Raja Adsense

Petua Menghadapi Pelanggan Bermasalah

Written on December 16, 2007 – 12:42 am | by sham |

Bagi usahawan internet, pelanggan yang bermasalah memang menjadi kebiasaan la.Anda pasti akan jumpa golongan yang inginkan sesuatu yang perfect sedangkan dia baru nak belajar mengeja. Mereka seolah olah nak jadi “otai” dengan membaca ebook sahaja.Golongan perfectionist ni sebenarnya tak ke mana pun.

Mereka takkan berjaya dalam apa sahaja mereka buat. Sebab mahukan ia sempurna. Tak sempurna tak nak buat. Asas tak buat lagi dah nak buat yang advance yang memerlukan banyak perkara teknikal. Bagi saya, jika tak faham asas, jangan nak mengigau buat perkara yang dah advance.

Belajar asas terlebih dahulu. Kemudian,naikkan level anda. Sama la kalau anda main games komputer.Anda akan bermula dengan level senang terlebih dahulu.Kemudian ia akan meningkat seiring dengan kemahiran anda. Takde games mula start dah susah.Pasti orang takkan main sebab susah & diorang takkan menang.Secara psikologinya jika mereka berjaya pada level rendah mereka anda berusaha untuk mencapai level yang lebih tinggi.

Begitu juga dalam perniagaan internet. Konsepnya sama la dengan perniagaan. Start dengan asas terlebih dahulu kemudian naikkan taraf sedikit demi sedikit.Jika berikan semua dalam satu masa, akan berlaku information overload. Semua benda nak buat.MLM la, apa la..Stay focus!

Bagi pelanggan yang bermasalah, refund je duit mereka & lupakan mereka. Anda hanya akan membuang masa dan tenaga anda untuk puaskan hati mereka ini. Ini adalah real world konsep. Tak perlu anda memujuk golongan ini kerana ia adalah perkara yang sia sia.

Lebih bagus jika anda fokuskan usaha anda untuk membantu mereka yang sukakan anda. Dalam banyak perkara perlu ada “give and take” atau memberi dan menerima. Ada kalanya anda memberi dan ada kalanya anda menerima. Jika anda silap, perbaiki kelemahan. Bukan terlambat untuk berubah.Ia sebenarnya satu learning curve yang perlu anda hadapi dan pengalaman tersebut akan mematangkan anda.

Ingat..Refund and forget about it. Jangan sampai anda tidak tidur malam kerana ada seorang yang tidak berpuas hati dengan anda.Pastikan anda berada dijalan yang benar. Letakkan polisi, jika 30 hari jaminan wang dikembalikan.30 hari la. Anda berhak menolak jika dah lebih masa. Saya pernah ada kes dimana hampir 1 tahun,minta refund & saya tak layan.Sebab dia tak lakukan apa apa sebenarnya. Mereka tidak boleh salahkan anda kerana anda dah masukkan polisi anda.

Sebab tu penting untuk anda meletakkan TOS atau Term of service anda. Stick pada polisi tersebut.Jika masuk court pun anda akan menang sebab anda ada polisi dan anda mengikut polisi tersebut.

Selamat memulakan perniagaan internet anda.Jika anda ingin membina ecover atau ebook anda boleh dapatkan Rahsia Penulis Ebook di http://www.penulisebook.com 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 6 Responses to “Petua Menghadapi Pelanggan Bermasalah”

  2. By Han on Dec 16, 2007 | Reply

    slmt pagi sham,
    saya suka cara ni sham…
    memang tak pening kepala…
    dia taknak sudah lah…buat apa susah2 duk layan dia…hehe

    han

  3. By RajaAffiliate on Dec 16, 2007 | Reply

    malayan pelanggan yang banyak songeh ni kadang2 memang memningkan kepala…
    saya sendiri pernah menghadapi keadaan ni..
    tapi nak buat camne, dah dia 2 customer,kenala ikut angin dia …
    tapi sekarang saya sedar kadang2 customer tak sllu betul…
    yang penting kita tetap dengan stand kita sendiri..
    jangan dilayan sangat orang2 yang taknakberusaha dan banyak hal ni..buang karan jekk

  4. By smartzul on Dec 16, 2007 | Reply

    Polisi saya:

    1) Tak akan jawab emel support yg luar dari skop support saya melainkan ada masa extra atau perlu.

    2) Saya menjawab emel waktu kerja saya sahaja. Kalau nak cepat2, kena bayar lebih lah. Jangan anggap bisnes internet kita online 24 jam. Kita pun sama mcm kedai biasa juga, ada waktu kerja.

    3) Harga bayaran produk adalah untuk skop produk itu sahaja. Nak lebih2, saya biasanya tak layan sangat.

    4) Saya tak amalkan lagi buat masa skrg jaminan pulangan wang. Sebab dalam kes tertentu, pembeli ni malas nak buat dan tak buat apa2 lagi dah fade up.

    So, saya tetapkan polisi, selagi awak tak buat apa yg perlu, tiada jaminan wang kembali. Kalau nak wang balik, buat dahulu dan tunjukkan bukti usaha awak itu. Baru saya bagi semula 100% bayaran tersebut.

    Saya buat polisi begini bukan nak susahkan orang, tapi saya mahu mereka SERIUS. Bukan suka2 atau saja2 nak tahu.

    Kita perlu ‘tegas’ sebab kita kerja seorang diri, bukan guna staf yg ramai. Disebabkan internet ni adalah ‘bebas’, maka si pembeli biasanya ringan tanganlah nak taip/minta apa saja. Tapi tu tak bermaksud mereka bebas minta apa sahaja. Sama2lah respect each others.

    Pernah ke kita terfikir, kalau orang beli buku di kedai buku, ada tak pembeli tu contact penulis atau penerbit buku tu untuk tanya mcm2? Tak ada kan? Sebaliknya, penulis ebook bekerja lebih kuat daripada penulis buku. Bahkan kadang2, memberi lebih drpd yg sepatutnya.

    Jadi para pembeli, janganlah berlebih-lebih. Kami penggiat bisnes ebook sebenarnya memberikan lebih daripada nilai yg anda bayar.

  5. By sham on Dec 17, 2007 | Reply

    Setuju Zul..Memng bagi bagi extra service untuk pembeli..tu pun still sesetengah orang tak hargai…

  6. By titan on Dec 17, 2007 | Reply

    Bagi aku senang je. Abaikan je dia. Sama gak macam customer aku. Siap minta kurang lagi harga service tu. Sorryla. Ini service. Bukan leh minta kurang seposen dua. Kalau nak murah. Senang je. Buat sendirila..

  7. By naem on Dec 18, 2007 | Reply

    hohoho..ini mesti kes yang gempak kat forum raja adsense tu kan. Macam-macam orang. Hairan jugak saya, baru baca seminggu dua ebook raja adsense, dah nak income adsense mencanak naik.

    sebetulnya kalau nak membeli, lihat dulu barang tu macammana. Macam beli barang kat supermarket jugak le. Kena belek betul-betul. Kalau dah ada seterika lama kat rumah, buat apa nak beli yang baru jika tak perlu.

    Macam tu jugak la ebook ni. Kena tengok dan cari ulasan-ulasan orang lain tentang ebook tu. Lebih bagus ulasan dari pembeli sendiri. Jangan ikut suka beli je. Contohnya ebook ttg adsense la katakan, banyak ebook macam tu la ni. Pi la cari, percuma dan berbayar.

    Kalau dah ada asas tentang adsense, buat apa pi beli ebook yang sama tentang topik yang sama. Dah mula banyak ebook tentang adsense dalam pasaran Malaysia sekarang, kebanyakannya topik dan kandungan yang sama. Jadi janganla pi beli 2 tiga ebook jenis yang sama.Beli 1 ebook dan mula buat kajian setiap kandungan ebook tu. Baru betul.

    Pi cari ebook ttg nak tingkatkan CTR ke, nak klik banyak ke? itu baru betul.hohoho

    ps: jadila pembeli yang bijak.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :