Raja Adsense

Pilih Pelanggan Anda

Written on November 30, 2007 – 12:22 am | by sham |

Ebook sebenarnya cara untuk anda membina hubungan dengan pelanggan anda. Namun jangan kecewa kerana sebagus mana pun anda memberi layanan pasti ada yang tak sukakan anda dan cara anda. Jika anda jujur dalam bisnes anda, abaikan mereka. Jika golongan ini meminta refund, refund sahaja.

Adakalanya anda perlu memilih pelanggan anda. Tiada guna anda luangkan masa untuk mereka yang tidak mahu belajar sendiri & ingin disuap. Ada yang mempertikaikan RM50 yang dibayar untuk ebook. Sepatutnya saya boleh caj lebih daripada itu kerana saya mempunyai Ijazah, kalo diikutkan saya boleh caj RM200 per jam sebagai profesional fee. Namun pasti ada yang tidak menghargai khidmat below standard rate tersebut.

Namun matlamat saya ialah melahirkan lebih ramai penulis ebook dan orang ramai mendapat manfaat daripadanya. Dengan RM50 pun anda boleh mendapat khidmat nasihat daripada saya. Saya tidak kisah untuk membantu jika ikhlas untuk belajar dan tidak mengharapkan orang lain.

Malah ada juga yang mempertikaikan saya menjawap email mereka beberapa patah sahaja sedangkan email mereka berjela jela. Buang masa saya kalau saya reply panjang kerana email mereka tiada isi. Saya pun ada kerja nak buat jadi saya ambil isi penting & reply. Email panjang atau pendek bukan lah isu tetapi isi email berkenaan.

Kenapa nak email berjela jela? Just straight to  the point dah la. Buat apa menghabiskan masa untuk mengoda membodek saya dengan gelaran tuan la, apa la.Saya pun malas nak baca email panjang. Saya lebih suka kalo email simple.Tulis nombor pada pertanyaan,jadi saya pun akan reply berdasarkan nombor tersebut.

Inilah hakikat pelanggan yang perlu anda hadapi. Jika pelanggan anda bermasalah, pecat mereka. Pulangkan wang mereka & delete mereka dari senarai pelanggan anda. Lupakan mereka dan buat kerja anda. Tidak perlu fikir panjang la dengan golongan sebegini. Ia hanya membazirkan masa dan tenaga.

p/s:Fuh, saya just pecat seorang pelanggan saya. Degil & tak nak belajar sangat. Tidak guna jika anda menghargainya jika tidak menghargai usaha anda untuk membantu mereka..Hohoho

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 10 Responses to “Pilih Pelanggan Anda”

  2. By SyedHafidz on Nov 30, 2007 | Reply

    Istilah baru tu, pecat pelanggan..heheh
    Walaupun saya tak pernah menghadapi keadaan begitu, tapi saya pasti suatu hari nanti akan hadapi juga.
    So, kenalah bersedia.
    Bukan senang nak memuaskan hati semua orang. Asalkan kita dah berikan yang terbaik itu sudah memadai. Jangan layan sangat dengan mereka yang mengada2 dan hanya nak disuapkan sehaja.
    Nanti naik lemak lak..-)

  3. By hafiza on Nov 30, 2007 | Reply

    jika kita sudah mempunyai ramai pelanggan, memang tak salah jika memecat pelanggan yang bermasalah. agar dapat dijadikan pengajaran buat mereka

  4. By sham on Nov 30, 2007 | Reply

    ada skit pun boleh pecat kerana orang mcm ni skit je..just 1% dari pelanggan kita.

  5. By JimieRay on Nov 30, 2007 | Reply

    Memang perniagaan online dengan offline tetap ada cabarannya. Kerenah pelanggan tetap ada, cuma kita yang pelu pandai hadapinya, kadang2 memerlukan ketegasan seperti yang Sham lakukan.

    Sham, dapat tak email saya semalam?

  6. By sham on Nov 30, 2007 | Reply

    Jap jimiey saya sent…:)

  7. By narutohitam on Dec 1, 2007 | Reply

    Pecat je kalau tak makan saman sangat. Kang bagi saman bising plak dia..

  8. By Han on Dec 1, 2007 | Reply

    slmt pagi sham,
    ni yang saya suka membeli dgn sham ni…hehe
    support NO 1 saya bagi…haha

    han

  9. By kita on Dec 1, 2007 | Reply

    lumrah manusia katakan.rambut sama hitam tapi hati lain-lain.Begitulah umpama manusia yang boleh digambarkan.So pandai-pandai kita lah untuk mengatasi masalah mereka ini.sekadar pandangan.

  10. By waka on Dec 1, 2007 | Reply

    huh…ingatkan tadi nak pecat pekerja atau pun kontraktor ke, rupanya sekarang ni pelanggan pun kena pecat wah wah kira dah macam terbalik la plak, tapi kalau dah buat pening kepala elok gak dipecat ajer hehe

  11. By sham on Dec 2, 2007 | Reply

    Susah nak puaskan hati semua orang..ada jugak yang suka maki maki la,buat tak tahu jela..seeloknya anda delete email tu..kalo tak delete pun tak apa..kena keras hati skit la..:p

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan