Boikot Maybank?
Tadi masa lalu depan ofis, tengok ada satu brosur dari NUBE atau Persatuan Pekerja Bank Malaysia. Mereka menyarankan agar memboikot Maybank kerana merompak bonus pekerja dan orang ramai. Mereka mendedahkan fee tahunan bagi ATM Maybank adalah paling tinggi antara bank di Malaysia iaitu RM12 setahun sama dengan RHB Bank. Bank lain adalah RM8 setahun.
Kemudian setiap transaksi ATM dikenakan caj 50sen sedangkan bank lain adalah percuma. Dengan Maybank hanya 4 transaksi pertama adalah percuma. Transaksi selepas itu dikenakan caj 50sen per transaksi. Hu.hu.hu. Siapa yang selalu kuar duit tu nasib la. NUBE mendakwa sebab itulah keuntungan Maybank pada suku pertama dalam lebih dari RM1 bilion.
Mereka mengenakan caj caj tanpa kita sedari. Itu adalah dakwaan NUBE la. Susah jugak kalo nak boikot kalo kebanyakan duit dok dalam Maybank. Lagi tanpa Maybank, perniagaan internet di Malaysia akan merudum kerana pengguna Maybank adalah pembeli terbanyak secara online.
Maybank nak jadi mcm Google gak ke?:p. Bila dah besar buat hal..hu.hu.hu.
Entah la..Dah la barang dah naik ni.. MTC (Monthly Travel Card) LRT RapidKL pun dah naik RM10. Tol naik, minyak incoming nak naik jugak, tepung tak usah kata la..sebelum kerajaan bagi naik dah pun naik…
Dapatkan Panduan Jimat untuk belajar berjimat. Dapatkan di http://www.PanduanJimat.com




26 Responses to “Boikot Maybank?”
By smartzul on Dec 13, 2007 | Reply
Saya kurang setuju kalau tindakan pertama adalah terus memboikot. Tidak sukar rasanya untuk berunding dahulu dgn Maybank. Boikot bukan jalan utama yg terbaik.
By sham on Dec 13, 2007 | Reply
Zul ia adalah dari pekerja maybank sendiri dari NUBE..Tapi kalo diikutkan keuntungan maybank diorg patut kongsi dengan pekerja diorang yang bersusah payah mengerakkan maybank…
Business is business..Orang disebalik tabir pun patut dihargai..itulah yang sepatutnya…dah ramai staff lama maybank lari ke Al Rajhi Bank…:p
yang ada kebanyakan yang baru..nak berenti takut tak dapat bayar loan..huhuhu
By titan on Dec 13, 2007 | Reply
Rasanya depa dah bagitau awal2 kan? Lepas 4 kali guna ATM. Memang akan kene deduct 50 sen. Siap ada tulis kat resit. Rasanya takde tipu menipu. Diorang siap bagitau. Tapi kita tak taula sebab apa diorang caj 50 cent tu. Tak mustahil diorang buat macam tu sebab aku rasa maybank antara paling ramai orang pakai dan paling famous..
Biasala. Kalau Google boleh. Maybank pun boleh apa..
Nak selesai senang je. Suruh Pak Lah campur tangan..
By sham on Dec 13, 2007 | Reply
Cepat skit maybank kaya…huhuhuh..
Ia akan jadi isu sebab bank lain tak kenakan sebarang caj walaupun guna tiap tiap hari ATM..Hanya maybank jela.
Saya baru perasan sebenarnya..jadi lepas ni duit untuk kegunaan akan dimasukkan ke dalam cimb la..huhuhuh
Save 50sen..
By titan on Dec 13, 2007 | Reply
Dah lama rasanya. Sejak tahun lepas rasanya kalau tak silap. Sebulan leh 4 kali je free. Lepas tu, memang kene deduct punye. Kadang2. Hentam jelah sebab maybank dah jadi bank utama masa kat universiti dulu. Duit dalam BCB untuk PTPTN je. Tu pun dah xde balance sebab dah habis pakai bayar yuran.
Actually. ramai orang perasan. Tapi dioang buat dek je.
By abdfatah on Dec 13, 2007 | Reply
hek eleh… ingat maybank aje ke ada online payment. banyak lagi pilihan yang lain… setiap kali nak buat payment kat kaunter maka setiap kali itu laa diarang mintak 50sen. nak kuar duit pun kena mintak 50sen ke? kalo seribu orang darab 50sen setiap kali keluaran berapa dah TNB yang untung…? hahahaa…
mungkin untuk bayaran letrik atau untuk talian air syabas agaknya… kalo gitu dapatkan cara jimat dari sham segera untuk berjimat… itu lagi bagus dari asyik kena kerit oleh maybank 50sen dan 50sen… hahaha…
By abdfatah on Dec 13, 2007 | Reply
depa nak selenggara mesin atm agaknya… nak bayar pekerja baiki mesin atm lagi… nak bayar tambahan cawangan maybank lagi… banyak macam perkara lagi maybank nak kena bayar… itu pasal kena caj. rasanya ada baik 50sen tu pakat2 buat modal beli tepung gandum untuk menu roti canai… huhuuu..
By sham on Dec 13, 2007 | Reply
50sen banyak tu… Bil elektrik umah sewa saya pun just RM4.57 bulan lepas.huhuhuh..
Elektrik untuk lampu,kipas & laptop saya je..skit je kan?
Dapatkan Panduan Jimat Duit..hohohoh
By Han on Dec 13, 2007 | Reply
slmt mlm sham,
saya kurang faham lah…
bila maybank akan cas 50sen kita tu?
guna online payment dia cas juga ke atau bila kita kuar duit di ATM?
han
By titan on Dec 13, 2007 | Reply
untuk kuar duit di ATM Je Han. Kalau yg kuar by kaunter aku tak tau. Tak penah try lagi. Slalu pakai atm je..
Kalau online. Takde pape caj. TAC pun free rasanya kan?
By sham on Dec 13, 2007 | Reply
Online tak kena..yang ATM lebih dari 4 kali sebulan kena caj la..
TAC free je..
By RajaAffiliate on Dec 16, 2007 | Reply
Kita fikirlah jalan lain selain daripada boikot..
Saya tak nampak 2 sebab kenapa maybank perlu diboikot kerana hal2 camni…
By catzer on Dec 16, 2007 | Reply
2 perkara kecil ni mmg dah lama dan sy tak merasakan sebarang tekanan dan malah bersyukur wujudnya maybank di Malaysia spt wujudnya citibank. Sy berpendapat sedemikian kerana, maybank mempunyai cawangan yg byk, mesin ATM berlambak (RM12 setahun mmg berbaloi) dan merupakan pioneer utk perbankkan online di Malaysia. Sy menggunakan byk bank dan jujurnya maybank mmg terbaik dan memudahkan pengguna.
Mcm mana nak elak charge 50cents, (masuk tandas pun kena charge 50 cents gak :p). Buat budget perbelanjaan before pergi withdraw duit. Sy just withdraw 4 kali sebulan.
Kesimpulannya, if semua benda nak naik terimalah hakikat dan bersedia dgn mengurangkan perbelanjaan pada benda yg tak patut dan simpan utk perkara yg sepatutnya.
p.s- bil letrik sy sentiasa rm30 ke atas dan air >rm60. Pendapatan bersih tak sampai seribu. The main keyword ialah mcm mana menguruskan kewangan dgn BIJAK.
By akmal on Dec 17, 2007 | Reply
betul cakap catzer tuh…
sampai bile kite nak boikot…tak puas hati ngan bank, boikot bank, tak puas hati ngan kerajaan, boikot kerajaan…
kalo nak kirekan tak puas hati, debit card public bank saye dah nak masuk 3 bulan tak setel2 lagi…mase g public bank aritu, diorang dok pakai
button “boikot maybank”…kalo ikutkan hati nak je
saye buat satu website, publicbanksucks.com . tapi ape faedahnye kan…
saye same cam catzer, income bulanan tak smpai seribu, macam2 kene bayar, tapi bile hujung bulan masih ade duit yang berbaki. yang penting
adalah money management dan keberkatan sumber duit tu…
By edyanie on Dec 18, 2007 | Reply
benda ni dah lama di beritahu oleh maybank. cuma masalah pada kita yang kurang rajin membaca. so, mereka yang tak baca tu mulalah rasa tertipu.. saya tau pun sebab luangkan sikit masa baca kat pengumuman kat dinding maybank. so, saya kuarkan kalau nak dalam kuantiti yang besar je supaya tak kerap.
patutlah saya tengok ada pekerja maybank sendiri pakai lencana boikot maybank..tu yang pelik, tak kena pape ker pakai sedangkan mereka juga pekerja maybank.
biasela, itu strategi mereka nak tingkatkan keuntungan, adik beradik google ler
dah besar, mestilah demand..dah jadi adat dunia
By zuhairy on Dec 18, 2007 | Reply
patutlaaa…saya ingat kenapa la diorang ni pakai tag ‘boycott maybank’..
By aweks on Jan 2, 2008 | Reply
if nak komen kene selidik dulu kwn.. Tiap2 bank pun ada caj.. X byk kurang.. X kurang byk.. Same je.. Korang kaji la dulu.. Atm mbb mmg besepah kat mane2.. Soping komplek,petrol kiosk, dgn branch yg merata2.. So confirm la ada maintainance.. Service la katakan.. Baru customer puas ati.. Tak gitu..
By zaidirazali a.k.a edyanie on Feb 4, 2008 | Reply
m, betul gak…macam internet banking pun, web maybank2u lagi bagus dari bank lain berbanding yang lain dari segi kepantasan loadingnyer.. tu belum campur ngan atm yang memang kat mana2 pun mesti ada atm maybank, memang senang giler nak cucuk..sekarang ni pun, maybank dah setup satu lagi atm kat kampus saya..sedangkan kat tempat saya tuh ada dah banyak atm di kawasan berdekatan…
By bob on Apr 7, 2009 | Reply
orang kita ni memang mengada ngada caj 50 sen pun nak kira sangat.siapa yg nak bagi tunai bila kita hendak gunakan.larat ke kerana nak keluarkan rm 10.nak pergi kaunter,penat dapat malu pun dapat,penat kerana tggu nombor giliran,malu bila ditegur oleh pegawai kaunter tu nanti.bila atm machine tu out of service bising pulak orang kita.yg tu orang kita tak kira ker maintanance dia.elektrik dia.pekerja dia,income-tax dia,…orang kita ni pandai mengadu jerrr…..nampak yg tersurat jee….yg tersiratnya tak nampak….BERUBAH LA WAHAI ORANG KITA JANGAN JADI KATAK BAWAH TEMPURUNG….bunyi jer kuat tapi menyorok…
By Alexa29 on Dec 20, 2009 | Reply
It is viable to order written essay and buy essays at the writing services just about this good topic.
By mmm on Jan 18, 2010 | Reply
erm… entah lah kan, nie bisnes.. adatlah kan…
x de guna nyer boikot memboikot nie…
setuju, kita kena plan dan manage apa yg patut..
kalu x ekonomi negara x brkembang, rakyat gak yg rugi…
pelik gak naper nak boikot… cuba u allz kira increament 30% tuh ngan bonus yg korang dapat… rasa nya lebih untung increament coz increament tu fixed, bonus tu kalu korang nak tau, ikut labour law, terpulang kepada majikan nak kasi atau x…
tapi selalunya tengok staff maybank kekaya jerk… bersyukurlah coz kami yg kerja swasta biasa nie, ada kala 5 ke 6 tahun baru naik gaji. tuh pun naik belum tentu sampai RM100.Purata nya lebih kurang RM20 per year jer..
Tepuk dada, tanya selera…
By Djuan Onn on Feb 16, 2010 | Reply
Saya antara yang memboikot Maybank. Caj RM0.50 adalah sedikit dan tidak nampak banyak. Antara sebab lain adalah cara mereka menekan pengguna. SEkarang ini, saya rasa ramai yg tahu tapi buat tak tahu kerana 0.50 sikit. BAgaimana servis mereka sekarang ini? Bagi saya sejak kebelakangan ini servis ATM, deposit cek agak teruk dari dulu. Selalu, out. Sebagai pengguna kita kena gunakan hak kita sebagai pengguna. Saya ada client dan kawan loan Maybank. Kalau kita tak keep track, mereka akan overcharge interest & late charges walaupun dibayar on time. Harap rakan2 yg prihatin tentang hak pengguna ke Facebook/konsumer malaysia dan post comment. Kita akan utarakan kepada pihak berkenaan. Jangan Maybank nak jadi Proton charge sesuka hati since government control market. Wassalam
By terebabo on Jan 1, 2011 | Reply
Diorg charge RM0.50 after 4x gune dalam sebulan adalah kerana nak kurgkan korg salu mencucuk kat atm…jadi plan lah pngeluaran anda di ATM dgn hemah kalu korg tak nak kena burn rm0.50..lagipun CIMB pun pao rm0.50 gak kalu asyik cucuk je…
By help research paper on Aug 21, 2011 | Reply
I am sure that it’s excellent that your blog is full of worthy information for your readers.
By online writing services on Jan 5, 2012 | Reply
Very good post, i like it! Maybank =)))) LOL
By Custom-Writing.org on Feb 11, 2012 | Reply
Very interesting information. Thank you for your post.