Archive for December, 2007
Thursday, December 20th, 2007
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat pembaca blog RajaAdsense. Semoga kita semua terus diberkati Allah dan dimurahkan rezeki. Simple post je.:)
Kalo nak makan daging tu jangan banyak sangat. Nanti yang masuk hospital sebab dapat penyakit mabuk daging..huhuhu
Posted in Berita | 2 Comments »
Wednesday, December 19th, 2007
Saya just sampai kat kampung kejap tadi.Terus ke PC saya dah terus buka.Risau jugak tak leh buka kerana dalam tu terdapat banyak benda penting untuk biz saya.Alhamdulillah bole buka.
Saya cek email & submit order orang dan menulis kat blog ni. Letih memang letih,tapi sepanjang dalam selama kira kira 8 jam saya banyak saya fikirkan.Nasib baik banjir kat LPT dah surut,yang tinggal bekas air pada pokok dan daun.Agak dalam jugak banjit kat situ sebelum ni.
Saya berhenti makan kat Sri Kalong Seafood iaiatu selepas Cherating. Best jugak makan kat sana..hohoho.Harga pun boleh tahan jugak la.:p.Tapiorang memang ramai,saya terpaksa tunggu hampir 1 jam & menghabiskan 1 gelas air.:p. Tapi biasanya saya order 2 gelas air.
Okla.Esok jela saya sambung keje saya.Otak ni dah cram. Sepanjang perjalanan saya terima beberapa kol yang nak jumpa saya. Saya akan cuba aturkan masa saya nanti kalo berkesempatan.
Selamat Hari Raya AidilAdha..
Posted in Berita | 6 Comments »
Sunday, December 16th, 2007
Dalam masa 1 jam saya buat satu ebook khas untuk anda semua. Ia ditulis dan diconvert dengan mengunakan perisian Open office. Ia adalah ebook tentang panduan tentang bagaimana untuk mendapat trafik dan backlink dari Social Bookmarking site terutamanya laman web MalaysiaStory.net.
Saya nak lawan Zul buat Ebook Free. Hohoho..Nak krismas dah..:p
Anda boleh download ebook ini di http://www.panduanjimat.com/PanduanSocialBookmarking.pdf
Sekali lagi saya tak buat Ecover. Ada orang yang nak tolong buat pun takpe.:P
Download dan manfaatkannya. Ia adalah kajian kes tentang bagaimana ia tersenarai pada kedudukan ke 3 bagi keyword “panduan jimat” dalam masa kurang daripada 2 hari. Saya tahu semalam ketika saya mengkaji SEO untuk laman web PanduanJimat.com.
Kemungkinan dalam masa 1 hari ia dah tersenarai di Google. Jika anda inginkan backlink dan jugak trafik percuma. Manfaatkan Ebook tersebut.
Sham
Posted in Berita, Ebook, Panduan, Penulis Ebook | 29 Comments »
Sunday, December 16th, 2007
Bagi usahawan internet, pelanggan yang bermasalah memang menjadi kebiasaan la.Anda pasti akan jumpa golongan yang inginkan sesuatu yang perfect sedangkan dia baru nak belajar mengeja. Mereka seolah olah nak jadi “otai” dengan membaca ebook sahaja.Golongan perfectionist ni sebenarnya tak ke mana pun.
Mereka takkan berjaya dalam apa sahaja mereka buat. Sebab mahukan ia sempurna. Tak sempurna tak nak buat. Asas tak buat lagi dah nak buat yang advance yang memerlukan banyak perkara teknikal. Bagi saya, jika tak faham asas, jangan nak mengigau buat perkara yang dah advance.
Belajar asas terlebih dahulu. Kemudian,naikkan level anda. Sama la kalau anda main games komputer.Anda akan bermula dengan level senang terlebih dahulu.Kemudian ia akan meningkat seiring dengan kemahiran anda. Takde games mula start dah susah.Pasti orang takkan main sebab susah & diorang takkan menang.Secara psikologinya jika mereka berjaya pada level rendah mereka anda berusaha untuk mencapai level yang lebih tinggi.
Begitu juga dalam perniagaan internet. Konsepnya sama la dengan perniagaan. Start dengan asas terlebih dahulu kemudian naikkan taraf sedikit demi sedikit.Jika berikan semua dalam satu masa, akan berlaku information overload. Semua benda nak buat.MLM la, apa la..Stay focus!
Bagi pelanggan yang bermasalah, refund je duit mereka & lupakan mereka. Anda hanya akan membuang masa dan tenaga anda untuk puaskan hati mereka ini. Ini adalah real world konsep. Tak perlu anda memujuk golongan ini kerana ia adalah perkara yang sia sia.
Lebih bagus jika anda fokuskan usaha anda untuk membantu mereka yang sukakan anda. Dalam banyak perkara perlu ada “give and take” atau memberi dan menerima. Ada kalanya anda memberi dan ada kalanya anda menerima. Jika anda silap, perbaiki kelemahan. Bukan terlambat untuk berubah.Ia sebenarnya satu learning curve yang perlu anda hadapi dan pengalaman tersebut akan mematangkan anda.
Ingat..Refund and forget about it. Jangan sampai anda tidak tidur malam kerana ada seorang yang tidak berpuas hati dengan anda.Pastikan anda berada dijalan yang benar. Letakkan polisi, jika 30 hari jaminan wang dikembalikan.30 hari la. Anda berhak menolak jika dah lebih masa. Saya pernah ada kes dimana hampir 1 tahun,minta refund & saya tak layan.Sebab dia tak lakukan apa apa sebenarnya. Mereka tidak boleh salahkan anda kerana anda dah masukkan polisi anda.
Sebab tu penting untuk anda meletakkan TOS atau Term of service anda. Stick pada polisi tersebut.Jika masuk court pun anda akan menang sebab anda ada polisi dan anda mengikut polisi tersebut.
Selamat memulakan perniagaan internet anda.Jika anda ingin membina ecover atau ebook anda boleh dapatkan Rahsia Penulis Ebook di http://www.penulisebook.comĀ
Posted in Cabaran, Panduan, Tips | 6 Comments »
Friday, December 14th, 2007
Saya banyak guna perumpamaan Katak dalam blog saya.Kalo kat kampung musim ujan ni meriah la bunyi katak.Ujan makin menjadi jadi pulak sekarang ni. Saya agak risau nak balik Terengganu minggu depan ni. LPT tenggelam. Harap nanti cepat dia surut. Kalo tahu banjir teruk mcm tu bulan lepas saya book tiket airasia dah.
Saya mungkin akan balik pada 18hb ni & ada beberapa orang nak jumpa saya nampaknya. Nanti set appointment dengan diorang. Saya risau banjir kilat je kalo kat KL ni. Nasib baik rumah sewa kat Damansara. Kawasan tinggi. Tahun depan pindah rumah la.Banyak jugak keje saya kena siapkan sebelum 2008 ni.
Balik pun pasti mengadap PC kesayangan saya. Baru ni balik try guna tak idup sebab lama tak guna. Terpaksa la “pecat” satu per satu & pasang balik.Pecat tu dalam bahasa Terengganu maknanya buka la. Bukan buang keje.Hohoho..Takkan PC kena buang keje kot.
Nampaknya saya akan dihujani pertanyaan “bila nak kawin” lagi la bila Raya nanti. Ramai sepupu saya kawin muda.Umur 22,23 dah kawin. Saya je belum lagi. Baru ni saya balik bagi menghadiri Kenduri Kawin salah seorang anak sepupu banyak soalan tu menerjah telinga..fuh, ayat sastera tu..
Sekarang ni musim buat duit buat sesetengah orang sebab krismas akan menjelang. Time tu paling mat harun berbelanja. Asyik mat salleh je..tukar mat harun la plak..huhuhuh..Peniaga online seperti di eBay atau online shopper lain bulan 10 & 11 lagi dah pulun sebab masa tu masa diorng berbelanja online. Jadi barang akan sampai sebelum krismas.
Kalo produk fizikal, benda berkenaan musim ni patut diambil kira..Anda kena alert la..Sekarang musim jualan untuk Hari Kekasih plak walaupun lagi 2 bulan lagi,sekarang dah bermula jual. So, promote la kuat kuat buat ebayer & online shopper sekalian. Kalo target pasaran Malaysia, time perayaan paling mandom begitu juga time cuti..huhuhuh
Keadaan berlainan di negara berlainan. Sebagai usahawan, anda perlu alert tentang perkara kecil sebegini.Itulah yang membezakan anda dengan usahawan lain. Lain dari yang lain…
Posted in Berita, Keusahawanan, Peluang Perniagaan | 7 Comments »