Raja Adsense

Archive for December, 2007

Semua Nak Pakai Duit dah…

Thursday, December 13th, 2007

Duit adalah bukan segalanya, Tapi segalanya perlukan Duit

Percaya tak kenyataan diatas? Betulkan? Saya memang tak nafikan la kenyataan tu. Nak ke tandas kena bayar, nak kuar duit pun kena bayar (maybank je la), bayar bil kena caj (maybank jela), nak kawin of course la kena bayar..semua benda la kena bayar sekarang. Nasib baik la nak bernafas tak kena bayar lagi. Silap silap hari bulan tu pun kena bayar tapi caj kepala la,ko hidup ko kena cukai..huhuhuh

Realiti kehidupan hari ini. Takde duit tak keje. Betul tak? Nak makan, petrol,parking & etc. Memang tak keje la kalo takde duit. Ada beberapa alternatif bagi mengatasi masalah kebanjiran kekurangan wang ini. Salah satu caranya ialah Jimat dan keduanya ialah meningkatkan pendapatan anda.

Nak jimat dapatkan la Panduan Jimat dulu kat http://www.PanduanJimat.com

Kalo nak tambah pendapatan Dapatkan Rahsia Penulis Ebook dan Panduan Raja Adsense kat http://www.penulisebook.com dan http://www.RajaAdsense.com.

Nak tahu pasal perlindungan pendapatan pulak dapatkan Ebook Rahsia Takaful di http://www.RahsiaTakaful.com

Kaw.Kaw saya promote ebook saya.. Saya rasa saya dah cover ketiga tiga cabang kewangan iaitu tambah,simpan dan perlindungan…

Saya mula dengan Tambah pendapatan kemudian perlindungan pendapatan dan akhir sekali baru simpanan & jimat. Cycle nya rasanya saya dah lengkapkan. Tu produk saya untuk tahun 2006 dan 2007. Bagi tahun 2008 ia akan fokus pada 1 niche pulak..Advertising..

Jadi semua produk saya untuk 2008 akan berkenaan dengan Advertising. Tinggal 1/2 bulan lagi bulan Disember ni. Saya kena kejar masa untuk plannning 2008 sebab saya nak siapkan 2 produk sebelum 2008. Januari akan lancar. Semua persiapan akan dibuat pada Disember.

Anda pulak macamana?

Boikot Maybank?

Wednesday, December 12th, 2007

Tadi masa lalu depan ofis, tengok ada satu brosur dari NUBE atau Persatuan Pekerja Bank Malaysia. Mereka menyarankan agar memboikot Maybank kerana merompak bonus pekerja dan orang ramai. Mereka mendedahkan fee tahunan bagi ATM Maybank adalah paling tinggi antara bank di Malaysia iaitu RM12 setahun sama dengan RHB Bank. Bank lain adalah RM8 setahun.

Kemudian setiap transaksi ATM dikenakan caj 50sen sedangkan bank lain adalah percuma. Dengan Maybank hanya 4 transaksi pertama adalah percuma. Transaksi selepas itu dikenakan caj 50sen per transaksi. Hu.hu.hu. Siapa yang selalu kuar duit tu nasib la. NUBE mendakwa sebab itulah keuntungan Maybank pada suku pertama dalam lebih dari RM1 bilion.

Mereka mengenakan caj caj tanpa kita sedari. Itu adalah dakwaan NUBE la. Susah jugak kalo nak boikot kalo kebanyakan duit dok dalam Maybank. Lagi tanpa Maybank, perniagaan internet di Malaysia akan merudum kerana pengguna Maybank adalah pembeli terbanyak secara online.

Maybank nak jadi mcm Google gak ke?:p. Bila dah besar buat hal..hu.hu.hu.

Entah la..Dah la barang dah naik ni.. MTC (Monthly Travel Card) LRT RapidKL pun dah naik RM10. Tol naik, minyak incoming nak naik jugak, tepung tak usah kata la..sebelum kerajaan bagi naik dah pun naik…

Dapatkan Panduan Jimat untuk belajar berjimat. Dapatkan di http://www.PanduanJimat.com

MalaysiaStory.net Telah dipulihkan

Wednesday, December 12th, 2007

Setelah beberapa bulan ia mengalami masalah database yang serius. Saya terpaksa membinanya semula. Dengan Pligg versi terbaru ia lebih user friendly. Walaupun PRnya dan ranking telah jatuh akibat masalah tersebut, kini ia telah dipulihkan. Saya akan cuba untuk restore kembali post yang lama nanti.

Ia juga telah diubah kepada template yang lebih ceria.

malaysiastory

Saya tidak berkesempatan untuk meniliti apakah masalahnya sebelum ini. Jadi saya reset balik database dan menukarkan tema laman web tersebut kerana ia berpunca dari template tersebut. Pligg mempunyai banyak bug tapi ia mudah digunakan. Ia merupakan satu perisian klon kepada Digg.

Tetapi MalaysiaStory.net akan lebih menumpukan kepada cerita & berita dari Malaysia. Itu adalah matlamat asalnya. Pada 25 Disember ini merupakan hari jadi yang pertama MalaysiaStory.net. Harap ia dapat dikembangkan lagi menjadi salah sebuah site social bookmarking Malaysia yang berjaya.

Anda boleh jadikannya sebagai alternatif untuk dapatkan backlink ke laman web anda. Saya juga akan menambah info terbaru dari masa ke semasa di laman web tersebut. Ia lebih kepada ringkasan kepada berita yang terdapat di internet. Kepada yang pernah join,anda perlu mendaftar sekali lagi kerana kini ia mengunakan database yang baru.

Alkisah Katak dan Ular

Tuesday, December 11th, 2007

Saya ada satu cerita untuk anda. Cerita ini adalah rekaan semata mata tetapi berkenaan dengan mereka yang masih hidup..Mcmana tu?… Ceritanya berbunyi sebegini….

Dalam satu kolam, tinggal la seekor katak. Katak ini bercita cita untuk menjadi katak paling kaya didunia.( Katak pun mata duitan jugak,..oh..).Berhampiran dengan kolam terdapat sebuah lubang dimana seekor ular tinggal. Ular ini juga bercita cita untuk menjadi ular paling kaya kenyang didunia..

Pada suatu hari, Katak ni merayau rayau. Dia terjumpa satu perigi. Ditepi perigi terdapat satu notis, “Barangsiapa yang terjun akan mendapat duit tak terhingga“.

Lepas ni aku akan kaya raya la” kata si katak.

Tanpa berfikir panjang, dia pun dengan selamba kataknya terjun ke dalam perigi. Apa yang dia dapat….Nothing.. Dia pun panjat naik dari perigi sambil maki memaki..Gelagat Si Katak dilihat oleh si ular…

Apala perigi ni, menipu je. Nasib baik la tak kena keluar duit pape. Kalo tak aku saman.. Buat letih je aku terjun..” Begitula geramnya si katak tadi.

Si Katak terus melompat dan balik ke kolam. Keesokannya pada perigi tersebut terdapat satu kenyataan..

Dengan hanya terjun bersama RM50, anda akan mendapat 1 juta dalam masa 1 hari“.

Apalagi katak tersebut melompat lompat la..Kata si Katak dalam hati,

Ni peluang ni,lepas ni aku akan jutawan kalo aku terjun dengan RM50

Si Katak belum sedar kenyataan tersebut dibuat oleh si ular. Si ular telah bersiap sedia didalam perigi tersebut..Sekali lagi lagi Si Katak terjun ke dalam perigi yang sama tetapi dengan notis yang berlainan.

Apalagi kena ngap la katak tersebut. Si ular pun kenyang & dapat RM50.Kisah si Katak tadi telah menjadi lagenda di Kolam tersebut. Si Ular menyusun strategi baru, kali ini si ular mengunakan bukti RM50 daripada katak tadi untuk menarik minat katak lain pula. Notis kali ini telah berubah,

Dapatkan RM50 tak terhingga dengan terjun ke dalam perigi ini dengan bermodalkan RM50“.

Kisah si katak, telah menjadi bahan perbualan diantara katak katak lain..Malah ia diajar disekolah sekolah katak..

Kata mereka,”Bodoh la dia tu, boleh plak dia terjun ke dalam perigi & kena makan ular plak tu“..

Mereka melompat ke arah perigi & ternampak notis baru.

Eh, tengok tu.. Kita boleh dapat RM50 tak terhingga kalo kita terjun.

Tengok, duit betul tu RM50” kata salah seekor katak.

Mereka pun terjun bersama RM50 dan dimakan oleh ular.Si Ular terus tunjukkan bukti RM50 untuk menyakinkan katak lain. Si ular pun kenyang & semakin kaya…

Moral of the story pulak.. Inilah fenomena skim cepat kaya..Ia berlaku di dunia kita..Cuma saya gantikan dengan katak je. Katak tu adalah mangsa skim cepat kaya..Si ular adalah peganjur. Mereka terus terjun ke perigi yang sama walaupun dah tahu. Sebab tu lah Shuth cakap mereka di tak belajar atau lembab tak paham apa itu skim cepat kaya. Dah diberi ingatan, still terjun jugak.

Sebelum ni kisah Katak dalam periuk mendapat sambutan yang mengalakkan.

Jadi yang belum terkena tu, fikir fikirkan la maksud disebalik kisah diatas. Jangan fikir nak kaya cepat je.

Kempen Spam Bermula…

Friday, December 7th, 2007

Saya cukup tak suka bila mana mana IM mat salleh start buat bagi ebook free dapat komisen. Dulu saya pernah jugak promote tapi lepas tu dah fedup dengan marketing mcm tu..Orang download pun bukan nak baca pun. Just nak duit je tu. Email saya pun banyak di Spam. Geram pun ada…

Malah ada yang komen kat sini pun ada spam dok terang kat saya apa yang saya dah tahu pasal ebook tu.Satu tindakan yang BODOH saya rasa dengan cara spamming macam tu. Dia tunjukan kelemahan dia sendiri bahawa betapa terdesaknya sehinggakan sanggup untuk spam sesiapa sahaja demi mendapatkan $0.25.

Kalo perasan,komisen bagi pemasaran ebook free berkomisen dah turun banyak. Kalo dulu $1,$0.50 kini hanya $0.25. Sebab apa, save bajet diorang sebab diorang still dapat list yang sama dengan kos yang lebih murah. Sekarang ni dah berapa banyak “kematian” yang diorang buat dah?Adsense, IM,Network Marketing…

Sebenarnya ada 2 efek benda ni, samada orang sedar atau terus jadi negatif. Contohnya bila kuar Adsense mati, ramai yang anggap tak boleh buat duit dah dengan Adsense sedangkan benda tu tak betul pun. Ia hanya hype untuk dapatkan list. Ia cara yang berkesan, malah dengan iklan adwords kalo yang negatif tu yang paling mendapat paling banyak klik. Ia merupakan teknik terbalik dengan mengunakan kenyataan negatif seperti mati….

Saya dah jangkakan benda ni.Saya akan menerima banyak spam promote benda alah tu.Buktinya saya dah delete kan 7 email promote benda tu kejap tadi.Saya langsung tak buka, just tick email tu & tekan delete. Saya tak minat nak baca pasal network marketing atau MLM ni. Ia bukan niche saya pun. Saya tak nak information overload & menghabiskan masa saya membaca benda yang tak meningkat prestasi saya.

Nilai sendiri la jika anda yang promote tu.. samada ianya untuk komisen atau untuk ilmunya..Kalo komisen, saya gerenti anda langsung tak membacanya.Just download masuk dalam pc & biarkan ia berkarat dalam tu…Ahaks..sorry yang terasa dengan post ni.. Saya hanya menyatakan apa yang saya nampak & alami…

Peace!!!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :