Archive for December, 2007
Sunday, December 30th, 2007
Kesemua produk saya iklan dengan Adwords.Hanya sesetengah saya setkan hanya untuk for search dan ada yang saya set for content & search. Namun terdapat beberapa triks bagi menghasilkan iklan yang berkesan yang membuatkan orang klik.Sesetengah iklan menghadkan jumlah perkataan seperti Adwords.
Ia menjadi satu cabaran untuk menghasilkan iklan yang menarik minat orang. Saya membuat beberapa group iklan agar dapat mencari iklan yang mana yang berkesan. Ada yang saya buat straight to the point dan ada dalam bentuk lain. Ini adalah salah satu iklan saya.

Nampanya RinggitHit pun mengunakan keyword yang sama dengan saya. Cuba lihat pada iklan tu, ada tanda R atau Registered…hohohoh
Seperti yang saya nyatakan banyak kali dah.Kos pengiklanan bergantung pada bajet kita.Jika bajet RM30 sebulan,jadi setkan RM30 sebulan. Walaupun saya mempunyai bajet kat Adwords RM100 tetapi tak pernah sampai RM100 pun lagi setakat ini. Tapi apa yang kita iklankan itu balik modal la.
Jangan meletakkan seribu satu alasan untuk tidak iklan seperti saya newbie lagi,takut rugi la, saya tak pandai la & pelbagai alasan lain. Saya menyeru orang guna adwords ni agar lebih banyak iklan berbahasa Melayu. Jadi blogger dalam BM pun ada iklan yang keluar kalo diorang letak Adsense.
Ia adalah win win situation.Dalam PPC, anda bayar setiap klik menerusi mereka.Kalo takde klik,tak kena bayar. Kalo set 4sen per klik,jadi 4 sen la kena caj pada hujung bulan.Bukan on the spot kena bayar.Ia akan ada jumlah terkumpul dan akan dicaj pada hujung bulan.Jika Adwords,anda akan dicaj pada 18hb ke 24hb.
Apa yang anda perlukan ialah Kad Debit.Saya sarankan anda gunakan Kad Debit Public Bank,AmBank Next G, Aliance Bank. Kad Debit dari ketiga tiga bank ini boleh digunakan untuk pembayaran secara online. Anda topup la kad debit tersebut mengikut perbelanjaan anda untuk iklan.
Mudah je. Nanti saya akan terangkan bagaimana untuk membuat iklan yang berkesan dengan PPC. Jadi lawat la selalu blog ini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Pengiklanan, Perniagaan, Promosi | 10 Comments »
Sunday, December 30th, 2007
Ha..Nak tengok Teaser AkademiSMS yang telah dibuat oleh sahabat saya Irwan Dahnil? Tengok kat bawah ni ha..
Dapatkan Ebook Buat Duit Dengan SMS Sekarang!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita | 8 Comments »
Saturday, December 29th, 2007
Ok.Berikut adalah satu alternatif kepada blogger Malaysia untuk buat duit. Advertlets dan NuffNang saya percaya mereka akan terus berjaya.Tetapi GrabMyAds dan NuffLets ni saya agak ragu kerana mereka hanya peniru kepada advertlets dan nuffnang.Dalam pengiklanan sebegini,perkara yang paling sukar adalah menjadi pengiklan besar.
Tetapi Advertlets dan Nuffnang telah dapat tangkap Digi & Toyota.Jadi mereka dah dapat duit banyak sebab mereka adalah market leader.GrabMyAds ni pun satu, masa launching boleh plak dia p Spam semua orang yang kononnya invitation khas. Oh..Terdesaknya.
Saya takkan join la kalo main spam macam tu. Sebab saya tak terdesak pun.Siap spam ke email saya tu yang saya yang saya geram.Jika begini ia takkan bertahan lama kecuali mereka dapat pengiklan besar seperti maxis atau celcom. Jika mereka dapat tarik 2 “ikan besar” tu baru lah saya join. Saya tahu nature of advertising di Malaysia & bukan mudah nak dapatkan ikan besar untuk iklan lebih lebih lagi bukan market leader.
Advertlets dan Nuffnang dah ada komuniti mereka sendiri. Nufflets pulak klon dan terang terangan nama pun mengabungkan advertlets dan nuffnang. Dia ambik Nuff dari Nuffnang dan Lets dari Advertlets. Tiada keunikan tersendiri kerana hanya meniru. Sama la bila Yahoo meniru program Google Adsense iaitu Yahoo Publisher yang sampai sekarang tak abis lagi versi betanya.Jadi kita boleh nampak kegagalan Yahoo kat situ untuk mencabar Google.
Peniru takkan dapat mengejar atau sama taraf dengan pendahulu atau market leader jika tiada keunikan tersendiri. Ia berlainan dengan kes Google dan Yahoo. Walaupun Yahoo pada awalnya adalah market leader, Google muncul dengan pelbagai kelainanan seperti Toolbar,Adsense,Adword yang pada masa tu Yahoo tak pernah terfikir untuk buat macam tu.
Google terus dapat mengatasi Yahoo dengan keunikan yang tersendiri menyebabkan Yahoo terkebil kebil meniru Google dengan YSM dan Yahoo Publisher. Tindakan Google membeli syarikat berpotensi tinggi seperti Blogger dan Youtube pun terpaksa ditiru oleh Yahoo.Nasib baik Myspace orang lain beli awal awal lagi kalo tak ia akan jadi rebutan.
Begitu jugak penyedia pengiklanan di Malaysia. Jika tiada keunikan tersendiri, susah nak hidup lama.Kecuali mereka bina komuniti terlebih dahulu.Contohnya Cari.com.my kalo buat perkongsian pendapatan pengiklanan, saya adalah antara yang akan sertainya. Mereka ada komuniti mereka yang boleh menjadi pengiklan.Malah saya pun akan jadi pengiklan mereka.
Itulah adalah pendapat saya je.Bukan nak tak nak sokong buatan Malaysia.Just menegur agar mereka membuat kelainan dan keunikan tersendiri. Itu je.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Idea, Kesilapan, Pengiklanan | 8 Comments »
Wednesday, December 26th, 2007
Iklan memainkan penting dan perniagaan.Jika dalam perniagaan internet perkara yang sering menjadi pertanyaan ialah bagaimana untuk dapatkan traffik ke laman web. Terdapat 2 cara iaitu percuma(slow) dan berbayar(komfirm). Anda boleh pilih samada untuk guna yang free yang sudah tentu akan ambik masa & perlahan atau dengan berbayar yang sudah tentu trafik yang cepat dan pasti dapat.
Sebab itulah saya sarankan agar anda tidak bergantung kepada trafik percuma kerana ia adalah pasif. Jika anda ingin trafik yang yang banyak ialah dengan kempen berbayar la. Jutawan Internet kebanyakannya mengunakan trafik berbayar bukan sebab mereka ada duit tetapi sebab ia efektif.Ia pasti dapat menjana trafik.Wajib dapat pelawat kelaman web mereka,bukan sunat ye..:p
Sebagaimana saya tunjukkan sebelum ini dimana kos saya dalam PPC adalah hanya RM1.90. Namun, hasil yang saya dapat ialah RM400.Lumayan bukan? Setiap perniagaan perlukan pengiklanan. Tanpa iklan perniagaan tidak akan berjaya. Sebab itulah syarikat besar mcm Digi iklan gila gila orang kuning dia. Dalam iklan pulak ditambah dengan mesej bahawa mereka sedang mengukuhkan kedudukan mereka.Secara psikologinya orang akan percaya bila mereka sering melihatnya setiap hari.
Saya rasa Digi sangat jarang buat iklan mengutuk competitor diorang sebagaimana celcom & maxis. Biasanya mereka membuat perbandingan dengan warna tema masing masing. Saya memang kagum dengan cara Digi, begitu juga dengan cara AirAsia. Strategi mereka patut diamalkan oleh semua usahawan.
Sebelum memulakan pengiklanan berbayar,anda kena pastikan berapakah kos yang sanggup anda bayar.Jangan terlebih dari jumlah yang anda mampu. Jika anda mampu iklan RM50 sebulan,jadi sebanyak itulah yang anda belanjakan. Bajet saya adalah diantara RM200 ke RM500. Ia bergantung kepada keadaan semasa seperti musim perayaan,cuti dan sebagainya.
Jadi, iklankan perniagaan anda.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Pelan Perniagaan, Pengiklanan | 3 Comments »
Tuesday, December 25th, 2007
Kepada yang tak tengok lagi Cerita Bang Bang Boom yang kenakan Naem DiariAdsense anda boleh lihatnya di
Laman Web TV3
Saya tak tengok pada hari tu.Tapi nasib baik kita boleh tengok online. Kalo saya, dah gelabah gile dah.:p
Apa apa pun, all the best Naem. Ada can jadi pemimpin akan datang.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita | 5 Comments »