SMS sebagai pendapatan tambahan dari IM
Apa habaq semua?
Seperti tajuk diatas, anda dapat bayangkan bagaimana anda membuat duit dengan SMS? Ini bukan jual prepaid tau. Think outside the box skit. SMS adalah antara cara komunikasi paling terkenal di Malaysia. Malah jauh mengatasi email sebab ramai yang tak tahu email.:P
Bila cakap pasal SMS, rasanya hampir semua orang tahu. Malah banyak singkatan yang digunakan tapi masih kita faham. Contohnya:
Saya – sy, awak -awk,wak & etc…
Boleh dikatakan banyak la singkatan yang digunakan tapi difahami oleh semua orang. Pelik tapi benar! Bagaimana pulak nak buat duit dengan SMS ni? Terdapat beberapa cara sebenarnya.
- Jual Barang
Anda boleh jual barang dengan SMS tau.Ia dipanggil reverse billing. Orang nak beli,sms dan duit akan dipotong dari kredit orang yang request tu la. Sebagai IM, produk digital sangat sesuai seperti gambar,video,audio dan sebagainya. Contohnya saya gunakan untuk penerangan takaful iaitu di RahsiaTakaful.com. Saya gunakan satu aplikasi yang dikenali IOD atau information on demand dimana saya boleh caj sekali sahaja iaitu setiap kali orang mintak atau request. Banyak yang boleh dilakukan dengan IOD ini. Anda boleh dapatkan Buku buat Duit Dengan SMS bagi mendapatkan gambaran jelas tentang aplikasi ini. - Subcription
Yang ni yang paling saya suka & saya akan gunakannya nanti. Saya bercadang untuk membeli aplikasi ini bagi menarik subcriber.Jika internet marketing,kita kumpul email sebagai list. Dalam SMS, kita kumpul no telefon. Ini bukan ambik no telefon orang & masukkan dalam sistem tau. Tak boleh buat mcam tu.Aplikasi subcription ini biasanya akan dimulai dengan ON,REG,DAFTAR atau REGISTER. Kalo yang paling terkenal ialah guna ON la.Kalo kat TV kita dah selalu tengok ON KAWAN,ON PANAS,ON CINTA dan sebagainya. Ia adalah subcribe. Owner aplikasi ni boleh caj subcriber mereka selagi mereka tak UNSUBCRIBE. Macamana nak unsubcribe? Just taip STOP CINTA hantar ke nombor short code mereka contohnya 37299.Shortcode adalah 5 angka. Sekali lagi anda boleh dapatkan Buku Buat Duit dengan SMS jika ingin tahu lebih lanjut tentang model perniagaan ini.
Ini adalah 2 aplikasi yang sesuai yang boleh digabungkan dengan perniagaan internet. Saya kini mengunakan aplikasi IOD dengan keyword saya adalah GWE. Saya boleh cipta subkeyword unlimited. Ia seolah olah sub domain la dalam perniagaan internet. Sebagai contohnya:
Keyword = GWE
Subkeyword= TAKAFUL, EBOOK, MBB; saya boleh create subkeyword bagi setiap produk. Ia boleh digunakan untuk tempahan produk & saya boleh caj orang bila orang booking. Sebenarnya ia boleh membantu anda untuk melihat ia adalah serius buyer atau tidak.
Contoh pendapatan IOD:
1 SMS terima = RM1; (max RM5, min 0.30)
Anda caj RM1,jika 1000 orang membeli/ request dari anda.Anda akan mendapat sekurang kurangnya RM300. Itulah pendapatan bersih setelah ditolak caj telco & gateway. Ia adalah jumlah yang telah ditolak cukai ye.
Jika anda kreatif, ia boleh digunakan untuk meningkatkan sales anda. Kerana tidak semua orang ada komputer,untuk memudahkan orang ingat site anda.Buatkan setiap pelawat laman web anda sms & url laman web anda akan sentiasa ada didalam HP mereka. Jika mereka tak delete,pasti mereka akan melihatnya lagi & beli produk anda.
Inilah yang digunakan oleh syarikat syarikat besar.Anda pun boleh lakukannya.
Apa yang paling penting ialah promosi,promosi,promosi… Tanpa promosi anda tidak akan berjaya.
Jika anda ingin sewa sub keyword dari saya pun boleh. Saya boleh setupkan sub keyword kepada anda kerana saya ada akaun aplikasi IOD.Maknanya jika orang request, mereka akan menerima maklumat tentang produk anda. Anda berminat?
Kalo nak beli sendiri pun takpe & anda akan dapat duit dari setiap SMS yang dihantar. Namun,jika tiada modal besar, anda boleh gunakan sub keyword saya. Saya just berikan cadangan kepada anda.




11 Responses to “SMS sebagai pendapatan tambahan dari IM”
By SyedHafidz on Nov 18, 2007 | Reply
Wah menarik gak promosi gune sms ni..
saya tak penah terfikir lak..
tp adakah ianya ssuai ngan suma jenis hset??
cthnye; model2 mcm 3310??
By sham on Nov 18, 2007 | Reply
HP boleh SMS boleh la..tak kira model apa..asalkan leh sms je..
p/s:Saya sedangkan mengtest benda ni…media+sms+internet.. Saya akan beli iklan kat harian metro kot..just experimen,rugi pun tak kisah..:p
By Panduan FTP on Nov 18, 2007 | Reply
mahal tak sham subkeyword tu?
setahu saya kalau nak promote dgn SMS kena modal banyak juga kan?
kalau salah betul kan ye sham…
han
By Sukeri on Nov 19, 2007 | Reply
Sham,
IOD ni maksimum boleh caj RM5 saja ke? Kalau saya nak sewa sub keyword tu berapa bayarannya? One time atau bulan-bulan.
Berapa pula keuntungan bersih yang saya dapat jika harga yang dicaj kepada pelanggan ialah RM1.
By Mohd Faisal on Nov 19, 2007 | Reply
hehe.. sham dah mulakan dulu.. cis
.. hehe..
Cpt sham.. saya pun berminat ni.. Bgtau harga pd saya..
By sham on Nov 19, 2007 | Reply
Han,biasanya sms gateway caj sekurang kurangnya RM2000 untuk sewa dari mereka.Harga sub keyword terpulang la kepada owner keyword tu nak caj..Kalo nak harga boleh dirunding sebab saya ada satu keyword,:)
Shukri,Sebenarnya max RM10 tapi gateway yang saya guna hanya benarkan max RM5.Sebab tu kalo derma guna sms just sampai RM10 je mcm Bersamamu tu.Kalo nak sewa sub keyword bergantung pada owner keyword.Kalo saya,just sekali setahun sebab saya sewa 1tahun je,pastu kena renew mcm domain gak la.
Fai,Saya ada keyword tu bulan 7 lepas.Cuma tak full utilized keyword tu.Saya tak promosi sangat.
By hafiza on Nov 20, 2007 | Reply
bagus cadangan ini.rasanya boleh mendapat market yang besar menggunakan teknik ini. diharapkan lebih ramai usahawan dapat berkecimpung di dalam perniagaan seperti ini
By phero on Nov 22, 2007 | Reply
ini satu contoh perniagaan guna sms yang telah berjaya.
http://www.sms32781.com
kawan ni selalu keluar kat paper dan mereka ada gateway mereka sendiri kat cyberjaya.
rate pun okay.