Raja Adsense

Archive for November, 2007

Dah Baca Ebook RajaAdsense tapi….

Friday, November 23rd, 2007

Oho…Saya menerima satu email yang cukup lawak semalam. Ada orang yang pernah baca ebook saya tapi tak tau nama saya & tanya saya muslim atau tak? Mulanya nak gatal tangan jugak nak reply.Last last tak jadi, buang karen je kalo reply.Saya cam email pelanggan saya. Jadi kalo yang terhilang link download, saya tak cek rekod pun sebab saya rasa dah penah tengok email & terus resend link.

ni ha email tu..dia reply autoreponder saya.

baik sahaja, boleh saya tahu nama awak?
saya dah baca buku itu, cuma belum ada masa ja nak wat blog.saya mmg berminat untuk mmbuat blog.tapi saya berharap dapat kiranya awak abntu saya nanti.semoga kita leh bersahabat.
sekian….
adakah anda muslim?

Ni mesti kes dapat ebook haram aritu kot. No komen la saya.huhuhuhu.

Just tertanya tanya dah berapa banyak dah orang baca ebook tu samada yang beli atau secara “tak” beli. Rekod saya just ada dalam 1k lebih je. Sebenarnya ia lebih banyak kalo dikira dari yang pirate dulu dulu.

Jujur Kunci Kejayaan dalam perniagaan

Thursday, November 22nd, 2007

Buat mereka yang ingin berniaga tidak kiralah samada online atau offline. JUJUR adalah perkara yang penting. Mungkin ada yang mengatakan nanti ada yang tikam belakang plak kalo jujur sangat. Salah tu. Walaupun ada yang akan menipu,teruskan sikap jujur tersebut.

Orang Islam dahulu berjaya kerana mereka semua berniaga secara jujur.Ia menyebabkan orang membeli dari mereka tanpa rasa ragu ragu. Sales pun meningkat.Ia juga patut diamalkan oleh kita semua. Berterus terang jika ada yang tidak elok pada barangan anda.

Ebay.com bermula apabila owner dia jual barang rosak. Dia nyatakan barang tu rosak,namun ada jugak orang beli. Lepas tu dia terus kol kenapa orang tu beli walaupun dia nyatakan benda tu dah rosak.Rupanya pembeli adalah pengumpul barang rosak. Itulah bukti orang jujur pasti berjaya.

Anda jujur orang akan percayakan anda.Mereka tak kisah untuk berurusan dengan anda.Jika ada orang yang terbayar lebih, pulangkan kembali.Nyatakan kepada mereka bahawa mereka terlebih bayar & anda pulangkan duit lebih. Ia akan mengubah persepsi orang kepada anda.Mereka akan bercerita kepada orang bahawa anda jujur dalam perniagaan anda. Jadi lebih ramai orang akan membeli dari anda.

Saya harap semua usahawan internet jujur,takde yang menipu. Golongan penipu ini yang merosakkan industri yang cuba kita bangunkan.Orang dah mula sedar akan potensi perniagaan internet.

support

Access Internet Wireless Broadband saya kat rumah.

p/s:Gambar atas tu bila online kat rumah. Esok saya balik Terengganu kejap bagi menghadiri kenduri kawin anak sepupu saya. Maybe saya akan bawa PC saya kot.

Jangan Harap Promosi Percuma sahaja

Wednesday, November 21st, 2007

Salam Usahawan buat sahabat sekalian.

Ini adalah tips buat mereka yang baru berjinak jinak dalam perniagaan internet. Jika anda ingin menjual sesuatu tidak kira la samada produk digital atau fizikal, support after sales adalah sangat penting. Ia akan membuatkan samada mereka membeli dari anda 1 kali sahaja atau terus membeli produk anda yang akan datang.

Kebanyakan pembeli dari Ebook RajaAdsense membeli Ebook PenulisEbook. Itulah hakikatnya. Malah ada setelah membeli ebook RajaAdsense, mereka bertanya saya jual ebook apa lagi sebab mereka nak beli. Untuk pasaran Malaysia saya ada 2 ebook sahaja yang dah lama.

Menjelang 2008, saya akan lancarkan ebook terbaru saya yang bukan dari Niche Internet marketing. Ada yang bertanya kenapa saya lari dari niche saya. Jawapannya, saya mesti tulis kerana jika tidak, tiada orang menulis tentang topik tersebut. Mungkin kemahiran saya adalah menulis, jadi saya menulis.

Dalam masa yang sama, saya juga menulis ebook baru yang dalam niche saya. Saya nampak ramai IM newbie mengabaikan perkara ni iaitu promosi. Saya menerima agak banyak call yang bertanya tentang bagaimana untuk promosi produk mereka. Terlalu banyak cara untuk promosi sebenarnya.

Saya hanya cadangkan mereka iklankan di Cari dan direktori iklan yang lain. Mereka juga boleh lakukan Blog marketing sebagaimana Zul Smartusaha lakukan. Cara lain anda boleh iklan di akhbar online. Jika di berita harian, rate 1 minggu adalah RM150 untuk iklan text. Jika banner kecil, RM420 seminggu.

Kebanyakan usahawan intenet yang baru terlalu bergantung kepada iklan secara percuma. Ia sebenarnya sangat perlahan sebab ia adalah percuma. Jika anda inginkan hasil yang banyak. Laburkan dalam iklan. Iklan saya akan keluar di Harian Metro bermula 24hb ni ke 2hb Disember. Saya sedang menguji keberkesanan iklan jenis baris kat sana. Harganya RM52.50 sehari kerana iklan saya 5 baris. Nanti anda cari la ye kat Harian Metro.

Target seterusnya ialah Sinar Harian. Nak uji respon rate pembaca akhbar tabloid tu pulak.Ia lebih murah.Apa yang nak diuji ialah adalah pembaca mereka melihat iklan. Untuk iklan di akhbar offline, jangan Iklankan url sahaja. Kenapa? Pembaca offline takkan boleh terus tengok laman web anda.Mereka akan lupa setelah melihatnya. Jadi penyelesaiannya bagi masalah ini, saya masukkan SMS untuk membuatkan mereka “BERTINDAK” segera sebelum melayari laman web kerana mereka takkan lupa selagi sms berkenaan tidak didelete.

Sebab itulah saya laburkan wang untuk membeli Aplikasi SMS. Pembaca Harian Metro contohnya melebihi 2 juta orang setiap hari. Bayangkan hanya 10% yang respon & sms. Dari sms tersebut saya redirect ke laman web jualan. Daripada jumlah tersebut, 1% beli ebook. Ini cara promosi yang saya sedang uji sekarang. Ia adalah kaedah pemasaran hybrid iaitu gabungan sms+im+surat khabar.

Kempen Adwords saya pulak bagi PenulisEbook.com, 38 klik dengan 8 daripadanya membeli ebook. Conversion ratenya adalah 21.05%. Anda boleh lihat dibawah:

iklan

Kos saya? Hanya RM1 je sehari. CPC pulak just RM0.05.Jadi dengan RM1.90 saya dapatkan RM400. Ha..Ajaib bukan? Dengan RM2 saya tukarkan menjadi RM400. Tak tipu ye. Ini bukan silap mata.Inilah potensi sebenar perniagaan internet khususnya perniagaan ebook.

Jadi kenapa anda takut untuk keluarkan sedikit bajet untuk promosi dan pengiklanan?Anda patut belanja sekurang kurangnya 20% daripada pendapatan anda untuk iklan. Kalo anda dapat RM1000, jadikan RM200 untuk iklan. Bajet iklan dan promosi saya ialah RM500.Saya gunakan untuk testing kat tempat berlainan.

Untuk pegiklanan offline,saya baru sahaja nak test.Jadi saya tak boleh beri keputusan lagi tentang respon pembaca surat khabar ni. Kalo “meletup” saya akan kongsikan disini. Kalo gagal pun saya kongsi gak.Harap harap tak gagal la.:P

Kesimpulannya, gunakan iklan berbayar untuk impak yang maksima!

Self Improving

Monday, November 19th, 2007

Pejam celik dah nak masuk 2008. Cepat betul masa berlalu. Dah siap perancangan 2008 anda?

Saya pulak ada beberapa yang saya nak improve untuk 2008 antaranya:

  1. Public Speaking; “I may a good writer but not a good speaker.”:p .Orang pernah jumpa saya tau la..
  2. Cari Mentor; Dah jumpa dah sorang & nak cari lagi.
  3. Communications Skill; kalo ada seminar pasal ni,saya nak pergi, NizalTalk dah takde ke ek?
  4. Buat apa yang saya tahu tapi tak buat; banyak…benda baik je tau.:p

Itu apa yang saya nak improve.Ini adalah untuk menjadikan saya seorang yang better person la. Anda bagaimana?

Saya bukan nak jadi seorang IM je. Dok depan pc buat keje tak jumpa orang semua email je. “Real business need you to meet real people! “.

SMS sebagai pendapatan tambahan dari IM

Sunday, November 18th, 2007

Apa habaq semua?

