Harga Barang Dah
Rasanya ramai yang tak perasan harga barang dah pun naik. 2 hari lepas saya makan kat KFC harga pakej 4, RM6.80. Semalam saya makan sekali lagi dah naik jadi RM8.90 untuk benda yang sama. Saya pun tanya staf kfc cakap, bermula semalam harga naik. Saya tahu sebab saya biasa simpan resit untuk saya rekodkan perbelanjaan saya.Hu.hu.hu.So, kurangkan la makan kat KFC tu.
Balik ke rumah saya ke 7 Eleven. Beli la roti gardenia. Wat keluar la RM2 sebab roti bonanza biasanya RM2,konfiden je nak bayar. Pastu staf 7 eleven scan barkod..nah dah naik jadi RM2.25. Terpaksa la raba poket ambik 30sen lagi.Dah naik dah harga barang ni.. Nampaknya makin banyak la kos kalo dok kat KL ni.
Ada banyak lagi barang yang dah naik harga tanpa kita sedari. Kalo dah biasa beli pasti akan perasan la.Benda macam roti & benda yang berasaskan tepung pasti akan naik. Kerajaan tak umum apa apa lagi pasal kenaikan barang. Tapi company besar mcam Gardenia & KFC dah pun naikkan harga mereka tanpa kita sedar.
Sebenarnya kenaikan harga tak leh nak elak sangat sebab harga minyak yang melambung naik. Ketika syarikat lain tengah pening kepala sebab kos minyak naik. Syarikat minyak pasti melompat kegembiraan sebab keuntungan mereka akan meningkat. Maka sedut la minyak semaksimum mungkin. Bekalan minyak negara tinggal kurang dari 14 tahun lagi. Bila dah abis minyak nanti, tak tau apa yang akan jadi…
Mungkin nak dapatkan 1 liter minyak, kena berperang. Sebab itulah US bersungguh sungguh nak kuasai negara minyak macam Iraq & Afghanistan. Mereke tahu mereka akan lumpuh bila takde minyak. Di US, mereka ada Rezab minyak dimana mereka kumpul & simpan minyak. Kalo negara lain dah abis minyak nanti, diorang masih ada minyak untuk buli negara lain.
Negara kita pulak. Minyak kita, kita jual.Pastu beli minyak kualiti rendah untuk digunakan di negara kita. Minyak dari negara kita dari kategori minyak berkualiti tinggi sebab kandungan sulfur yang kurang berbanding minyak dari negara arab..
Cuba bayangkan dalam masa 14 tahun lagi minyak habis. Bagaimanakah harga barang? Rasanya gula 1kg akan jadi puluhan ringgit. Anda bersedia? Huhuhu..risau gak saya ni. Bertindak la dari sekarang untuk mencari duit banyak banyak sebab nanti tak la anda merasa sangat sebab dah ada duit.Tapi jangan plak hanya simpan je..Laburkan la..
Ini adalah hint untuk ebook baru saya.:p. Ia melibatkan masalah negara dan anda. Saya bercadang untuk baut versi RR just untuk 50 orang sahaja. Saya jangkakan ia akan “hot” sebab ia masalah semua orang. Bersedia untuk dapatkannya nanti.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






14 Responses to “Harga Barang Dah”
By Mohd Faisal on Nov 7, 2007 | Reply
Lor.. Saya pun tak prasan harga KFC dah naik.. Baru smlm makan KFC.. Huhu..
By shuth on Nov 7, 2007 | Reply
oh.. buku pasal jimat minyak ke.. ekekekek..
By sham on Nov 7, 2007 | Reply
yang jimat minyak tu jadi 1 chapter je shuth & saya akan bagi free kepada mailing list..
By saiful on Nov 7, 2007 | Reply
bukan kfc je naik…brg2 keperluan asas juga dah naik spt tepung, gula dll… memang susah hidup skrg ni…..
p/s Duit2 dimana kau duit!!!!…kau Sham takpe la coz byk duit adsense..ho ho ho…
By Cikgu Azleen on Nov 7, 2007 | Reply
ler.. tak perasan pun ya.. Semalam baru beli KFc.. memang rasa macam lain macam jer reganya.. Tapi tak perasan yang ianya dah naik harga sebab tak ingat harga sebelum ni..
By sham on Nov 7, 2007 | Reply
saiful…kalo semua barang naik harga..teraba raba jugak nak cari duit…huhuhu
By titan on Nov 7, 2007 | Reply
Samala. Masa beli roti semalam. Apsal rasa cam tak cukup baki je..selalu banyak not kaler biru..
By SyedHafidz on Nov 7, 2007 | Reply
Ehh…semalam baru je makan kfc ngan kawan..
xperasan lak harga dah naik..
pasni xmau g lagila…
hehe=)
p/s: suspen ternanti2 eBook baru abg sham..pasti mantap..
By JimieRay on Nov 8, 2007 | Reply
Kat Penang sekeping roti canai ada yang dah naik 80 sen hingga singgit sekeping. Dulu org kakitangan kerajaan bkn main sonok bila gaji naik… Skrg dah mula tepuk dahi… Orang Penang kata “pi mai pi mai tang tu juga…”
Syam…saya booking satu ebook tu..
By smartzul on Nov 8, 2007 | Reply
Kalau minyak kat dunia ni dah habis, kita pi lah cari pula kat angkasa.
Apalah yg sedap sangat ayam KFC tu. Hehe.. Buat sendiri lagi jimat.
By megat on Nov 9, 2007 | Reply
patut la smalam aku pegi KFC bw semua family terasa cam byk jer duit keluar!!??
By smartzul on Nov 13, 2007 | Reply
Sham, saya rasa, harga (harga pakej) dia tu naik, dia include sekali dengan air kan? Sebelum ni, air tak disertakan.
Contoh: Bagi pakej ayam dua ketul tu yg berharga RM6.90 (sebelum ni), ia tak termasuk air. So sekarang, dengan harga RM8.90, air disertakan sekali. Dan air tu pula tak silap saya harga utk regular size dalam RM1 lebih. Dan harga2 tu pula belum dicampur dengan cukai.
So, kalau kira2, lebih kurang je kot.
Kalau salah anggapan saya, betulkan.
Wallahu ‘alam. Saya tak tahu la sangat pakej2 KFC ni, sebab makan pun sekali-sekala jer.
p/s: Baru balik dari KL.
By sham on Nov 13, 2007 | Reply
Baru balik dari KL,rajinnye zul..