Archive for November, 2007
Friday, November 16th, 2007
Tahniah buat mereka yang telah mendapat komisen masing masing.Nampaknya Zul Smartusaha kembali menjadi Top Affiliate setelah baru ni di pintas oleh Naem DiariAdsense. Nampaknya Zul dapat lebih dari RM200 daripada RajaAdsense.com dan PenulisEbook.com.
Pembaca Smartusaha memang responsive. Salute la Zul. Zul just promote affilita hanya dari Blog beliau je. Kalo nak jadi macam Zul, Dapatkan la Blogger Kit dari beliau.
Anda pulak bagaimana? Kalo siapa nak join sila daftar affiliate di http://www.rajaadsense.com/agen/
Semoga Berjaya!
Posted in Berita | 12 Comments »
Friday, November 16th, 2007
Adus..Slow sungguh internet hari ni. Kalo siang tadi, online 2,3 minit putus. Saya nak upload benda pun tak boleh. Satu lagi sekarang masalah nak convert fail pdf. Susahnya kalo takde software yang support windows vista. Rindu plak kat PC saya kat rumah.
Dengan PC tu dah banyak berjasa. Walaupun tak sampai lagi 1 tahun.Kat rumah ada 2 PC yang boleh saya guna.Kat sini,just laptop yang menjadi teman ke mana saja saya kat sini.
Ingat nak format laptop ni ke windows XP je.Tapi malas plak nak transfer fail. Jalan lain dengan balik ambik PC jela. 2 minggu depan sepupu kawin,so balik Terengganu jap.Kalo rajin,angkut cpu ke sini.Kalo malas, wat keje kat rumah mcm convert semua ebook yang dah siap je.
Susah jugak la kalo dengan Vista ni. Untuk Vista just dengan Adobe Profesional 8.0 yang baru je boleh convert sebab versi sebelum tu error printing je. Menyampah pun ada…Tak best la dengan Vista.Menyusahkan walaupun banyak benda yang improve tapi banyak software yang tak support.huhuhu
Posted in Berita | 4 Comments »
Tuesday, November 13th, 2007
Hohoho..Rasanya ramai yang jeles kalo tahu proton sebenarnya hebat gak. Cuma entah kenapa diorang tak tunjukkan. Gambar ni adalah dari tahun 2005 dimana kereta direka khas untuk Pak Lah iaitu Perdana Menteri ke 5. Sebab tu plat dia PM 5.Memang cun. Ia ala Lotus Elise skit. Rasanya diorang guna teknologi Lotus kot. Ia dihadiahkan kepada Pak Lah bila rasmi kilang Proton Tanjung Malim.
Peminat kereta sport pasti teruja. Saya pun.Bila kali pertama tengok, fuh dashyat gak proton ni ek. Tabik Spring la kat diorang. Walaupun ia special edition punye khas untuk PM je. Kalo komersilkan, orang tak pandang kat Ferari dah. Inilah hasil anak tempatan.





Ia adalah lebih kepada kereta konsep je. Tak tau la leh jalan ke tak. Sebab kereta konsep biasanya guna untuk display je. Saya sangat suka design dia. Kalo tak dapat ferari pun , dapat mcam tu pun dah cukup. Just sharing.
Sokong la kereta nasional. Iklan skit. Cayalah Proton.
p/s:Kalo proton betul betul keluarkan kereta macam tu, saya pun nak dapatkan satu tapi tunggu jadi jutawan dulu la.:p .
Posted in Uncategorized | 12 Comments »
Monday, November 12th, 2007
Bila surf punya surf kat tenet. Terjumpa la gambar ni. Kalo betul tu design saga baru, fuh mesti ramai yang tempah. Design dia lain dari model sebelum ni. Ia nampak “besar” skit.


Amacam?
Tak tau la ia adalah super impose je. Tapi saya agak suka dengan design dia.
Posted in Uncategorized | 8 Comments »
Monday, November 12th, 2007
Tadi saya separuh hari saya merayau mencari buku untuk menambah sedikit ilmu yang ada. Setelah hampir 3 jam di Popular kat Ikano dan hampir 2 jam di Borders The Curve, saya telah terbeli la 2 buku ni. Nasib baik la dekat je. Saya pernah ke MPH kat One Utama,saya jadi blur kerana terlalu banyak buku & raknya tinggi tinggi. Tak jadi cari buku sebab saya blur. Saya lebih suka konsep Popular berbanding MPH, kalo bandingkan Borders dan Popular…Saya sukakan kedua duanya sebab senang nak cari buku.

Bukunya ialah Science of Getting Rich dan The Secret. Rasanya ramai yang dah baca buku ni. Saya belum baca lagi jadi tak boleh nak review lagi. Saya sebenarnya sedang target nak beli buku Blue Ocean Strategy tapi saya beli buku lain. Harga 2 buku ialah RM85. Kalo nak beli buku Blue Ocean Strategy harganya RM118.80 kalo tak silap. Tapi kalo ada kad Popular leh la diskaun 10%.
Rasanya saya kena habiskan 2 buku itu dulu sebelum beli buku Gelombang Biru tu..Saya tengah cari yang versi Indonesia tapi out of stock. Yang dalam Bahasa Malaysia dalam proses translate kot sebab saya tengok kat laman web dia akan ada buku Blue Ocean dalam BM. Cepat skit leh khatam buku tu kalo dalam BM, kalo dalam english ambil masa skit untuk faham sebab ia adalah berkenaan dengan strategi iaitu Cara Pemikiran kita.
Antara yang gunakan Strategi Blue Ocean ialah Digi,Air Asia dan banyak lagi yang mengaplikasikan konsep ini. Malah dalam GLC juga mula diserapkan strategi ni. Jadi buku Blue Ocean akan jadi whishlist saya untuk saya beli bulan depan.hohoho.
Posted in Berita | 4 Comments »