Raja Adsense

Oh..Kena Tipu

Written on November 10, 2007 – 12:01 am | by sham |

Ha..ni la sambungan pasal post saya berkenaan murah hati. Bukan apa sebenarnya baru saya terkena 2 situasi berkenaan. Saya cukup terasa bengang dengan situasi 1 dimana seorang yang mintak RM5 tu. Saya tak kisah nak bagi kalo betul dia nak ke Seremban.Yang terjadi sebaliknya…

Ketika berjalan dari Star LRT masjid Jamek ke Putra Pasar Seni , saya ditegur oleh seorang “perempuan yang tak seberapa perempuan.”…

Adik , boleh tolong “Akak” tak?

Saya pun cakap apa dia?

Dia cakap dia jumpa kawan dia kat KL.Tapi kawan dia tak muncul. Pastu nak balik ke Seremban tak cukup duit. Tambang ke seremban RM4.70. Dia cakap nanti dia ganti balik la…

Dalam hati saya” Banyak la ganti balik, ni kat KL..sorry la kalo nak jumpa balik”. Saya pun beri la RM5.Niat saya just nak tolong.. Saya bukan Along tau..:P

Lepas beri RM5, dia mintak lagi. Dia cakap dia nak minum tea, sehari tak makan…Bagila RM10…

Dalam hati saya, “Hai, diberi betis, dia nak peha pulak”. Saya pun cakap la.Saya pun tak minum & makan lagi.Memang saya tak makan lagi.Saya tak makan tengahari sebab saya bercadang nak makan petang tu.

Pastu dia cakap, dia bagi balik RM5 tu, saya bagi dia RM10..

Tiba tiba darah menyirap je bila dia cakap mcam tu…Ingatkan aku ni bodoh nak bagi RM10 plak. Dah la RM5 tu aku yang bagi..

Saya raba poket, tengok ada rM1, saya pun bagi lagi RM1 tu. Nah, nak minum teh.Cukup la RM1 kalo Tea O..

Saya terus jalan buat tak tahu je.Dia pun maki maki.. Saya berhenti & berpaling balik dia lari ke arah Dataran Merdeka..

Eh..Kata nak ke Seremban, kalo nak ke seremban naik kat Pasar Seni…

Barulah saya sedar, Oh….Aku kena tipu rupanya. Nasib baik RM6 je..

Saya terus jalan dengan keadaan bengang. Tgk tepi Central Market ada KFC. Terus makan kat KFC.. Iaitu sehari sebelum KFC naik harga.:p. Sebab tu saya perasan ia naik harga.

Esoknya saya jumpa plak sorang brader yang ala ala penagih, duit dia tak cukup 50 sen nak naik bas. Saya raba poket ada syiling 50sen, terus bagi..Saya tak kisah sangat kalo mcm tu. 50 sen je.Tak la berat sangat poket saya tu.

Bila teringat peristiwa semalam, saya ke KFC lagi untuk makan kat tepi Sogo…Tengok harga dah lain..

Kesimpulannya, kena berhati hati kat KL kalo nak jadi seorang yang pemurah.Nasib baik tak jumpa yang jenis pukau pukau yang famous sekarang ni. Semoga dijauhkan la.

Harap cerita diatas kita jadikan sebagai pengajaran buat kita semua. Saya pulak…Saya akan tengok keadaan jugak la kalo nak jadi pemurah ni.. Ada bermacam macam jenis manusia.

p/s: Saya pantang kalo orang mintak tolong.Tunang saya cakap saya ni lurus bendul, senang senang je kalo orang nak tipu. Adakala betul gak apa yang dia cakapkan tu..huhuhuh..Kalo saya bagitau cite kat dia tentu teruk kena bebel.:p… tak nak cite kat dia la..

p/p/s: Nasib baik tunang saya bukan pembaca blog saya. Dia online pun baca email dia je. Dia tak tau pun apa tu blog.Dia tahu friendster je.:p. Saya pun tak reti sangat dengan friendster. Ramai orang invite join friendster & banyak lagi social networking site. Semua saya tak join.Sorry ye.Myspace saya ada la…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 17 Responses to “Oh..Kena Tipu”

  2. By Anon on Nov 10, 2007 | Reply

    Macam penah jadi je kt aku,,tp kt mana ek??
    Saya bgtau sini, kt KL sorang pun x leh caya,ada macam2 ragam kt luar tu, pihak berkuasa pun dah x cukup kuasa nk layan sume ni,jd bg yg bru nk berjuang di kota metropolitan ni beringat le sebelum kena.. bila jalan jgn pandang belakang kata ongputeh,hehe

    p/s: sy dulu study kt KL, ini betul2 bukan cobaan

  3. By Muaz on Nov 10, 2007 | Reply

    I got your weaknes bro. Lepas ni saya plak menyusul, harap2 bro tak detect saya IM malaysia :-D he he he. Gurau!

  4. By megat on Nov 10, 2007 | Reply

    atas pengalaman yang macam ni lah orang yang pemurah dah jadi tak murah lagi uhuhu.

    orang yang suka menipu (pau duit orang lain), akan bertambah ramai dek kerana rakyat malaysia yang pemurah.

  5. By Han on Nov 10, 2007 | Reply

    slmt pg sham,
    saya pun pernah jumpa orang yang minta duit sebab tak cukup duit nak pergi KL…
    saya jumpa dia kat stesen bas tanjung terengganu…hehe…
    saya tengok cara dia pun dah mcm penipu…
    beg pun tak bawa, apa pun tak de di tangan dia…
    boleh dia minta rm20 dgn saya sebab tak cukup duit untuk tambang bas…
    dia kata nak basuh kereta bagi saya…hehe…
    kalau lah nak pergi KL mcm mana nak basuh kereta bagi saya…
    las las saya bagi rm2…hehe…
    tapi dia ni minta juga minta juga…
    saya tak layan dah…
    lps tu nampak dia minta dgn orang lain pula…
    org tu bg lah rm 20 tu….
    saya duk kat astaka tu, boleh tgk dia dah dapat rm20 minta lagi dgn orang lain…tak henti2 minta…
    rasa2 hari tu dia dapat rm200 rasanya…hehe

    han

  6. By sham on Nov 10, 2007 | Reply

    Kalo kat terengganu tu, saya penah nak bertumbuk dengan pengepow..masa tu sekolah menengah la.. Saya dulu sekolah sains dungun..masa tu bas la jadi pengangkutan utama kami bila cuti sekolah..

    Muaz,memang kelemahan saya dah..jgn pow saya plak..:p

    Megat, kalo saya akan sedikit berhati hati la. Tapi sumbangan kat orang memerlukan tu akan tetap diteruskan. Dia nak tipu ke apa tu urusan dia dengan Allah..Saya tetap saya.. Susah nak ubah dah.

    “Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima”..

  7. By zuhairy on Nov 10, 2007 | Reply

    bagi saya, kalau dia nampak terdesak sangat, saya keluarkan gak la. tapi pada jumlah yang saya tak rasa ralat kalau ditipu. kalau mcm kes sham, dia mintak RM5, saya bagi la RM1. Masa bagi tu, cakap je..”ni jer yang saya sanggup.” Pastu blah la…Dia nak tipu, tu urusan dia dengan Allah.

    Tapi jangan risau, niat kita nak tolong tu dah dikira amal jariah walaupun kena tipu.

  8. By koibito on Nov 10, 2007 | Reply

    itu cara baru buat duit….ada strategi dan tekniknya yg tersendiri…
    kitalah yg perlu berhati-hati jgn sampai terkena…
    lagi bahaya yg guna pukau ni…bukan setaka t RM5 dia ambil…silap silap denga baju selaur pun dia boleh ambil..

  9. By bizmalaya on Nov 10, 2007 | Reply

    satu maklumat yang menarik..memang banyak sekarang ni yang kaki tipu..macam-macam idea direka oleh mereka…geliga jugak otak mereka tetapi salah tempat

  10. By SyedHafidz on Nov 11, 2007 | Reply

    Saya penah siket2 lagi nak bertumbuk ngan sorang ppuan (tak macam ppuan, pondan kot..) mintak duit nak g seremban gak…
    tapi bila saya kata tak ada duit terus maki hamun saya..
    ape lagi, aku pun bantaila sound dia balik..
    tiba2 lak dia pukul ngan payung dia..
    ishh..minah ni main kasaq plak..
    Saya pun apa lagi, mulala kuaqkan silat..dah plan nak belasah je minah pondan ni..
    nasib baik ada pegawai keselamatan kat situ tolong leraikan..
    kalau tak dah lama kene side kick ..

