Raja Adsense

Boleh ke Adsense dalam BM?

Written on November 6, 2007 – 1:25 am | by sham |

Ramai orang tanya saya soalan ni. Jawapan saya BOLEH. Tapi kadang kadang keluar PSA la sebab tak banyak pengiklan lagi. Saya rasa saya kena keluarkan ebook panduan adwords untuk ramaikan pengiklan Adwords. Saya sebenarnya dah kumpulkan bahan. Cuma belum start menulis lagi. Adsense publisher dari Malaysia dah ramai cuma pengiklan je masih kurang.

Adsense sebenarnya keluar gak kat blog bahasa Melayu ni. Tapikan biasanya pengiklan di Malaysia bid rendah je iklan sebab tiada competitor.Jadi tak perlu la bid tinggi kalo dah tiada pesaing.  Saya bid paling tinggi pun 50sen. Kebanyakannya saya bid just 4 sen je. Bayangkan la korang dapat kalo ada orang klik. Kedekut betul saya ni kan?:p

Sebab saya bid rendah, sebab takde competitor. Bid rendah kedudukan okay jugak. Baik bid rendah sebab save bajet. Betul tak? Kalo banyak competitor, terpaksa la saya naikkan bid sebab nak dapatkan kedudukan yang baik. Rasanya saya kena tulis ebook pasal Adwords ni. Dulu saya yang pertama hasilkan panduan Adsense.

Saya pasti pastu akan ada orang akan tulis benda sama. Bagus gak sebenarnya.Ia sebenarnya perkara yang bagus sebab kita boleh tahu teknik yang baru tak kira ia teknik white hat atau black hat. Yang penting kita dapat ilmu baru. Kalo takde orang tulis pasal Adsense teknik black hat,saya takkan tahu. Dengan ada ebook sedemikian, baru la saya tahu.

Walau bagaimana pun, saya akan siapkan ebook terbaru saya dulu. Sales letter & ecover je belum buat. Kali ini saya akan upah orang buat. Biasanya saya buat sendiri je sebab rasa puas hati. Kali saya nak cuba cara duit buat kerja untuk saya plak. Saya nak lancarkan pada selewat lewatnya Disember.

Saya juga ada siapkan 1 ebook baru percuma. Saya akan berikannya nanti ye. Saya akan umumkan bila dah boleh download ebook free tersebut. Target saya untuk ebook tu ialah mengubah persepsi orang tentang perbankan internet dengan menunjukkan cara guna yang betul perbankan internet.

Ebook baru saya ni berkenaan niche kewangan dan anda. Jadi off topik skit dari kebiasaan namun ia berkaitan jugak dengan perniagaan internet. Saya akan buat pre lauched 2,3 hari lagi sementara mini site & ecover dibuat. Ia akan ada RR atau Resell Right. Akan ada 2 pakej la nanti.Satu pakej biasa. Satu pakej RR.

Harga pulak?Ehem…Bawah RM30 je..Yang RR tinggi skit la…Saya sebenarnya nak tambah koleksi penulisan ebook saya. Kalo anda ada ilmu. lebih ajarkan kepada orang supaya ia lebih bermanfaat. Saya sedang cuma menulis ebook ebook yang tak berkenaan dengan ebiz. Tapi dalam ebook baru saya ada selitkan ebiz sebab ada kaitan dengan kewangan skit. Orang meniaga nak duit kan? Jadi ia berkaitan jugak la dengan kewangan.

Sebenarnya ia juga sebagai ingatan kepada saya. Jadi saya jadikan ia ebook sebagai ingatan dan peringatan kepada orang lain. Kita takkan sedar kesilapan jika tak ditegur. Jadi tegur menegurla ke arah kebaikan kita bersama.

p/s: Saya just upgrade blog ni kepada Wordpress 2.3.1. Siapa yang access blog pagi tadi ada sedikit error sebab berlaku clash dengan plugin yang sedia ada. Dah ok dah sekarang.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 9 Responses to “Boleh ke Adsense dalam BM?”

  2. By zuhairy on Nov 6, 2007 | Reply

    ehmmm,elok gak kalau sham buat panduan nak iklankan kat adwords. Lagi elok kalau bagi free, boleh menyuburkan industri adsense kat malaysia,hehehe..

  3. By sham on Nov 6, 2007 | Reply

    free? Akan dipertimbangkan….

    tapi saya risau, ia kurang dihargai bila dah bagi free..download pastu biar berkarat dalam pc tu…

  4. By kita on Nov 6, 2007 | Reply

    elok jugak buat ebook pasal adwords..saya kurang bab adwords..boleh ajar saya tak macam mana nak buat iklan dengan google adwords..

  5. By zuhairy on Nov 6, 2007 | Reply

    jgn ckp camtu sham..setitis air lbh berharga buat sang dahaga dari setempayan air buat yang sang kenyang :-)

  6. By SyedHafidz on Nov 7, 2007 | Reply

    Bagusla kalau abg sham nak buat ebook pasal adwords..

    Saya pernah gak terfikir nak wat pengiklanna menggunakan adwords tapi tak tau cara camne…
    kang wat rugi jekk…

    =(

  7. By smartzul on Nov 7, 2007 | Reply

    Ebook pasal Adwords dalam BM? Saya sokong Sham. ;) Jangan lupa buat juga versi RR. Hehe..

  8. By sham on Nov 7, 2007 | Reply

    Insyallah… Tapi buat versi asas adwords jela..Untuk advance,rasanya diorang lebih terer buat iklan yang hebat… Ia just untuk menggalakkan orang guna adwords sebagai satu kaedah pengiklanan yang murah di internet..

    Tak perlu bayar RM4,5 sehari tak tau mcmana performance dia..

  9. By saiful on Nov 7, 2007 | Reply

    bilalah adsense nak diterima secara rasmi dalam BM..satu lagi sham aku nak tanya..artikel2 (content) dalam web/blog kau buat sendiri atau kau join PLR membership…

    p/s ramai yg buat adsense sekerat jalan coz sakit kepala buat artikel lah… he he he

  10. By edyanie on Nov 10, 2007 | Reply

    setuju bangettt :) hehe..

    teringin nak try, tapi takut nak cuba…

    ada guide, laagi bagus :)

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan