Google Menampar lagi
Huhuhu.. Matt Cutts dah komfim bahawa barangsiapa jual link kat site dia akan ditampar google sehingga Page Rank dia jatuh tersondol tangga. Memang ramai blogger yang dah terkena ni. Yang dulu PR4,Pr5 & PR6 kin terpaksa berpuas hati dengan PR3 atau PR2 sahaja.
Nampaknya pendapatan saya daripada TLA akan merudum jugak la nanti. Huhuhu..Sodih den. Sebab apa, daripada PR4 jatuh kepada PR2 je. Teruk bebenor jadinye Google menampar kali ni. Dah semakin banyak kes Google Slap ni. Mula mula smart pricing untuk Adsense.
Google Slap Adsense Arbitrage lepas tu. Barangsiapa yang buat arbitrage dengan Google Adword ditampar dengan $1o satu klik walaupun set $0.01 sen per klik. Menangis advertiser yang kena.:P. Google sekarang dah semakin banyak songeh skit sebab mereka sekarang no.1.
Demand terhadap product mereka sangat tinggi. Saham mereka sedang mencanak naik sehingga melebihi $300 sesaham. Tokei dia yang dah bilionaire, menjadi multi bilionaire. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Skim cepat kayap pun mencucuk la skim mereka untuk menarik mereka yang terdesak mencari duit lebih.
Tak tahu la apa yang akan jadi nanti ye. Someone please stop google from dominate internet!..Takde lagi ke company boleh lawan google. Google semakin selesa sekarang ni. Site kawan saya ada yang mendapat PR8, turun jadi PR6 tu dia tak jual link pape kat site dia. Site dia just html bukan blog. Memang tabik kat dia bila dia tunjuk site dia yang berusia 4 bulan dapat PR8. Niche site dia…. Tourisme.. Jangan tanya saya apa URL dia sebab saya takkan bagitau bagi menhormati permintaan beliau.
Banyak perkaran lagi yang masih misteri kat internet. Jom kita explore.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






6 Responses to “Google Menampar lagi”
By edyanie on Nov 4, 2007 | Reply
adsense saya rasa punca besar yang menyumbang kepopularan google..
apa-pun siapa yang duk atas, dialah berkuasa..yahoo je yang setanding dan mampu fight mereka..maybe leh kurengkan advertise di adsense n lebihkan pada yahoo
yahoo ada buat tak macam adsense..kalau takde, leh le saper2 suggest..kalau ada tuh, sebar2kan le coz ramai yang tak tahu termasuk sy
..yahoo pun kena aggresive le..yahoo macam maxis le pulak, cuma defend je positionnya..google ni macam celcom, pelaksaan strategi memang aggresive 
By sham on Nov 4, 2007 | Reply
yahoo ada program publisher dia yang dikenali YPN..yahoo publisher network tapi just peringkat beta lagi..hanya orang US je boleh join…
By abdfatah on Nov 4, 2007 | Reply
hahaa… nak kaya dia sorang aje pakcik google nih. nape tak upgrade google page rank sehingg ke angka 20? takder laa kalo naik sampai ke angka 10 terus kena lempeng? ada lagi capaian ke angkan 10 ke atas?
hahahaa…
when team google want to upgrade google page rank to 20/20?
By saiful on Nov 4, 2007 | Reply
memang pun ramai kena Google slap ni…nasib baik aku tak kena…he he
By titan on Nov 4, 2007 | Reply
Entahla. Susah mahu cakapla. Sejak akhir2 ni suka betul menampar anak orang ramai-ramai. Secara berjemaah plak tu..
PR pun jatuh gedebuk. Adbritage nyer lagi. Pasni ntah apa lagi agaknya..
By naem on Nov 5, 2007 | Reply
saya ni kurang arif dalam PR, tapi alhamdulillah naik la PR blog saya..sekitar 3 dan 4 je..
dulu,beriya2 nak PR, tapi sekarang tak kisah, yang penting isi blog..lagi banyak kita buat post,lagi banyak keyword di site kita yang akan dapat di index..jadi yang penting ialah orang dapat tahu blog kita nak p macammana..kan2..
taip api , pi blog kita,
taip air pun mai ke blog kita juga
taip tanah, tak pi mana..pi mai pi mai tang tu juga..
hohohoho…monopoli Google ni sebab banyak orang bergantung pada dia..sebab tu dia hebat sangat…cuba yahoo buat pr atau apa2 sj sumber income pd ramai orang, mesti ramai yang akan lari tinggalkan google pula…hohohohoh..
ps: saya suka maxis walaupun celcom nampak machoo..