Archive for January, 2008
Tuesday, January 29th, 2008
Kejurujualan merupakan satu perkara sangat penting dalam perniagaan. Namun tak semua orang boleh menjadi penjual. Itu adalah hakikat. Saya boleh jadi penjual di internet, tetapi agak kurang bila dalam dunia sebenar. Teknik kejurujualan boleh dipelajari. Itulah yang saya ingin lakukan sekarang.
Apa yang saya ingin tekankan ialah sehebat mana pun jurujual pasti tidak dapat menjual semua benda. Mungkin ada segelintir yang cukup power sehingga boleh menjual aiskrim kepada orang eskimo tetapi jumlah mereka sangat sedikit. Kebanyakan jurujual akan fokus dalam bidang mereka. Seorang jurujual tak boleh sekejap nak jual kereta, sekejap nak jual tanah. Maklum lah Proton Saga baru cukup mendapat sambutan sekarang, mereka masih tidak boleh jual banyak benda dalam satu masa.
Kaedah Upsell mungkin membantu tetapi jika apa yang diupsell sangat berbeza daripada apa yang dijual pasti tidak akan berjaya. Jika jual kereta dan selepas itu upsell insurans ia boleh kerana ia berkaitan. Kereta di Malaysia diwajibkan mempunyai insurans. Namun, kalo jual kereta pastu upsell tanah, memang orang kata jurujual gila. Orang nak beli kereta dia offer tanah pulak.
Ia berlaian dengan broker. Broker atau orang tengah boleh jual mcm macam. Mereka hanya nak makan komisen semata mata. Ada projek A, cari orang nak dengan syarat komisen skit. Cerita kat broker lain, mereka pun sama. Sehingga la ada orang dapat projek tersebut. Mereka yang berjaya, dapat la komisen.
Saya dapati kat KL ni cukup ramai broker. Sembang mcam aku orang kaya, member datok, member menteri padahal duit takde.Mereka yang menjadi broker ni hidup agak tidak menentu, sentiasa mencari projek & sangat bergantung kepada orang lain. Apa yang bagusnya, mereka ada network yang ramai. Apa sahaja yang mereka sembangkan mereka akan alert.Tapi kebanyakannya, kosong la.:p. Itu adalah pemerhatian saya bila sertai perbincangan mereka. Mereka sentiasa berangan angan untuk dapat “Jackpot” dalam kerja broker.
Saya hanya memerhati je.Saya tak suka jadi broker. Saya lebih suka jika ada produk sendiri & tidak bergantung kepada orang lain. Kepuasan lebih tinggi jika anda mempunyai produk sendiri. Anda boleh hidup walaupun takde projek & langsung tidak bergantung kepada orang lain.
Namun, di dunia nyata.Kita pasti akan bertemu golongan broker& penjual ini. Saya just join mereka tapi tak nak jadi broker. Hanya sekadar berkawan. Apa yang baik kita jadikan panduan, yang tak baik kita jadikan sempadan. Semalam saya ada sertai satu perbincangan broker kat hotel berdekatan KL Sentral…
Ada satu perkara yang menyebabkan saya tak nak ikut perbincangan kedua pada malam tersebut disebabkan oleh seorang broker ni. Macam macam jenis manusia ada kat dunia ni. Saya tengok satu perangai buruk broker. Nasib baik saya ikut pun just untuk teman kawan.Mau je nak sound.Mulut dah rasa ringan je.Nasib baik tak terkeluar.:P
Ini adalah pandangan saya je. Mungkin anda lebih banyak pengalaman…Betul tak?
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Cari Duit, Karenah | 5 Comments »
Saturday, January 26th, 2008
Oh..Berita baik buat rakyat Malaysia. Google sedang berbincang dengan Mdec untuk menwujudkan pengakalan mereka di Malaysia. Bagi saya ia sangat baik kerana tempat kerja yang terbaik di dunia juga akan ada di Malaysia. Jadi anak anak tempatan pasti akan diserap ke dalam Google nanti.
Saya berharap anak tempatan akan mempelajari teknologi Google dan membina satu enjin carian yang baru yang setanding dengan enjin carian lain. Saya pun nak tumpang sejari sekaki.
Tak sabar plak.Google Asia pasifik kini berpengakalan di Singapura, namun Yahoo! berpengkalan di Malaysia kalo tak silap saya la.Betulkan kalo salah.:p
Sumber. utusan
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita | 4 Comments »
Thursday, January 24th, 2008
Sebagai usahawan, saya pasti berbagai bagai tekanan akan anda hadapi. Keluarga, kredit,supplier dan banyak lagi faktor yang akan meningkatkan tekanan darah anda.:p. Bagi saya ia adalah satu keperluan untuk usahawan berehat dan melepaskan tekanan.
Saya baru sahaja pulang tadi menonton wayang. Saya dah tersilap tengok dah.Buat kali pertama kali saya tengok filem yang membuatkan saya hampir termuntah. Nasihat saya, jangan tengok filem Cloverfield. Preview memang best, bila tengok saya pasti anda akan pening.
Pertama kalinya saya rasa tak sabar nak keluar dari melihat wayang.Oh..Ini adalah kerana saya dah mula sendawa sebab pening dengan kamera dia yang terpusing pusing. Camera yang tak stabil membuatkan ramai yang keluar sebelum filem tamat. Bile balik still rasa pening. Nasib baik tak termuntah…:P
Menyesal pun ada tengok filem tu. Mula mula nak tengok Ghost Island, tengok preview CloverField mcm best je. Terus beli tiket. Kalo ada yang nak tengok gak tu, jangan kata saya tak bagi warning dulu. hu.hu.hu
Saya menonton bersama rakan rakan di Cineleisure. Filem yang saya sedang tunggu ialah John Rambo, Iron Man, Dragon Ball & Knight Rider 2008. Itu adalah filem yang saya akan tengok & nantikan.Filem aksi memang best tengok dalam pawagam. Namun filem Alien Vs Predator 2 sedikit mengecewakan.Filem pertama dia memang best.Saya tengok first day ia ditayangkan.Filem pertama saya tengok kat Penang masa still belajar kat UUM.
Jika saya di Terengganu, saya ada hobi tersendiri mcm memelihara ikan keli, berkebun & beberapa lagi yang akan memberi hasil kepada saya.Bagi saya,lebih baik saya mempunyai hobi yang memberi pulangan kepada saya, bukan menghabiskan duit.Namun, ia terpulang la kepada anda untuk mempunyai hobi bagaimana…:)
Oh..pening ye kepala.. terpaksa la tido awal.huhuhuh
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita | 15 Comments »
Friday, January 18th, 2008
SMS talian hayat untuk anda yang ingin bertanya sesuatu kepada saya. Jangan risau, tak kena caj banyak. Hanya sms je tau. Kol tak boleh.:p
No Saya just untuk SMS iaitu : 019-2826458
Ingat SMS sahaja.Kalo saya tak dapat nak jawap & takkan jawap. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh la guna nombor tu. Bila saya online, saya akan jawap.:)
Kalo orang yang pakai 3G tahu la apa maksud saya tu. hehehe
Kalo nak sms sampai lebam pun tak kisah sebab ia pakai bil bukan prepaid.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita | 4 Comments »
Thursday, January 17th, 2008
Kat WangCyber ada topik pasal koleksi Karenah pelanggan yang pernah dihadapi oleh usahawan internet.Ramai la yang menceritakan pengalaman masing masing termasuk saya. RajaAdsense.com kini dah hampir 2 tahun, lagi 3 bulan saya kena renew balik la Domain RajaAdsense ni. Jangan risau sebab saya biasa renew awal.Bukan macam Advertlets tu…
Ini adalah antara koleksi pengalaman saya dengan pelbagai karenah pelanggan.
1.Tak tau beza ebook & buku…Dah banyak sangat dah kena. Ada jugak yang kol tanya kat kedai mana ada jual buku..huhuhuh
2. Bayar dengan paypal, lepas tu minta link download sedangkan dh leh dapat terus lepas bayar. Malah ada yang sampai saya sent link download lebih dari 7 kali.Buang karen betul.
3.Minta refund, dah refund..pastu dispute dengan paypal.oh..
4. Nak jumpa, p la jumpa sebab nak bayar cash.Siap mintak diskaun lagi.Nasib baik ebook…
5.Beli ebook,dia nak tahu semuanya dari A-Z & jadi expert dari saya.Buat separuh jalan..tak leh buat blog..maki maki & minta refund. Saya refund je sbb tak nak pening kepala dengan customer mcm tu.Kalo perasan,ada dia bising kat forum saya.
6.Beli ebook, 4 hari lepas tu bising tak dapat income pape dari Adsense.Saya terus refund & cakap kat dia.Dia tak sesuai dengan adsense.
7.Email kat saya, mintak ebook secara percuma.Kalo dia dah berjaya baru bayar.
8.Beli ebook bulan Januari 2007, pada Disember 2007 minta refund. Saya buat tak layan je.Polisi saya refund dalam masa 30hari, bukan 1 tahun.
9.Beli ebook guna pos. Ebook lambat sampai,dia hantar surat jugak bagitau ebook tak dapat. Camana la nak buat duit di internet kalo tak reti guna email.Kusut kepala den..
10. Bulan 7 beli ebook, bulan 10 dok asyik email saya tanya pasal meta tag nak sumbat kat mana. Orang dah sampai ke angkasa dah..takpe la slow learner..huhuhu
11.Beli ebook.pastu nak personal coaching kat rumah dia.
12.Hantar surat tanya pasal adsense & internet biz. Dia bagi address & setem 20sen suruh saya reply. Sampai sekarang saya tak reply lagi.Kalo dia email dah lama saya reply.
13.Beli ebook, pastu nak saya buatkan laman web untuk dia…Kalo dia bayar takpe jugak kalo saya buatkan.Mengarah mcm mcm.
14.Email saya cakap dia ada masalah kewangan, nak kawin 2 bulan lagi.Biz rugi. Minta duit untuk makan…ohh..
15.Orang indon email nak ebook free. Dia nak buat laman web adsense untuk fakulti kat universitas dia..:P. dalam hati takkan universiti takde duit nak bayar untuk develop laman web.Macam macam..
16.Isi borang pengesahan bayaran PenulisEbook.com, lepas tu cakap nak ebook RajaAdsense.com.sedangkan saya dah hantar link download semua tu.
Ada yang lawak pun ada. Buat mereka yang baru dalam perniagaan internet, jangan cepat mengalah dan melatah. Jika ini terjadi kepada anda. Hadapi dengan bijaksana. Ini adalah asam garam dalam perniagaan. Tak semuanya indah.Ada jugak bahagian pahit disebalik kemanisan.
Jangan jadikan ia sebagai halangan untuk anda berjaya.
Salam Usahawan!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Karenah, Motivasi, Teguran | 14 Comments »