Raja Adsense

Kempen Spam Bermula…

Written on December 7, 2007 – 12:41 pm | by sham |

Saya cukup tak suka bila mana mana IM mat salleh start buat bagi ebook free dapat komisen. Dulu saya pernah jugak promote tapi lepas tu dah fedup dengan marketing mcm tu..Orang download pun bukan nak baca pun. Just nak duit je tu. Email saya pun banyak di Spam. Geram pun ada…

Malah ada yang komen kat sini pun ada spam dok terang kat saya apa yang saya dah tahu pasal ebook tu.Satu tindakan yang BODOH saya rasa dengan cara spamming macam tu. Dia tunjukan kelemahan dia sendiri bahawa betapa terdesaknya sehinggakan sanggup untuk spam sesiapa sahaja demi mendapatkan $0.25.

Kalo perasan,komisen bagi pemasaran ebook free berkomisen dah turun banyak. Kalo dulu $1,$0.50 kini hanya $0.25. Sebab apa, save bajet diorang sebab diorang still dapat list yang sama dengan kos yang lebih murah. Sekarang ni dah berapa banyak “kematian” yang diorang buat dah?Adsense, IM,Network Marketing…

Sebenarnya ada 2 efek benda ni, samada orang sedar atau terus jadi negatif. Contohnya bila kuar Adsense mati, ramai yang anggap tak boleh buat duit dah dengan Adsense sedangkan benda tu tak betul pun. Ia hanya hype untuk dapatkan list. Ia cara yang berkesan, malah dengan iklan adwords kalo yang negatif tu yang paling mendapat paling banyak klik. Ia merupakan teknik terbalik dengan mengunakan kenyataan negatif seperti mati….

Saya dah jangkakan benda ni.Saya akan menerima banyak spam promote benda alah tu.Buktinya saya dah delete kan 7 email promote benda tu kejap tadi.Saya langsung tak buka, just tick email tu & tekan delete. Saya tak minat nak baca pasal network marketing atau MLM ni. Ia bukan niche saya pun. Saya tak nak information overload & menghabiskan masa saya membaca benda yang tak meningkat prestasi saya.

Nilai sendiri la jika anda yang promote tu.. samada ianya untuk komisen atau untuk ilmunya..Kalo komisen, saya gerenti anda langsung tak membacanya.Just download masuk dalam pc & biarkan ia berkarat dalam tu…Ahaks..sorry yang terasa dengan post ni.. Saya hanya menyatakan apa yang saya nampak & alami…

Peace!!!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 15 Responses to “Kempen Spam Bermula…”

  2. By abdfatah on Dec 7, 2007 | Reply

    pulak… malas laah nak promote dah. buat penat aje promote…hahahaa…

  3. By sham on Dec 7, 2007 | Reply

    Bukan apa abdfatah, takut nanti subcriber rasa kita annoying,skit skit promote..

    Lagi satu,kita kena fokus,bukan mcam lalang.kejap Im,kejap MLM,kejap Adsense…promote biarkan kena dengan niche kita pilih..

  4. By koibito on Dec 7, 2007 | Reply

    saya sokong….berfikir cara bijaklah bila nak promo..he he

  5. By Han on Dec 7, 2007 | Reply

    slmt mlm sham,
    saya setuju dgn apa yang sham katakan tu…
    kebanyakkan yang download tu hanya simpan dlm pc je…
    dan satu lagi saya pun tak berapa suka sebab 0.25 saja…hehe
    kalau $1 tu boleh lah tahan…

    han

  6. By saiful on Dec 8, 2007 | Reply

    ha ha ha memang betul pun apa yg kau cakap Sham.. yg penting fokus…kalu buat adsense buat sampai berjaya bukannya kejap2 jadi IM pastu MLM lak…lastly semua tak jadi..ho ho

  7. By sham on Dec 8, 2007 | Reply

    Sebab report kematian adsense, ramai yang percaya dia betul mati & xleh buat duit dah..

    ni menunjukkan bahawa orang download tak baca pun kandungan dia..apa maksud disebalik report tu..diorg just assume dari cover luar je.. ni yang negatifnya..

    kalo download baca & fahamkan takpe la jugak.

  8. By kita on Dec 8, 2007 | Reply

    fuhh memang betul kata sham…saya banyak gak terjerat…tak dapat satu sen pun just2 email spam semakin hari semakin bertambah…

  9. By naem on Dec 8, 2007 | Reply

    ohoho..patut le ada 2 emel dalam inbox saya. Promote tentag report apa ntah..ada kaitan dgn krismas kan? saya tengok je mula2..pastu ..aahhh..malas nak tengok le. Banyak perkara yang boleh saya baca. hehehe..

    niche saya adsense. Cuma dalam hati saya, saya berpendapat menumpukan diri dengan perniagaan sendiri dari adsense lebih menguntungkan. betul tak? adsense ni sampingan je. Kan?

    Ramai yang dapat riban2 tu sebab kandungan web dia hanya utk pengunjungnya.

    oh ya, berbalik kepada tulisan en sham,saya tak berapa faham ttg ayat ni :
    “Ia hanya hype untuk dapatkan list. Ia cara yang berkesan, malah dengan iklan adwords kalo yang negatif tu yang paling mendapat paling banyak klik. Ia merupakan teknik terbalik dengan mengunakan kenyataan negatif seperti mati….”

    saya sedang memahami adwords skang ni. Kalau en sham nak tumpukan ebook ttg promosi berbayar, mungkin saya plak boleh tumpukan pada kempen dengan adwords..hehehe.

  10. By sham on Dec 8, 2007 | Reply

    kalo naem nak explore adwords, naem akan jumpa la kaedah negative keyword tu..

  11. By naem on Dec 9, 2007 | Reply

    buat masa ni saya belum lagi mula mencuba adwords ni. nampak memang best,tapi terpaksa berhati2 dengan ctr yang rendah.Buat masa ni saya agak samar2 dengan kenyataan adsense arbitrage sebab nampak macam kurang menguntungkan.lebih baik ppc utk produk sendiri. ( terkeluar topik ) :-)

  12. By haris on Dec 10, 2007 | Reply

    Assalamualaikum..

    Kali pertama saya membaca pasal negatif kita menyebarkan report ni.hehe..betul jugak kata Sham kita ni kalau nk promote benda tu biarla kena dengan niche kita..kalau tak orang menyampah baca..

  13. By smartzul on Dec 10, 2007 | Reply

    Sham. Hakikat sebenar sekarang ialah…

    Amat sukar dah nak jumpa the true IM “gurus” kat dunia ni. Hatta yg big IM pun asyik hantar emel promosi itu dan ini, siapa tak tensyen.

    Orang mahukan info, bukan hanya promosi semata-mata. Kalau sekali dua tu ok lagi lah. Kalau tiap2 emel asyik promosi, tambah2 lg dgn janji yg tak masuk akal, ermm.. No komenlah. :)

    Antara IM yg amat saya respect ialah Jim Edwards, Terry Dean, Ed Dale, John Delavera, Dan Kennedy, Kidino dan ada lg yg lain. Mereka ni lah yg banyak memberikan saya ‘inspirasi’ dan guide yg sebetul2 guide.

    Dan yg terbaru, Rich Schefren dah “mengamuk” selepas melihat banyaknya “crap” yg berleluasa sekarang hatta si IM besar pun buat “hype” lebih2.

    Skrg Rich sedang buat petition untuk “BOIKOT” apa2 promosi yg menjanjikan sesuatu yg tak masuk akal.. Maaf kalau saya letak link ke page petition tersebut di sini:

    http://www.strat…ing-and-advertising/

    Semoga bidang IM tidak dicemari oleh teknik2 yg kotor.

    ps. The death of NM? Ohoo.. Saya tak baca pun sebab ia bukan bidang saya. Apatah lagi nak promotekan. :D

  14. By sham on Dec 10, 2007 | Reply

    Haris, kita ada hak untuk nyatakan negatif kalo rasa tak betul..

    samalah kita zul,saya tak baca,tak promote & tak download..

  15. By starline on Dec 10, 2007 | Reply

    saya rasa semua orang dapat email promote benda tu.Saya tak amik pusing pun benda2 camni.

  16. By freelance writers on Apr 10, 2010 | Reply

    Such kind super note close to this good topic can be taken by freelance writer , I am assured.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :