Spam Dikomersilkan?
Semalam saya ke taklimat satu syarikat yang terkenal dengan sms direktori kat Shah Alam. Mereka kini nampaknya sedang menawarkan CP(content provider) SMS nampaknya. Mereka turut menawarkan satu sistem yang dinamakan sebagai BossMailer. Saya lihat dari segi cara operandi perisian ni ia lebih kepada SPAM teknik. Kenapa saya berkat sedemikian?
Ia mengumpul email orang dan kemudian broadcast. Ia adalah spamming walaupun mereka menafikannya apabila saya bertanya kepada salah seorang krew mereka. Mereka mengatakan ada cara untuk mengelakkan ia dikategorikan sebagai spam. Mereka akan terangkan secara detail jika saya menyertai program mereka. Hohoho..Apa sahaja cara yang digunakan jika menghantar email promosi kepada orang yang tak dikenali ia tetap dikategorikan spam.
Takkan mereka nak jadikan Malaysia sebagai pusat kaki spam pulak? Agak menyedihkan jika orang yang tak tahu. Saya tahu apa yang mereka maksudkan cara untuk mengelak dikategorikan Spam.Caranya letakkan link yang boleh orang unsubcribe kalo tak nak kena spam. Atau email pertama minta mereka sahkan ia adalah email seperti double opt in oleh kebanyakan autoresponder utama sekarang.
Bagi saya nak sent email pertama tu pun dah dikira spam. Cukup menyedihkan jika company yang terkenal seperti mereka mengajar orang untuk spam.Ia sebenarnya membawa reputasi yang tidak baik untuk kita. Malah mereka cuba merekrut sebanyak mungkin ajen untuk mengedar sistem mereka tersebut. Ia adalah satu tindakan yang cukup bahaya buat internet marketeer. Sekarang ini pun email saya dispam ribuan email sehari kerana saya centralized semua email ke akaun gmail saya. Apa la yang akan jadi jika ia di komersilkan sebegitu.
Spam cukup menjengkelkan. Itulah yang saya rasa. Saya akan delete semua email spam tanpa membacanya. Spam disalah guna dengan nama “email marketing”. Memang ia kadangkala berkesan tapi ia cukup menggangu jika banyak sangat dispam ke email kita. Ia bukan satu cara yang bagus untuk perniagaan anda.
Mungkin ada orang akan mempertikaikan apa yang saya katakan ini. Ini adalah pendapat peribadi saya. Saya terlibat dalam internet marketing. Jadi saya tahu cara black hat dan white hat ni. Yang terlibat dalam benda ni adalah usahawan melayu.
Saya sokong jika mereka ingin meramaikan usahawan dalam bidang IT dan Telekomunikasi. Namun program BossMailer mereka patut dihapuskan kerana ia boleh menjadi barah kepada perniagaan internet di Malaysia. Kata mereka, mereka laburkan USD7 juta untuk bangunkan sistem tersebut. Tak tahu la ia betul atau tidak tapi bagi saya ia too much. Jadi paham paham la maksud saya tu.
Saya just bagi pendapat peribadi saya. Bukan nak jatuhkan syarikat bumiputera tapi bagi saya tak salah jika ia salah, kita tegur. Perkara yang baik patut disebarkan,jika perkara yang buruk patut diabaikan demi kebaikan bersama di masa akan datang.
Harga yang mereka tawarkan “boleh tahan” jugak la. Tapi saya sedikit terkilan apabila mereka tak nyatakan risiko jika terlibat dalam perniagaan berasaskan SMS. Mereka patut beritahu kepada prospek agar tidak berasa tertipu. Ia melibatkan pelaburan beribu ringgit.Jadi mereka patut tahu apa risikonya. Mereka menyatakan tiada risiko kepada mereka yang sertai. Bagi saya tipu la kalo tiada risiko. Setiap perniagaan ada risiko masing masing.
Malah perniagaan internet pun ada risikonya seperti cetak rompak, disalah guna dan sebagainya. Kepada mereka yang pandai menilai. Nilai la dulu sebelum menerima sesuatu. Jangan terima bulat bulat apa yang orang cakap. Kaji dahulu. Mereka tak bagi borang penilaian bila dah abis taklimat. Kalo ada, leh la “bagi” sepatah dua.:P




9 Responses to “Spam Dikomersilkan?”
By naem on Nov 5, 2007 | Reply
dulu saya tak berapa kisah sangat dengan spam ni..berlambak dalam junk mail tu..
lama kelamaan, baru le rasa fed up…ntah apa2 emel sampai..yang nak kayap pun ada,yang nak jual viagra pun ada…buat malu je saya nak check emel depan member2 yang tak faham apa itu spam email…
By saiful on Nov 5, 2007 | Reply
aku pun sama…byk betul spam kat email aku….hari ni delete besok ada lagi…tak tahu nak buat camne lagi….dah penat asyik delete jer…
By Deen on Nov 5, 2007 | Reply
Deen pernah baca beberapa artikel tapi sudah tak ingat sumbernya….sesuatu emel tu tidak dikira spam jika terdapat maklumat bagaimana untuk ‘Unsubscribe’ dari Mailing List tersebut.
Contoh, penghantar e-mel yang kita tidak kenali itu boleh menghantar e-mel kepada kita dengan menyertakan maklumat berikut:
Unsubscribe link atau cara online untuk unsubscribe.
+
(Offline) Alamat surat menyurat penghantar e-mel agar dpt diposkan surat untuk memberitahu supaya dikeluarkan dari mailing list nya.
Haa jumpa dah pon sumbernya….
http://www.ftc.g…buspubs/canspam.shtm
By SyedHafidz on Nov 5, 2007 | Reply
Saya anti spam…!! kadang masuk kat email2 akademik, 2 yang geram..
kita wat email 2 tujuan assgmnt tiba2 melambak2 lak “tetamu2 tak diundang” masuk emel..
rasa nak karate je kepala penyepam2 ni..uuhuhu
respon from my blog: Abg sham, jual eBook memang best. Terasa keseronokannya.
Buka keseronokan buat duit, tapi keseronokan berkongsi ilmu dengan orang lain..-)
By smartzul on Nov 5, 2007 | Reply
USD7 juta? Haha, itu hanya marketing gimmick. Saper2 pun boleh cakap mcm tu. Lainlah kalau ada bukti.
Tak per lah Sham. Kalau kita tak boleh nak halang mereka, biarkan ajer. Benda2 yg salah ni seperti yg kita lihat, tak akan bertahan lama. Keuntungan dan kejayaan mereka hanya di awal sahaja, sebaliknya akan berakhir dgn kekecewaan.
Dengan adanya buku Irwan dan juga seminar/bengkel yg dia buat, sekurang2nya dapat mendidik orang Malaysia mgenai bisnes SMS yg bersih daripada kekarutan.
By sham on Nov 5, 2007 | Reply
Dia cakap dia upah orang develop software tu $7 juta..betul atau tak tu hanya Allah yang tahu…
Ada seorang pelakon bersama mereka sebagai marketing manager… saya tak tahu pun sebab tak penah tengok lakonan dia..:p
By edyanie on Nov 5, 2007 | Reply
hehe..nak ekploitasi artis(pelakon tambahan mane le diorang amik
) le plak..mcm2 le diorang nih..kalau mender tu bagus, orang akan join gak walau guna orang tua je sebagai marketing manager
By haryzat on Nov 5, 2007 | Reply
erm memang betul tue… company tue ntah hapa-hapa ntah. buat spam pastu xngaku! xkisah lah mereka mengatakan ada cara untuk mengelakkan ia dikategorikan sebagai spam pun. Yang penting ianya tetap digelar SPAM!