Murah Hati Atau…..
Saya ada satu cerita buat anda semua. Nak kata cerita tak la jugak.Tapi ia untuk mengambarkan sesuatu la..Ia lebih kepada situasi.
Situasi 1
Pada suatu hari ketika anda berjalan di suatu kawasan di KL, anda didatangi seorang dan dia meminta tolong. Dia meminta anda RM5 kerana duit tak cukup untuk bayar tambang bas ke Seremban. Adakah anda bagi duit tu?
Situasi 2
Ketika anda berjalan, anda terlihat seorang pengemis yang langsung tiada cacat cela. Nak kata buta dia boleh hulur tangan ikut orang lalu. Adakah anda menhulurkan sedekah kepada orang ni?
Situasi 3
Ketika anda dalam perjalan pulang untuk menaiki LRT, anda ditegur oleh seorang lelaki. Katanya duit dia tak cukup 50sen untuk naik bas. Ia kelihatan selekeh seperti seorang penagih dadah. Adakah anda beri duit kepada nya?
Ha..ni adalah antara situasi yang menguji kemurahan hati anda.Adakah anda memberi duit atau anda buat tak tahu je. Tak pun anda cuba melarikan diri dicelah celah orang ramai kerana tak nak bagi duit anda. Ke anda tak bagi langsung kepada mereka sebegini?
Kat KL apa sahaja boleh jadi. Saya akan sambung pada post akan datang kenapa saya bertanya sedemikian. Ada cerita disebalik situasi diatas…Nak tahu kena tunggu..hehehe
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






7 Responses to “Murah Hati Atau…..”
By koibito on Nov 9, 2007 | Reply
kadang-kadang bagi juga….nampak kesihan…
kadang-kadang tu biarkan saja….di tambah lagi bila tiada duit kecil..
itulah kehidupan …..
By SyedHafidz on Nov 9, 2007 | Reply
Kalau saya, tiga2 situasi di atas takkan dilayan..hahha
Bukan kedekut tahap cipan, tapi tak nampakpun yang dorang 2 terdesak sangat..
cuma lebih kepada nak “pow” orang je..
Kita kene la menghargai setiap sen dalam poket..xleh senang lenang je kuar gitu2..
Kalau nak jadi pemurah sangat, salurkan pada yang sepatutnya: orang2 yg btl2 miskin, msjid dll..
By naem on Nov 9, 2007 | Reply
saya sependapat dengan syed hafidz..hati2..ini KL, bukannya kat kampung..saya pernah ditipu orang dalam 3 situasi di atas..tapi bukan di KL..di Alor setar..itu baru kedah, kat Kl ni ntah lagi le…
fikir dulu..kalau betul nak buat baik dengan bersedekah, banyak caranya..
situasai pertama di atas, kawan karib saya dah kena..Hanya RM5 pisau di hunus..habis duit dia satu dompet…
situasi kedua, boleh dipertimbangkan..tapi kena lihat juga..lihat sejauhmana usaha dia meminta..
situasi ketiga,saya dah terkena …hoho..tapi bukan 50 sen..bukan dalam lrt tapi dalam bas..
kesimpulannya, buat baik berpada2 buat jahat jangan berkali2..
By sham on Nov 9, 2007 | Reply
Nantikan pos saya seterusnya…:p
By abdfatah on Dec 14, 2007 | Reply
kalo saya pulak dah tentunya saya akan bagi name kad kepada dia. boleh dia jenguk blog saya… untung2 dapat merubah minda dia dari menjadi orang yang sekadar meminta-minta…
dari bagi duit baik bagi name kad. nak duit kena tambah pendapatan laa. belajar berdikari… berapa lama dah idup???
menda meminta-minta nih sedikit aje dapatnya… itupun kalo berminat nak tambah duit dan nak jimat belanja tanpa meminta-minta…
By abdfatah on Oct 9, 2008 | Reply
kalo bagi dah tentunya mereka bertambah kaya. jadilah mereka pengemis yang kaya…