  11. By salmi on Nov 11, 2007 | Reply

    haha lawak la SyedHafidz…siap nak kuaqkan silat … belajar kat ne tu huhuh ..

  12. By hashim on Nov 11, 2007 | Reply

    Aku pun pernah kena macam tu,
    cite dia mcm ni, mamat tu katanya dari seremban datang KL sebab hantar barang naik motor. Lepas tu kebetulan dia jumpa aku nak mintak tolong duit minyak habis, lepas tu lampu depan plak rosak.

    aku pikir2 balik dah tahu minyak tak ada, lampu rosak datang pakai motor buat ape…
    tapi sebab dia cium kaki aku, so aku pun blah la. Dia kata nak bagi balik duit tu esoknya tapi skang dah 3 tahun benda ni.

    So aku halal jer lah..

    Iklan Times- Iklan Percuma - Online Trading - Times Ads

  13. By smartzul on Nov 13, 2007 | Reply

    Kalau ke KL terutamanya, buat hal sendiri. Jangan mudah sangat nak senyum-senyum kat saper2. Itu adalah kota raya beb. ;) Bila kita senyum, orang akan ambil kesempatan.

    Saya dah 3 kali kot kena situasi kat atas. Ni gara2 tak pegang petua yang member saya bagi tu lah. :)

    Murah hati tu, orang kata, biarlah bertempat. Bila berada kat kota raya mcm KL, kita berhak untuk tidak terlalu bermurah hati sebab di sana mudah berlaku tipu daya.

    Wallahu ‘alam.

  14. By titan on Nov 14, 2007 | Reply

    Aah. BEnda biasa tu sham. Adatlah dok KL. Macam cam gitu..Selalunya aku blah je. Orang tua ke mudah ke. Aku blah terus. Malas nak layan. Sebab, makin dilayan. Makin menjadi..

    Masa aku study kat sabah. Aku bagi 50 cent dengan air cola KFC yang tak habis kat sorang budak. Terus 10 budak datang tadah tangan..

    Nak haru masa tu. Udahla bawak junior jalan2. Pempauan plak tu.Habis. Nak cover macho punye pasal. Rabak RM10 aku masa tu. Haha..

    Tapi takpe. Lepas tu, junior aku belanja Pizza. Mungkin ini balasan kot. Allah kalau nak bagi. Bukan bagi signal pun..

  15. By naem on Nov 15, 2007 | Reply

    mujur dalam kocek ada 50 sen…yang risau kalau 50 sen tu dalam dompet, keluarkan dompet, mau diragut plak..nak tangkap balik tak sempat dah..belajar silat pun tak dapat tangkap sebab ramai orang berpusu2..

    jadi, yang terkena mesti beringat,yang belum kena mesti berhati2…

    tak hairan la kalau orang cakap orang malaysia tak kurang berbudi sebab budi mereka bukan di kota raya..

  16. By waka on Dec 1, 2007 | Reply

    pernah gak kena pau zaman dulu2…masa zaman2 rock kapak, maklumlah xpenah datang kl, sekali datang aje dah kena pau huhu

  17. By abdfatah on Dec 13, 2007 | Reply

    hahaha… itu belum lagi yang promote mintak rm5! rm5! rm5! sebagaimana yang saya citerkan dalam blog saya… citer mintak duit nih pelbagai ragam orang.

    kalo dah sihat walafiat tu… cuba2 laa cari kerja mana yang patut. ingat senang ke nak bagi duit rm1 mudah2 kepada mereka yang tetiba datang mintak2 nih? kita dah laa kerja seharian berpenat seharian buat kerja itu ini….. kan kan kan…

    kena tengok jugaklah keadaan orang tu macam mana kalo nak jadi pemurah. nampaknya memang pemurah betul sham kalo gitu… saya pun ala-ala gitu jugak.

    citer terkini saya : sorang pakcik tu yang sihat walafiat dengan selambanya mintak derma ….

    ada ke mudah2 mintak derma mintak derma… lepas dia bolehnya dengan muka selambalandnya mintak dengan orang lain pulak… aduhai. banyak laa punya muka mintak derma…

    bila orang kata takder duit… dia mengeluh kecewa yang amat sangat.

    dan saya terberi jugak laa rm1.00 hahahaa… pemurah jugak saya nih…

  1. 1 Trackback(s)

  2. Dec 13, 2007: cara promosi menarik, cari duit, kebajikan, duit bonus, maybank

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan