta eksiden..Sapa yang still dok promote tu..Nak makan duit haram ke? Ilmu kalau dapat dengan cara yang haram tak berkat. Jangan salahkan orang jika apa yang anda buat tak menjadi dan menyusahkan anda sendiri sebab ilmu yang anda dapat dari hasil curi kerja orang lain yang bertungkus lumus menulis khas untuk pembeli mereka.
Penulis Ebook yang berkenaan juga menawarkan khidmat after sales bagi membantu pelanggan mereka. Mereka yang dapat secara haram takkan dapat khidmat tersebut. Kebanyakan dari kami menyimpan rekod pelanggan kami. Jadi kami boleh tahu siapakah anda. Jika saya pulak, saya turut menyimpan alamat dan no telefon. Ia sebagai rekod saya. Jadi saya boleh tahu siapakah pelanggan saya. No.tel juga penting bagi saya incase jika email yang membeli tidak valid.Rasanya dah ramai yang saya sms meminta email kerana email yang diberikan adalah salah. Ia memudahkan kerja saya.
Kepada yang rasa nak buat sistem/skim cepat kaya tu…beringat la,sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Katakan la mereka yang terlibat melaporkan kepada polis. Sampai lubang cacing la korang kena cari. Ingat guna hosting luar negara boleh selamat? Tak la sebab mereka boleh gunakan undang undang negara berkenaan. Lagi naya kalo disabitkan kesalahan sebab kita sedia maklum undang undang US dalam cyber crime sangat ketat. Jika terkena menangis air mata darah la.
Jangan mulakan hikayat karut marut “Duduk diam dapat duit” tu. Orang bersalah pasti akan mendapat akibatnya samada di dunia atau di akhirat. Tak boleh lari ye la.
SPAM juga sebenarnya adalah satu jenayah siber. Ia mengganggu privasi seseorang yang kena SPAM. Kalo rasa nak saman orang yang SPAM tu pun boleh sebab spam memang tergolong dalam jenayah siber. Ia pernah terjadi kepada banyak syarikat di US kerana melakukan spam.
Nak mulakan Hikayat dalam pagar besi? Silakan la ye.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






7 Responses to “Hikayat Karut Marut Bermula”
By kita on Nov 2, 2007 | Reply
ermmmm memang banyak sekarang yang seumpama itu…tawarkan produk berbentuk ebook dan buat sistem yang kononya orang boleh jadi kaya….eshhhh bila ler orang kita nak sedar
By SyedHafidz on Nov 2, 2007 | Reply
Yups, dah tengok dah kuasawang.com..
Yang dorang promote bukanlah produk or perkhidmatan, tp hanya skim dan sistem marix forced yg tak diketahui kesahihannya tu…
ish ish ish
Saya pun tak fahamla kenapa dorang sanggup buat benda2 haram ni. Leh senang ke nidup dengan makan duit haram ni??
takkanlah nak bagi anak isteri makan duit camni..dorang tak pikir ke??
By Hamid on Nov 2, 2007 | Reply
tulis la satu artical macam mana nak buat repot bagi orang yang melakukan yang salah dalam dunia siber ni.
By koibito on Nov 3, 2007 | Reply
benda ni memang dah teramat banyak berkeliaran di Internet mencari mangsa tak kira siapa pun.
Kitalah yg perlu lebih berhati-hati sebagai tindakan pencegahan dan ambil beberapa tindakan yang perlu kepada mereka yg melakukan perkara tersebut.
Mereka dah tak kira haram atau halal benda ni…yg penting mereka dapat duit…duit ….duit…
biar pembalasan yg menyedarkan mereka
By SyedHafidz on Nov 3, 2007 | Reply
kat forum carigold teruk gak budak2 kuasawang ni kena tibai tapi bermati-matian gak dorang mempertahankan program kesayangan dorang tu..
xtaula nak cakap, bimbang gak esok2 eBook saya lak yang kene pirate..
harap xdela..
By abdfatah on Nov 3, 2007 | Reply
hahaaa… bodohnya kena tipu hidup2. admin tak kuar sesen pun buat modal rm40 tu. mereka aje yang suka hati dapat duit banyak. mana hang tahu berapa banyak akaun yang dia telah buat sebelum melancarkan website dia tu? 100? 200? 300? 500? 1000? tidak mustahil untuk diwujudkan secara otomatik atas nama dia aje. kita yang tak tahu memang akan kena tipu hidup-hidup. apa laa sangat nak setup akaun banyak2 pada dia. memang cara dia nak cari duit secara tipu. nak tolong konon. bukan nak tolong tetapi tolong menipu…
kenapa tak nak terfikir akaun admin ada berapa?
tak tanya ke akaun admin ada berapa? takkan dia nak bagitahu pulak?