Seperti tajuk diatas, anda dapat bayangkan bagaimana anda membuat duit dengan SMS? Ini bukan jual prepaid tau. Think outside the box skit. SMS adalah antara cara komunikasi paling terkenal di Malaysia. Malah jauh mengatasi email sebab ramai yang tak tahu email.:P

Bila cakap pasal SMS, rasanya hampir semua orang tahu. Malah banyak singkatan yang digunakan tapi masih kita faham. Contohnya:

Saya – sy, awak -awk,wak & etc…

Boleh dikatakan banyak la singkatan yang digunakan tapi difahami oleh semua orang. Pelik tapi benar! Bagaimana pulak nak buat duit dengan SMS ni? Terdapat beberapa cara sebenarnya.

  1. Jual Barang
    Anda boleh jual barang dengan SMS tau.Ia dipanggil reverse billing. Orang nak beli,sms dan duit akan dipotong dari kredit orang yang request tu la. Sebagai IM, produk digital sangat sesuai seperti gambar,video,audio dan sebagainya. Contohnya saya gunakan untuk penerangan takaful iaitu di RahsiaTakaful.com. Saya gunakan satu aplikasi yang dikenali IOD atau information on demand dimana saya boleh caj sekali sahaja iaitu setiap kali orang mintak atau request.  Banyak yang boleh dilakukan dengan IOD ini. Anda boleh dapatkan Buku buat Duit Dengan SMS bagi mendapatkan gambaran jelas tentang aplikasi ini.
  2. Subcription
    Yang ni yang paling saya suka & saya akan gunakannya nanti. Saya bercadang untuk membeli aplikasi ini bagi menarik subcriber.Jika internet marketing,kita kumpul email sebagai list. Dalam SMS, kita kumpul no telefon. Ini bukan ambik no telefon orang & masukkan dalam sistem tau. Tak boleh buat mcam tu.Aplikasi subcription ini biasanya akan dimulai dengan ON,REG,DAFTAR atau REGISTER. Kalo yang paling terkenal ialah guna ON la.Kalo kat TV kita dah selalu tengok ON KAWAN,ON PANAS,ON CINTA dan sebagainya. Ia adalah subcribe. Owner aplikasi ni boleh caj subcriber mereka selagi mereka tak UNSUBCRIBE. Macamana nak unsubcribe? Just taip STOP CINTA hantar ke nombor short code mereka contohnya 37299.Shortcode adalah 5 angka. Sekali lagi anda boleh dapatkan Buku Buat Duit dengan SMS jika ingin tahu lebih lanjut tentang model perniagaan ini.

Ini adalah 2 aplikasi yang sesuai yang boleh digabungkan dengan perniagaan internet. Saya kini mengunakan aplikasi IOD dengan keyword saya adalah GWE. Saya boleh cipta subkeyword unlimited. Ia seolah olah sub domain la dalam perniagaan internet. Sebagai contohnya:

Keyword = GWE

Subkeyword= TAKAFUL, EBOOK, MBB; saya boleh create subkeyword bagi setiap produk. Ia boleh digunakan untuk tempahan produk & saya boleh caj orang bila orang booking. Sebenarnya ia boleh membantu anda untuk melihat ia adalah serius buyer atau tidak.

Contoh pendapatan IOD:

1 SMS terima = RM1; (max RM5, min 0.30)

Anda caj RM1,jika 1000 orang membeli/ request dari anda.Anda akan mendapat sekurang kurangnya RM300. Itulah pendapatan bersih setelah ditolak caj telco & gateway. Ia adalah jumlah yang telah ditolak cukai ye.

Jika anda kreatif, ia boleh digunakan untuk meningkatkan sales anda. Kerana tidak semua orang ada komputer,untuk memudahkan orang ingat site anda.Buatkan setiap pelawat laman web anda sms & url laman web anda akan sentiasa ada didalam HP mereka. Jika mereka tak delete,pasti mereka akan melihatnya lagi & beli produk anda.

Inilah yang digunakan oleh syarikat syarikat besar.Anda pun boleh lakukannya.

Apa yang paling penting ialah promosi,promosi,promosi… Tanpa promosi anda tidak akan berjaya.

Jika anda ingin sewa sub keyword dari saya pun boleh. Saya boleh setupkan sub keyword kepada anda kerana saya ada akaun aplikasi IOD.Maknanya jika orang request, mereka akan menerima maklumat tentang produk anda. Anda berminat?

Kalo nak beli sendiri pun takpe & anda akan dapat duit dari setiap SMS yang dihantar. Namun,jika tiada modal besar, anda boleh gunakan sub keyword saya. Saya just berikan cadangan kepada anda.

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :