Raja Adsense

Iklan Adwords Saya

Written on December 30, 2007 – 2:18 pm | by sham |

Kesemua produk saya iklan dengan Adwords.Hanya sesetengah saya setkan hanya untuk for search dan ada yang saya set for content & search. Namun terdapat beberapa triks bagi menghasilkan iklan yang berkesan yang membuatkan orang klik.Sesetengah iklan menghadkan jumlah perkataan seperti Adwords.

Ia menjadi satu cabaran untuk menghasilkan iklan yang menarik minat orang. Saya membuat beberapa group iklan agar dapat mencari iklan yang mana yang berkesan. Ada yang saya buat straight to the point dan ada dalam bentuk lain. Ini adalah salah satu iklan saya.

iklan adwords

Nampanya RinggitHit pun mengunakan keyword yang sama dengan saya. Cuba lihat pada iklan tu, ada tanda R atau Registered…hohohoh

Seperti yang saya nyatakan banyak kali dah.Kos pengiklanan bergantung pada bajet kita.Jika bajet RM30 sebulan,jadi setkan RM30 sebulan. Walaupun saya mempunyai bajet kat Adwords RM100 tetapi tak pernah sampai RM100 pun lagi setakat ini. Tapi apa yang kita iklankan itu balik modal la.

Jangan meletakkan seribu satu alasan untuk tidak iklan seperti saya newbie lagi,takut rugi la, saya tak pandai la & pelbagai alasan lain. Saya menyeru orang guna adwords ni agar lebih banyak iklan berbahasa Melayu. Jadi blogger dalam BM pun ada iklan yang keluar kalo diorang letak Adsense.

Ia adalah win win situation.Dalam PPC, anda bayar setiap klik menerusi mereka.Kalo takde klik,tak kena bayar. Kalo set 4sen per klik,jadi 4 sen la kena caj pada hujung bulan.Bukan on the spot kena bayar.Ia akan ada jumlah terkumpul dan akan dicaj pada hujung bulan.Jika Adwords,anda akan dicaj pada 18hb ke 24hb.

Apa yang anda perlukan ialah Kad Debit.Saya sarankan anda gunakan Kad Debit Public Bank,AmBank Next G, Aliance Bank. Kad Debit dari ketiga tiga bank ini boleh digunakan untuk pembayaran secara online. Anda topup la kad debit tersebut mengikut perbelanjaan anda untuk iklan.

Mudah je. Nanti saya akan terangkan bagaimana untuk membuat iklan yang berkesan dengan PPC. Jadi lawat la selalu blog ini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 10 Responses to “Iklan Adwords Saya”

  2. By kitaq on Dec 30, 2007 | Reply

    saya memang minat nak iklan dengan adwords tapi kurang ilmu lagi..bagus ler kalau sham nak tolong tunjuk caranya

  3. By Han on Dec 30, 2007 | Reply

    huhhuh…
    menarik sham…
    pernah juga nak iklan kat adwords ni…
    tapi tak tau web mana yang nak iklankan…
    kalau nak buat iklan kat adwords ni, rasa2nya kena keuntungan produk tu brp RM ek?

  4. By naem on Dec 30, 2007 | Reply

    ada produk, cukup baik guna adword ni. Kalau takde, boleh guna affiliate. Tapi kena bijak memilih produk. Untuk adsense semata2, rasanya tak berbaloi..

    tak gitu en sham?

  5. By Maizul on Dec 30, 2007 | Reply

    tak sabar nak tunggu post seterusnya mengenai PPC ni. menarik artikel ni. saya belum jumpa lagi iklan sham kat adsense mana2 laman.

  6. By RajaAffiliate on Dec 30, 2007 | Reply

    saya plan nak mulakan PPC ngan adwords stat thn depan..
    skang ni tgh rangka iklan yang btul2 catchy spy leh dapat trafik..
    hope abg sham bg lg tips adwords ..:)

  7. By silentleo on Dec 30, 2007 | Reply

    Memang teringin sangat nak pakai. INsya-Allah, tahun depan. Dah ada plan. Cuma kene wat pelan-pelan..

  8. By saiful on Dec 31, 2007 | Reply

    Sham,

    Kalau submit link affiliate guna adwords, boleh ke Sham?

  9. By sham on Dec 31, 2007 | Reply

    boleh..cuma kena related dengan destination url..tak guna tinyurl atau pape..sebab tu digalakkan guna redirect guna subdomain..

  10. By saiful on Dec 31, 2007 | Reply

    ooo boleh rupanya guna link affiliate…TQ sham atas info ni….

  11. By megat on Jan 1, 2008 | Reply

    Wah tips menarik yang saya tercari-cari selama ini. Mungkin info yang berkaitan dengan nya lagi!?

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :