Raja Adsense

Advertlets,NuffNang,GrabMyAds dan Nufflets

Written on December 29, 2007 – 11:43 am | by sham |

Ok.Berikut adalah satu alternatif kepada blogger Malaysia untuk buat duit. Advertlets dan NuffNang saya percaya mereka akan terus berjaya.Tetapi GrabMyAds dan NuffLets ni saya agak ragu kerana mereka hanya peniru kepada advertlets dan nuffnang.Dalam pengiklanan sebegini,perkara yang paling sukar adalah menjadi pengiklan besar.

Tetapi Advertlets dan Nuffnang telah dapat tangkap Digi & Toyota.Jadi mereka dah dapat duit banyak sebab mereka adalah market leader.GrabMyAds ni pun satu, masa launching boleh plak dia p Spam semua orang yang kononnya invitation khas. Oh..Terdesaknya.

Saya takkan join la kalo main spam macam tu. Sebab saya tak terdesak pun.Siap spam ke email saya tu yang saya yang saya geram.Jika begini ia takkan bertahan lama kecuali mereka dapat pengiklan besar seperti maxis atau celcom. Jika mereka dapat tarik 2 “ikan besar” tu baru lah saya join. Saya tahu nature of advertising di Malaysia & bukan mudah nak dapatkan ikan besar untuk iklan lebih lebih lagi bukan market leader.

Advertlets dan Nuffnang dah ada komuniti mereka sendiri. Nufflets pulak klon dan terang terangan nama pun mengabungkan advertlets dan nuffnang. Dia ambik Nuff dari Nuffnang dan Lets dari Advertlets. Tiada keunikan tersendiri kerana hanya meniru. Sama la bila Yahoo meniru program Google Adsense iaitu Yahoo Publisher yang sampai sekarang tak abis lagi versi betanya.Jadi kita boleh nampak kegagalan Yahoo kat situ untuk mencabar Google.

Peniru takkan dapat mengejar atau sama taraf dengan pendahulu atau market leader jika tiada keunikan tersendiri. Ia berlainan dengan kes Google dan Yahoo. Walaupun Yahoo pada awalnya adalah market leader, Google muncul dengan pelbagai kelainanan seperti Toolbar,Adsense,Adword yang pada masa tu Yahoo tak pernah terfikir untuk buat macam tu.

Google terus dapat mengatasi Yahoo dengan keunikan yang tersendiri menyebabkan Yahoo terkebil kebil meniru Google dengan YSM dan Yahoo Publisher. Tindakan Google membeli syarikat berpotensi tinggi seperti Blogger dan Youtube pun terpaksa ditiru oleh Yahoo.Nasib baik Myspace orang lain beli awal awal lagi kalo tak ia akan jadi rebutan.

Begitu jugak penyedia pengiklanan di Malaysia. Jika tiada keunikan tersendiri, susah nak hidup lama.Kecuali mereka bina komuniti terlebih dahulu.Contohnya Cari.com.my kalo buat perkongsian pendapatan pengiklanan, saya adalah antara yang akan sertainya. Mereka ada komuniti mereka yang boleh menjadi pengiklan.Malah saya pun akan jadi pengiklan mereka.

Itulah adalah pendapat saya je.Bukan nak tak nak sokong buatan Malaysia.Just menegur agar mereka membuat kelainan dan keunikan tersendiri. Itu je.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 8 Responses to “Advertlets,NuffNang,GrabMyAds dan Nufflets”

  2. By titan on Dec 29, 2007 | Reply

    Tak apa. Orang Mlaysia sekarang dah pandai memilih. RIleksla..

    mygrabads dengan nufflets baru je launch. Nak banding dgn advertlets dgn nuffnang. Jauh sekali. Bagi diorang peluang dulu..

    Actuall, banyak gak yg tiru Google. So, takde salahnya wat demikian. Kita tengok diorang berjaya atau tak tembus market malaysia..

    Cari.com.my kene buat sesuatu. Memang dah agak power. Tapi kalau nk lebih power. diorang kene buat sesuatu yg unik..

  3. By sham on Dec 29, 2007 | Reply

    Orang tiru akan jatuh satu per satu..Bukan tak nak bagi peluang..

    sebelum nuffnang & advertlets lancar,diorang dah cari advertiser..bukan lancar dulu baru nak terhegeh hegeh cari advertiser..

    takkan nak kuar iklan sendiri memanjang..

    Yang tiru google,ada ke yang berjaya? Kena buat kelainan mcm airasia buat tu.

    kalo tak mereka merancang untuk gagal..

  4. By bizmalaya on Dec 29, 2007 | Reply

    bagi saya pulak sentiasa sokong aslakan mendatang faedah kepada blogger seperti saya ….yakni tiada produk sendiri….

  5. By aman on Dec 29, 2007 | Reply

    Hmm..bagi saya ler, okay jer meniru, janji wat kelainan sikit.

    Nuffnang + advertlets = Diorang nyer iklan bergambar, tak sama cam Google Adsense.

    GrabMyAds = Aku tak tengok lagi

    Nufflets = Diorang nyer nie text ads cam Google Adsense. Maybe nama tue dia amik coz dia nie former employee kat advertlets. Haha. Aku baru jer terima email dari dia yang katakan iklan pertama akan running minggu kedua januari.

    sebelum nuffnang & advertlets lancar,diorang dah cari advertiser..bukan lancar dulu baru nak terhegeh hegeh cari advertiser..

    Kalo aku tak silap, bukan diorang pun lepas dua tiga minggu lepas launch baru roll out iklan pertama diorang ker..haha

    Anyway, belum cuba, belum tau..haha

  6. By RajaAffiliate on Dec 29, 2007 | Reply

    Saya tak cuba lg nufflets coz br lagi..
    tambahan lak nufflets takda adertiser lg..
    asyik kuar benda yang sama je..
    tunggula nanti kalau dah mantop sket bru join..
    bukan ape, malasla nak kalau takda benefit..
    rugi space je kat blog…
    :)

  7. By sham on Dec 29, 2007 | Reply

    adverlets minggu pertama dia dah ada advertiser..digi

    Tengok la mcmana nanti.. Kalo diorang dapat cari advertiser besar..bagusla.. iklan sentiasa ada demand..tu yang best tentang iklan..lagipun owner dia memang orang marketing..

  8. By megat on Jan 1, 2008 | Reply

    Bagi sentiasa berfikiran positif setelah melihat pro dan kontra nya. Apa-apa pun kita mengharapkan persaingan sihat antara rangkaian pengiklan di negara kita.

  1. 1 Trackback(s)

  2. Jan 6, 2008: Hampeh Tul Advertlets | Panduan Usahawan, Cari Duit dan Perniagaan di Internet

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan