Jujur Kunci Kejayaan dalam perniagaan
Buat mereka yang ingin berniaga tidak kiralah samada online atau offline. JUJUR adalah perkara yang penting. Mungkin ada yang mengatakan nanti ada yang tikam belakang plak kalo jujur sangat. Salah tu. Walaupun ada yang akan menipu,teruskan sikap jujur tersebut.
Orang Islam dahulu berjaya kerana mereka semua berniaga secara jujur.Ia menyebabkan orang membeli dari mereka tanpa rasa ragu ragu. Sales pun meningkat.Ia juga patut diamalkan oleh kita semua. Berterus terang jika ada yang tidak elok pada barangan anda.
Ebay.com bermula apabila owner dia jual barang rosak. Dia nyatakan barang tu rosak,namun ada jugak orang beli. Lepas tu dia terus kol kenapa orang tu beli walaupun dia nyatakan benda tu dah rosak.Rupanya pembeli adalah pengumpul barang rosak. Itulah bukti orang jujur pasti berjaya.
Anda jujur orang akan percayakan anda.Mereka tak kisah untuk berurusan dengan anda.Jika ada orang yang terbayar lebih, pulangkan kembali.Nyatakan kepada mereka bahawa mereka terlebih bayar & anda pulangkan duit lebih. Ia akan mengubah persepsi orang kepada anda.Mereka akan bercerita kepada orang bahawa anda jujur dalam perniagaan anda. Jadi lebih ramai orang akan membeli dari anda.
Saya harap semua usahawan internet jujur,takde yang menipu. Golongan penipu ini yang merosakkan industri yang cuba kita bangunkan.Orang dah mula sedar akan potensi perniagaan internet.
Access Internet Wireless Broadband saya kat rumah.
p/s:Gambar atas tu bila online kat rumah. Esok saya balik Terengganu kejap bagi menghadiri kenduri kawin anak sepupu saya. Maybe saya akan bawa PC saya kot.





7 Responses to “Jujur Kunci Kejayaan dalam perniagaan”
By phero on Nov 22, 2007 | Reply
ya kejujuran ialah yang paling utama, kedua semua orang tak nak rugi, sepatutnya semua barang yg di jual di internet mesti ada money back policy, termasuklah e-books, sbb kita tak nak org yg beli rasa tertipu jika e-book yg dia beli tak seperti yang dia harap, kadang2 testimoni lebih2 ttg e-book contents, tapi bila beli tak ada pun benda baru, biasa je. bila semua internet marketer tak asyik fikir pasal nak untung cepat barulah masyarakat akan senang berurusan dengan pembelian secara online.
By Keuntungan 100% on Nov 22, 2007 | Reply
slmt mlm sham,
betul tu sham…
kalau nak berniaga kena jujur…
kena buat pembeli@pelanggan percaya kat kita…
tu adalah rahsia seorang peniaga yang berjaya…
han
By koibito on Nov 22, 2007 | Reply
sikap itulah yang harus di pupuk untuk semua orang. Tak kira sama ada dia seorang pembeli atau penjual…Ini kerana segala kebaikan bermula daripada sesuatu yang baik dan jujur.
By SyedHafidz on Nov 22, 2007 | Reply
tak dapat dinafikan jujur merupakan 1 nilai yg sanagt penting dalam perniagaan..
sekali kita kurop, sampai bile2 pun org takkan percaya kat kita…
=)
By Anon on Nov 23, 2007 | Reply
Salam,
kekadang ada yg lebih-lebih pulak dia punya testimoni & ++hype..rasa muak plak,klo orang dah nk beli,beli jugak, klu yg x nak beli buat camna pun sama jugak
(tidak ada kena mengena dengan yg idup atau yg seumpanya..hehe
By sham on Nov 23, 2007 | Reply
sebab tu kena bijak buat keputusan..