Raja Adsense

Jangan Harap Promosi Percuma sahaja

Written on November 21, 2007 – 4:09 pm | by sham |

Salam Usahawan buat sahabat sekalian.

Ini adalah tips buat mereka yang baru berjinak jinak dalam perniagaan internet. Jika anda ingin menjual sesuatu tidak kira la samada produk digital atau fizikal, support after sales adalah sangat penting. Ia akan membuatkan samada mereka membeli dari anda 1 kali sahaja atau terus membeli produk anda yang akan datang.

Kebanyakan pembeli dari Ebook RajaAdsense membeli Ebook PenulisEbook. Itulah hakikatnya. Malah ada setelah membeli ebook RajaAdsense, mereka bertanya saya jual ebook apa lagi sebab mereka nak beli. Untuk pasaran Malaysia saya ada 2 ebook sahaja yang dah lama.

Menjelang 2008, saya akan lancarkan ebook terbaru saya yang bukan dari Niche Internet marketing. Ada yang bertanya kenapa saya lari dari niche saya. Jawapannya, saya mesti tulis kerana jika tidak, tiada orang menulis tentang topik tersebut. Mungkin kemahiran saya adalah menulis, jadi saya menulis.

Dalam masa yang sama, saya juga menulis ebook baru yang dalam niche saya. Saya nampak ramai IM newbie mengabaikan perkara ni iaitu promosi. Saya menerima agak banyak call yang bertanya tentang bagaimana untuk promosi produk mereka. Terlalu banyak cara untuk promosi sebenarnya.

Saya hanya cadangkan mereka iklankan di Cari dan direktori iklan yang lain. Mereka juga boleh lakukan Blog marketing sebagaimana Zul Smartusaha lakukan. Cara lain anda boleh iklan di akhbar online. Jika di berita harian, rate 1 minggu adalah RM150 untuk iklan text. Jika banner kecil, RM420 seminggu.

Kebanyakan usahawan intenet yang baru terlalu bergantung kepada iklan secara percuma. Ia sebenarnya sangat perlahan sebab ia adalah percuma. Jika anda inginkan hasil yang banyak. Laburkan dalam iklan. Iklan saya akan keluar di Harian Metro bermula 24hb ni ke 2hb Disember. Saya sedang menguji keberkesanan iklan jenis baris kat sana. Harganya RM52.50 sehari kerana iklan saya 5 baris. Nanti anda cari la ye kat Harian Metro.

Target seterusnya ialah Sinar Harian. Nak uji respon rate pembaca akhbar tabloid tu pulak.Ia lebih murah.Apa yang nak diuji ialah adalah pembaca mereka melihat iklan. Untuk iklan di akhbar offline, jangan Iklankan url sahaja. Kenapa? Pembaca offline takkan boleh terus tengok laman web anda.Mereka akan lupa setelah melihatnya. Jadi penyelesaiannya bagi masalah ini, saya masukkan SMS untuk membuatkan mereka “BERTINDAK” segera sebelum melayari laman web kerana mereka takkan lupa selagi sms berkenaan tidak didelete.

Sebab itulah saya laburkan wang untuk membeli Aplikasi SMS. Pembaca Harian Metro contohnya melebihi 2 juta orang setiap hari. Bayangkan hanya 10% yang respon & sms. Dari sms tersebut saya redirect ke laman web jualan. Daripada jumlah tersebut, 1% beli ebook. Ini cara promosi yang saya sedang uji sekarang. Ia adalah kaedah pemasaran hybrid iaitu gabungan sms+im+surat khabar.

Kempen Adwords saya pulak bagi PenulisEbook.com, 38 klik dengan 8 daripadanya membeli ebook. Conversion ratenya adalah 21.05%. Anda boleh lihat dibawah:

iklan

Kos saya? Hanya RM1 je sehari. CPC pulak just RM0.05.Jadi dengan RM1.90 saya dapatkan RM400. Ha..Ajaib bukan? Dengan RM2 saya tukarkan menjadi RM400. Tak tipu ye. Ini bukan silap mata.Inilah potensi sebenar perniagaan internet khususnya perniagaan ebook.

Jadi kenapa anda takut untuk keluarkan sedikit bajet untuk promosi dan pengiklanan?Anda patut belanja sekurang kurangnya 20% daripada pendapatan anda untuk iklan. Kalo anda dapat RM1000, jadikan RM200 untuk iklan. Bajet iklan dan promosi saya ialah RM500.Saya gunakan untuk testing kat tempat berlainan.

Untuk pegiklanan offline,saya baru sahaja nak test.Jadi saya tak boleh beri keputusan lagi tentang respon pembaca surat khabar ni. Kalo “meletup” saya akan kongsikan disini. Kalo gagal pun saya kongsi gak.Harap harap tak gagal la.:P

Kesimpulannya, gunakan iklan berbayar untuk impak yang maksima!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 15 Responses to “Jangan Harap Promosi Percuma sahaja”

  2. By Keuntungan 100% on Nov 21, 2007 | Reply

    menarik topik ni sham…
    kalau tiap2 hari post topik ttg iklan ni, mesti best…hehe

    han

  3. By koibito on Nov 21, 2007 | Reply

    Bagi mereka yang sudah mempunyai pendapatan terhadap produk yang mereka jual mungkin bolehlah melakukan iklan berbayar..

    Namun bagi mereka yang baru bermula dengan perniagaan internet ini…iklan percuma adalah satu daripada altenatif promosi..

    Ada modal lebih bolehlah guna iklan berbayar ni bagi menguji keberkesanan dan permintaan produk yang di jual

  4. By smartzul on Nov 21, 2007 | Reply

    Sham, saper pandai dominate pasaran Malaysia yg fresh ni, insyaAllah kaya-raya. :)

  5. By sham on Nov 21, 2007 | Reply

    salah pandangan koibito, tak kira newbie atau dah otai semua perlukan iklan.

    Tu kalo nak wat biz la..kalo setakat nak balik modal,teruskan la..

    Saya tekankan reinvest apa yang anda dapat..kalo dapat skit,iklan skit..

  6. By SyedHafidz on Nov 21, 2007 | Reply

    saya berminat nak belaja teknik promosi menggunakan adword..
    mungkin pasni abg sham leh kuarkan ebook pasal benda ni,,
    yoshh

  7. By zuhairy on Nov 22, 2007 | Reply

    saya pun tengah tunggu ebook adword dia gak..memang bagus topik hari ni. Bab promosi yang paling saya minat nak baca..hehe

  8. By Muaz on Nov 22, 2007 | Reply

    Akm bro,

    Bro guna RM atau U$D utk iklan adword tu?

  9. By saiful on Nov 22, 2007 | Reply

    aku selalu gak promosi berbayar di cari.com.my tp kat situ slow la sikit sales dia…

  10. By sham on Nov 22, 2007 | Reply

    Muaz, akaun tu saya guna RM..Silap skit yang tu..saya ada 1 lagi akaun guna USD..:p

  11. By naem on Nov 22, 2007 | Reply

    memang menguntungkan conversion macam tu..tapi..hehehe tak boleh mengharap pada iklan berbayar je kalau aspek lain ditinggalkan..ye tak en sham..

    messti check balik salesletter khususnya..pastu aspek2 lain lagi..

    bestnya ada biz sendiri ni..saya pun nak ikut serta..cuma lewaat skit..saya perlu gi kursus dulu..nak dapat ilmu..pastu praktis dan baru buat biz…

    ps: bukan niche buat duit..tu lambat skit

  12. By bizmalaya on Nov 22, 2007 | Reply

    terima kasih atas information yang bernas…memang kebanyakan usahawan baru takut nak buat iklan…takut rugi….itu pengalaman saya sendiri…bukan apa kot2 modal lebur begitu sahaja….kalau sham dah kata begitu so saya sepatutnya kena ambil tindakan seperti yang dicadangkan

  13. By sham on Nov 22, 2007 | Reply

    Kalo tak try kita takkan tahu..Kalo nak meniaga mestilah kena kuar modal kan? Yang membezakan ialah kecil atau besar modal tersebut.

  14. By hafiza on Nov 26, 2007 | Reply

    mungkin pada peringkat permulaan, ramai yang takut untuk mengeluarkan modal yang besar untuk promosi. tapi tak salah kalau kita buat sesuatu yang mungkin boleh mendatangkan pulangan lumayan.

  15. By sham on Nov 26, 2007 | Reply

    itulah kesilapan usahawan melayu, diorang takut nak keluar modal untuk promosi..mereka berharap buka kedai orang terus datang beli..

    Baru ni saya ada sembang dengan Billi Lim penulis buku dare to fail tu..dia cakap setiap biz paling penting ialah promosi,kalo tak orang tak tahu tentang biz anda..

  16. By Yoko on Nov 26, 2007 | Reply

    Thanks.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :