Keputusan Iklan Harian Metro
Saya ada iklankan salah satu ebook saya di Harian Metro selama 9 hari yang berakhir pada hari ini. Saya akan test untuk iklan di berita harian online pulak lepas ni.
Hasil eksperimen hibrid marketing ini ialah 70 respon sms & 7 sales.Kos saya ialah RM262.50 yang saya dapat RM350 sepanjang eksperimen ni. Nampaknya ada flow membeli terputus dalam iklan ini. Namun, mungkin ada lagi yang akan beli selagi sms tersebut berada di HP masing masing. Susah jugak tentukan conversion rate ye.
Alhamdulillah balik modal & boleh invest untuk iklan lain pulak.Untuk eksperimen untuk ebook akan datang saya. Untuk tahu hasil kena la test sendiri. Tak leh buat teori sendiri sebab bila keadaan dunia sebenar adalah berlainan. Namun saya membuat sedikit kesilapan tentang iklan baru ini. Pusingan kedua eksperimen akan bermula minggu ni.
Ebook Jimat Duit juga akan dilancarkan Esok. Saya akan melakukan sedikit testing pada hari ini.Namun pakej reseller akan dijual pada 15hb bagi membolehkan saya mengumpul testimoni terlebih dahulu. Saya lebih prefer testimoni daripada real buyer bukan daripada orang yang saya minta review. Jadi nantikan esok.




15 Responses to “Keputusan Iklan Harian Metro”
By Han on Dec 3, 2007 | Reply
slmt pg sham,
bagi saya, saya pun lebih suka testimoni dari review…
sebab testimoni ni dia yang guna sendiri…
kalau review, boleh reka2 sikit kot…hehe
han
By megat on Dec 3, 2007 | Reply
betul tue.
testimoni merujuk kepada perbuatan menguji (‘testi’) tentang sesuatu. mungkin ia lebih realistik.
By smartzul on Dec 3, 2007 | Reply
Sham. Saya suka statement Sham yg menyuruh ‘test’ (track) sendiri marketing campaign tu. Tak ramai IM yg buat tracking untuk apa-apa usaha promosi mereka. Lastly, tak tahu teknik mana yg berkesan atau dalam istilah lain, ‘lubuk keuntungan’.
Bila sebuat bab tracking ni, masing2 kena buat sendirilah sebab lain produk, lain dia punya result (sebab target market berbeza).
By Maizul on Dec 3, 2007 | Reply
Saya cari jugak di akhbar metro iklan sham tu. tapi tak jumpa pulak. Akhbar semalam… bahagian mana ye?
Hari ni puya metro pun ada baca tapi tak perasan kat mana iklan tu.
By sham on Dec 4, 2007 | Reply
Iklan saya habis pada 2hb disember baru ni..
By naem on Dec 4, 2007 | Reply
en sham,maaf sebab nak tanya 1 soklan..saya selama ni terkebelakng banyak sebab lembapnye internet kat kampung..hoho..
gini, yang 70 respons sms tu en sham guna IOD jugak ke? maksud saya orang yang sms tu akan dicaj utk setiap sms dia tu..
kalau macam tu,untung lagi menguntungkan..ye tak?
By sham on Dec 4, 2007 | Reply
A’ah.guna iod jugak..saya caj rm1 je per sms.
By naem on Dec 4, 2007 | Reply
maksudnya RM70 le hasilnya..wow! bestnye…oh ya,en sham,ini pengiklanan offline kan? en sham, saya terfikir dan pada pandangan saya mengiklan di majalah tentu lebih fokus dan niche dengan produkkan.apa pendapat en sham?
By sham on Dec 4, 2007 | Reply
majalah lagi bagus untuk iklan.. sebab dia monthly.lagi satu orang tak buang majalah..jadi orang akan sentiasa tengok la iklan kita tu & peluang untuk diorang join/beli sangat tinggi.
By naem on Dec 4, 2007 | Reply
kalau macam tu, saya boleh buat survey untuk pengiklanan di majalah pula. En sham ada buat perbandingan tak ( list)harga iklan antara setiap akhbar tempatan? saja tanya je..
apapun,terima kasih sudi beri jawapan..
By sham on Dec 4, 2007 | Reply
Ada..saya tengah dapatkan semua list harga media.. tv,radio,surat khabar & majalah.
By saiful on Dec 4, 2007 | Reply
yang penting bila promosi mesti balik modal.. tak gitu sham?..he he…org berniaga mestilah pk untung..kalau tak pk untung takyah berniaga la..
By RajaAffiliate on Dec 12, 2007 | Reply
Saya rasa percubaan Abg Sham memang berani..
Tak sangka agak menguntungkan jugak ek..
Kadang2 saya terfikir & berkira2 gak, untung ke tak iklan di surat khabar ni…
Coz saya rasa orang bukan nak tengok sangat kat ruangan iklan tu…
saya sendiri pun tak bape tgk kat iklan bila bace paper…
hmmmm
By sham on Dec 12, 2007 | Reply
Walapun iklan dah tamat, tapi still ada orang request sms.. sekarang dah jadi 90 lebih…huhuhu..ada jugak orang jenis baca surat khabar lama…:p
By danishah07 on Oct 17, 2011 | Reply
berita baik kepada orang awam,sesiapa tidak dapat membayar kanderaan mereka saya sedia menyelesai kan masalah tersebut,harap maklum,saya menubuhkan syarikat penyelesaian masalah,kami sedia membantu anda di luar sana….sesiapa terbaca iklan saya dan ingin, saya membantu anda sila email kan di zullbinhariszull@yahoo.com….sekian terima kasih….