Iklan Saya..
Ada orang tanya mcmana iklan saya kat Harian Metro baru ni. Jadi saya pun scan la untuk tatapan semua. Iklan saya biasa je. Sebab ia adalah eksperimen je. Nak tengok keberkesanan iklan baris. Saya sangkakan tiada respon sebab saya pun jarang tengok kat iklan kecuali kat setion jawatan kosong.hohohoh.. Tu dulu la..:p
Wah..Besar je saya scan kat situ..Hohoho…Minggu depan saya test iklan Berita harian online plak untuk PanduanJimat.com dan PenulisEbook.com. Nak tengok respon ke atas produk pulak. Konsep randomizor cukup panas kat sana. Saya nak tengok samada produk digital laku atau tak kat sana.
Satu lagi saya nak test, adakah hari mempengaruhi orang membeli? Of course la hari dapat gaji..hohohoho.. Kakitangan kerajaan dapat gaji 13hb kot bulan ni. Kita tunggu dan lihat pulak keputusan iklan ni.
Satu lagi tempat target saya ialah HarakahDaily.net. Adakah pembaca berita disana mempunyai kuasa beli atau tidak. Ia adalah bisnes. Bukan sebab politik ye..:p.
Eksperimen ini semua akan di ebook kan nanti. Jadi anda boleh tahu tempat mana dan cara bagaimana yang berkesan untuk iklankan produk anda. Tahun 2008 akan jadi tahun yang paling banyak saya keluarkan ebook nanti. Target 2008 juga,buku pertama dari saya..hohohoho
Nasihat saya,kalo berniaga kena lah iklan…:)
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







10 Responses to “Iklan Saya..”
By koibito on Dec 5, 2007 | Reply
tahun depan boleh kot cuba-cuba untuk iklankan produk sendiri macam sham buat ni…
manalah tahu boleh tambah pendapatan..he he
By naem on Dec 6, 2007 | Reply
Tahniah en sham..mudah2ah bertambah melimpah ruah rezeki en sham. Suka saya pada cara en sham.. Ramai orang ( termasuk saya ) suka “play it safe”, tapi cara en sham “learn to manage risk” adalah yang lebih baik dalam hal duit ni.
Saya nak ikuti jugak. Maybe saya nak mula dengan perkara yang kecil dulu.Kail saya baru 3 jengkal, jadi ikan besar tentu belum berminat.
By kita on Dec 6, 2007 | Reply
ni musim sham habis-habisan iklan ni…bagi seorang yang dah maju dalam binsess memang boleh iklan macam tu…bagi yg baru menceburkan diri susah sikit lerrr..kena cara zero kos
By sham on Dec 6, 2007 | Reply
Koibito, tahun depan tu tinggal lagi 24hari..hohohoh
kita, saya iklan habis habisan seblm tahun 2008 walaupun saya tahu orang kurang membeli sebab nanti nak buka sekolah..paham paham jela..:p
Tapi saya ada target untuk iklan ni..Saya nak dapatkan hasil eksperimen sebelum 2008 sebab tahun depan saya nak keluarkan ebook psl pengiklanan di media..
By irwan.dahnil on Dec 6, 2007 | Reply
Bagus sham ni
Work your plan bro!
By smartzul on Dec 6, 2007 | Reply
Sham, berapa kali banyak hohoho daa? Hehe.. Hati gembira sebab dah nak kawin ke?
Test dan track ni memang best, tapi perlukan masa dan kesabaran lah. Saya pun ada buat beberapa tracking juga. Once kita tahu kat mana “lubuk”nya dan triknya, just duplicate sahaja setiap masa.
Smg berjaya.
By sham on Dec 7, 2007 | Reply
Ahaks..zul,terpengaruh dengan iklan krismas kot..:p
By RajaAffiliate on Dec 12, 2007 | Reply
wah..tak tahap iklan kat berita online plak..
dahsyat ni..
saya tak berani lagi nak iklan sampai ke situ..
abg sham dah sampai harakahdaily..ada apa2 ke ngan tuan guru ni?
huhuh
p/s: Saya rajin masuk harakahdaily, selalu nampak iklan saifulsham kat sana…
By malaysiancareer on Nov 12, 2008 | Reply
berapa kos untuk setiap iklan di akhbar ?
By sham on Nov 13, 2008 | Reply
bergantung pada surat khabar apa yang kita iklan la. ada yang murah ada yang mahal. Kalo metro, iklan baris mcm tu pun agak berkesan kalo kena cara.