Raja Adsense

Kajian Pasaran Sebelum Memulakan Perniagaan

Written on November 28, 2007 – 12:38 am | by sham |

Kebanyakan produk yang tidak berjaya adalah sebab kerana tidak membuat kajian pasaran tentang produk yang dibuat. Ia adalah sama samada dalam perniagaan internet atau offline. Yang membawa kejayaan adalah supply & demand terhadap sesuatu produk.

Pastikan anda membuat kajian terdahulu. Saya pernah membuat survey untuk pasaran Kraf malaysia ketika saya cuba membuat proposal kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi(Mecd) dimana saya approach satu per satu usahawan kraf ketika Pameran Kraf di pusat kraf. Saya survey hampir 500 usahawan dalam pelbagai bidang kraf.Macam macam karenah manusia saya jumpa.:p

Apa yang mereka mahukan ialah FREE..FREE..& FREE. Sebelum apa apa mereka mengelak & kalo free nak la. Mereka takut untuk mengeluarkan modal untuk mengembangkan perniagaan mereka. Daripada survey yang dibuat, kita kena suaikan kemahuan mereka iaitu FREE tetapi kalo nak lebih kena bayar. Jadi kita ikut kemahuan pasaran kerana jika konsep yang diketengahkan berjaya, mereka akan menukar kepada berbayar. Mereka mahukan sesuatu yang Risk Free & tak perlu keluar duit.

Jangan salahkan orang lain jika perniagaan gagal kerana anda tidak merancang & membuat kajian terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Selagi ada demand anda akan berjaya. Ia seolah olah anda menjual air mineral di bandar yang berada di padang pasir. Mereka mahukan air,jadi mereka akan beli dari anda. Simple je kan?

Baru ni saya ada seorang kawan yang kol, katanya dia nak buat side income dengan supply batik,songket dari Terengganu kat KL. Saya pun jawap, ko nak wat side income atau no income? Saya tanya la dia dah ada buyer dan buat survey? Katakanya tidak. Nanti jadi la no income sebab untuk buat trading sedemikian,kenalah mempunyai buyer terlebih dahulu baru la boleh supply. Jika tiada buyer, anda menempah kerugian. Anda boleh supply tapi tiada demand. Inilah kesilapan yang berlaku kepada usahawan yang gagal dalam perniagaan mereka.

Untuk berniaga ianya mudah. Tapi untuk berjaya anda memerlukan perancangan terlebih dahulu. Fail to plan is a plan to fail. Mungkin ada yang mengatakan dia boleh jual aiskrim kat orang eskimo.Takde masalah untuk jual apa pun. Namun sebanyak mana yang mampu dijual jika tiada demand/permintaan? Anda mungkin boleh menjualnya sekali tetapi orang takkan beli dah lain kali.

Kalo perniagaan internet kita mempunyai tools untuk mengetahui apakah yang orang cari namun bagi perniagaan offline anda perlu survey sendiri. Caranya anda mendekati la usahawan yang terlibat & tanya apa yang mereka mahukan. Kemudian anda supply apa yang mereka mahukan. Jadi anda boleh buat duit kerana permintaan dah ada. Anda hanya perlu sediakan apa yang mereka perlukan. That’s all.

Harap post ini membantu mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan samada offline atau online.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 7 Responses to “Kajian Pasaran Sebelum Memulakan Perniagaan”

  2. By SyedHafidz on Nov 28, 2007 | Reply

    Saya setuju dengan pandangan Abb Sham..
    Kajian pasaran sangat penting sebelum mmulkan perniagaan..
    tak guna kalau ada produk yang hebat2 tp takda yang nak beli..

    ps: jangan jual air kelapa kalau kat kampung 2 setiap rumah ada pokok kelapa..
    =0

  3. By koibito on Nov 28, 2007 | Reply

    betul tu sham….kita harus jual mengikut situasi dan keadaan…kajian pemasaran dan permintaan itu penting dalam menjayakan perniagaan kita terus hidup.

    Mungkin pasaran itu dah ada…tapi tak kena pula dengan langkah promosi…so segalanya perlukan kajian dan usaha berterusan…

    p/s : kat rumah aku pokok kelapa masih belum berbuah…so saya belilah dari orang lain..he he
    gurau je syedhafidz

  4. By kita on Nov 28, 2007 | Reply

    ermmmm..betul kata sham kebanyakan orang kita berniagan pakai hentam….apa yang dia orang nampak hanya duit-duit sedangkan mereka apa yang mereka bakal hadapi…..

  5. By Han on Nov 28, 2007 | Reply

    betul tu sham…
    nak berniaga kena buat R&D dulu…
    kalau tak rugi besar…

    kalau berniaga kecil2an tak pe lah kalau dia sanggup terima risiko tu…hehe

    han

  6. By hafiza on Nov 29, 2007 | Reply

    memang penting untuk membuat rujukan pasaran dahulu sebelum memulakan perniagaan. kene cari potential buyer dahulu sebelum kita pergi lebih jauh lagi

  7. By zuhairy on Nov 29, 2007 | Reply

    saya pun berminat gak bila nak buat promosi melalui cara berbayar ni. tapi duk tengah cari tempat yang sesuai. kadang2 ada tempat tu memang ramai visitor. tapi targeted buyer kurang, ataupun tak ada. susah gak tu. Mungkin sham ada tips nak atasi masalah ni?

  8. By sham on Nov 29, 2007 | Reply

    belum cuba belum tahu..Kene test satu per satu,then baru kita tahu kat mana yang berkesan..

    Kita juga boleh kaji mana silap kita bila ia tak berkesan.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :