Raja Adsense

Alkisah Katak dan Ular

Written on December 11, 2007 – 12:25 pm | by sham |

Saya ada satu cerita untuk anda. Cerita ini adalah rekaan semata mata tetapi berkenaan dengan mereka yang masih hidup..Mcmana tu?… Ceritanya berbunyi sebegini….

Dalam satu kolam, tinggal la seekor katak. Katak ini bercita cita untuk menjadi katak paling kaya didunia.( Katak pun mata duitan jugak,..oh..).Berhampiran dengan kolam terdapat sebuah lubang dimana seekor ular tinggal. Ular ini juga bercita cita untuk menjadi ular paling kaya kenyang didunia..

Pada suatu hari, Katak ni merayau rayau. Dia terjumpa satu perigi. Ditepi perigi terdapat satu notis, “Barangsiapa yang terjun akan mendapat duit tak terhingga“.

Lepas ni aku akan kaya raya la” kata si katak.

Tanpa berfikir panjang, dia pun dengan selamba kataknya terjun ke dalam perigi. Apa yang dia dapat….Nothing.. Dia pun panjat naik dari perigi sambil maki memaki..Gelagat Si Katak dilihat oleh si ular…

Apala perigi ni, menipu je. Nasib baik la tak kena keluar duit pape. Kalo tak aku saman.. Buat letih je aku terjun..” Begitula geramnya si katak tadi.

Si Katak terus melompat dan balik ke kolam. Keesokannya pada perigi tersebut terdapat satu kenyataan..

Dengan hanya terjun bersama RM50, anda akan mendapat 1 juta dalam masa 1 hari“.

Apalagi katak tersebut melompat lompat la..Kata si Katak dalam hati,

Ni peluang ni,lepas ni aku akan jutawan kalo aku terjun dengan RM50

Si Katak belum sedar kenyataan tersebut dibuat oleh si ular. Si ular telah bersiap sedia didalam perigi tersebut..Sekali lagi lagi Si Katak terjun ke dalam perigi yang sama tetapi dengan notis yang berlainan.

Apalagi kena ngap la katak tersebut. Si ular pun kenyang & dapat RM50.Kisah si Katak tadi telah menjadi lagenda di Kolam tersebut. Si Ular menyusun strategi baru, kali ini si ular mengunakan bukti RM50 daripada katak tadi untuk menarik minat katak lain pula. Notis kali ini telah berubah,

Dapatkan RM50 tak terhingga dengan terjun ke dalam perigi ini dengan bermodalkan RM50“.

Kisah si katak, telah menjadi bahan perbualan diantara katak katak lain..Malah ia diajar disekolah sekolah katak..

Kata mereka,”Bodoh la dia tu, boleh plak dia terjun ke dalam perigi & kena makan ular plak tu“..

Mereka melompat ke arah perigi & ternampak notis baru.

Eh, tengok tu.. Kita boleh dapat RM50 tak terhingga kalo kita terjun.

Tengok, duit betul tu RM50” kata salah seekor katak.

Mereka pun terjun bersama RM50 dan dimakan oleh ular.Si Ular terus tunjukkan bukti RM50 untuk menyakinkan katak lain. Si ular pun kenyang & semakin kaya…

Moral of the story pulak.. Inilah fenomena skim cepat kaya..Ia berlaku di dunia kita..Cuma saya gantikan dengan katak je. Katak tu adalah mangsa skim cepat kaya..Si ular adalah peganjur. Mereka terus terjun ke perigi yang sama walaupun dah tahu. Sebab tu lah Shuth cakap mereka di tak belajar atau lembab tak paham apa itu skim cepat kaya. Dah diberi ingatan, still terjun jugak.

Sebelum ni kisah Katak dalam periuk mendapat sambutan yang mengalakkan.

Jadi yang belum terkena tu, fikir fikirkan la maksud disebalik kisah diatas. Jangan fikir nak kaya cepat je.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 8 Responses to “Alkisah Katak dan Ular”

  2. By koibito on Dec 11, 2007 | Reply

    memang katak-katak macam ni masih banyak. Nak duit cepat dan kaya cepat lah katakan. Tapi diri sendiri yang kena tipu.

    Oleh itu jadikan iktibar cerita ni.. he he

  3. By smartzul on Dec 11, 2007 | Reply

    perigibuta.com tak include sekali ke Sham? :D

  4. By sham on Dec 11, 2007 | Reply

    bukan setakat perigibuta zul, semua jenis perigi diorang terjun..

  5. By Maizul on Dec 11, 2007 | Reply

    Menarik cerita ni. Sham boleh buat buku kanak-kanak la. Apa2 pun maklumat lanjut mengenai perigi Hang tuah boleh ke laman wikipedia.

  6. By sham on Dec 11, 2007 | Reply

    Hehehe…takde bakat la kalo tulis buku kanak kanak cikgu maizul..

    Setakat nak reka cerita teladan skit skit boleh la..

  7. By RajaAffiliate on Dec 16, 2007 | Reply

    dua2 sama je…
    katak yang ngok & ular penyamun…
    memang padan

  8. By abdfatah on Feb 15, 2008 | Reply

    katak oh katak… memang car crazy frog daaa…

  1. 1 Trackback(s)

  2. Dec 11, 2007: Bagus Sangat Ke Pergi Bengkel atau Seminar? -- EarnCent.com

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :